MS 33

3.1K 159 22
                                    

Rhea yang mendengar jeritan itu terus menoleh ke belakang. Dia hanya tergamam bila melihat Eiman yang sedang meluru laju ke arah nya sebelum sekelip mata dia merasakan tubuhnya terus di tarik kuat ke tepi menyebabkan mereka terus rebah bersama di situ. Menggigil tubuhnya seketika melihat apa baru berlaku tadi.

Haq yang sempat melihat, juga tergamam. Pantas dia brrlari meluru ke situ bersama dengan ahli keluarga nya yang lain. Semua cemas dan terkejut. Eishal dan Wardah juga turut berlari dengan riak wajah yang cukup cemas.

Rhea yang terbaring di atas tubuh Eiman, mendongakkan kepala nya. Melihat wajah berkerut Eiman, dia bingkas bangun. Jantung nya laju mengepam darah akibat terkejut. Tangan yang melekap di dada Eiman, segera di alihkan. Rhea telan liur berkali-kali.

"Rhea okay tak ni?" Soal Eiman perlahan. Bagaikan hendak gugur jantung nya tadi. Nasib baik dia sempat mencapai tubuh Rhea sebelum kereta itu tepat sampai ke arah mereka  yang sudah terbaring di tepi jalan. Dia cuba mengamati nombor pendaftaran kereta itu tadi namun gagal.

Sedikit gugup, Rhea mengangguk. Namun matanya terlihat ke arah siku Eiman yang luka dan berdarah. Pantas tangan nya menyentuh ke situ.

"Tangan abang Eiman luka" Rhea hampir hendak menangis.

"Tak pe. Sikit aje ni. Yang penting Rhea selamat" 

"Ya Allah! Eiman!!! Eiman dengan Rhea okay tak ni?" Haq terus mendapatkan Eiman yang masih terduduk di situ. 

"Rhea.. Rhea okay?" Carlo juga sama. Cemas usah di kata bila dia mendengar jeritan nyaring Eiman tadi bila mana mata nya terpandang ke arah Rhea yang berada di tengah jalan.

"Eiman okay daddy"

"Rhea pun okay.. ta...tapi tangan abang Eiman luka" Tercebik-cebik mulut Rhea menahan tangisnya.

Haq terus membelek ke arah siku Eiman. Nampak luka yang menyebabkan sebahagian kulit terkoyak akibat bergesel dengan permukaan jalan tadi. 

"Kita bawa Eiman pergi klinik abang" Puspa sudah mula risau sekarang ini.

"Ha yelah. Dah, jom" Haq terus membantu anak nya bangun.

Max pula sedari tadi sudah merasa pelik kerana sejak awal lagi dia memang sudah melihat ada sebuah kereta berhenti di kawasan hujung jalan dan dia memang nampak ada 2 orang yang berada dalam kereta itu. Cuma dia tidak menyangka dan tidak pasti yang pemandu kereta itu memang berniat mahu melanggar Rhea atau pun Eiman.

Melihat Eiman yang sudah masuk ke dalam perut kereta, Max menyentuh lengan Haq yang baru hendak masuk ke tempat duduk pemandu.

"There is something wrong now, uncle. Mesti hati-hati" Wajah keruh ayah Eiman di pandang.

"I know young man. Kita semua perlu berhati-hati. Ada seseorang yang cuba hendak mengenakan kita, tapi uncle tak berani nak membuat andaian sekarang" Haq lirik senyum sebelum dia masuk ke dalam kereta dan terus memandu keluar dari situ.

*****

Luka pada siku Eiman sudah siap berbalut kemas selepas dia mendapat rawatan tadi. Mujur lah luka tidak terlalu teruk. Nasib baik tiada sesiapa yang mengalami kecederaan yang serius. Rhea hanya diam sejak tadi. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku. Kalau Eiman tak selamatkan dia tadi, sudah tentu dia menjadi mangsa kemalangan tadi agak nya. Dia mengeluh kecil sebelum dia melihat ke arah Eiman yang duduk selang beberapa kerusi dari nya di dalam klinik.

Rhea bingkas berdiri dan menghampiri Eiman. Dia berhenti di situ dan memandang ke arah siku Eiman. Rasa bersalah pula kerana di sebabkan hendak selamatkan dia, Eiman pula yang tercedera.

"Sakit tak?" Soal nya perlahan.

"Tak sayang" Senyuman simpul di ukir buat Rhea. 

Rhea ketap bibir. Dia menoleh ke arah papa dan juga daddy Haq. Jelas terukir senyuman kecil di bibir kedua-dua lelaki itu bila mendengar Eiman memanggil nya sayang tadi. Dia berdehem kecil. Mahu mengatur tempo irama dentak jantung yang sudah bertempiaran lari tadi. 

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now