MS 38

3.3K 175 33
                                    

Mustang Shelby GT500 itu di pandu dengan kadar kelajuan yang tinggi. Niat nya cuma satu, mahu cepat sampai ke tempat di mana Rhea berada sekarang. Ashraf memang benar-benar mahu mencabar dia. Sudah dia beri amaran pada lelaki itu sebelum ini, tapi nampak nya lelaki itu tetap tidak endah dengan amaran nya. 

"How dare you Ashraf! Takkan semudah itu kau akan dapat kan Rhea!" Stereng kereta di hentak kuat. 

Bergerak-gerak rahang nya menahan rasa marah yang sudah mencapai tahap maksimum sekarang ini. Gigi di ketap rapat. Sekarang dia sudah tidak peduli lagi dengan keadaan jalan raya yang sesak. Selagi dia dapat menyelit, dia akan menyelit tanpa memikirkan risiko dan bahaya yang boleh datang bila-bila masa sahaja. Dia sudah tidak dapat hendak berfikir dengan waras sekarang ini.

"Please no Rhea! Please say no!" Perasaan nya usah di kata sekarang ini. Bimbang, resah, marah, sakit hati semua ada. Bimbang kalau Rhea menerima lamaran itu. Ashraf benar-benar sudah gila. Licik lelaki itu mengambil peluang untuk membeli jiwa Rhea. Pedal minyak terus saja di tekan sekuat hati.

Tiba di hadapan lobi hotel, berdecit bunyi tayar Mustang Shelby itu menghentam permukaan jalan apabila brek di tekan dengan mengejut menyebabkan beberapa orang yang berada di situ menoleh ke arah nya. Bagaikan aksi dalam filem fast and furious pun ada lagak nya. Tanpa menunggu lama, Eiman terus meluru keluar dari perut kereta dan berlari selaju mungkin menghala ke arah ballroom yang terletak di tingkat 1 selepas dia melihat sekilas ke arah paparan skrin di lobi hotel tadi. 

Sementara suasana di dalam ballroom serta merta menjadi senyap sunyi sejurus saja semua mendengar model terkenal Andrean sedang melamar seorang gadis cantik di atas pentas runway ketika ini. Masing-masing melihat dengan rasa tidak percaya dan berita ini pasti akan menjadi berita terhangat untuk para wartawan yang berada di situ sekarang ini. Cuma Wati saja yang tidak menunjukkan reaksi teruja mahu membuat liputan sekarang. Dia ketap bibir menahan rasa meluat dan cemburu. 

Semua tetamu memusat pandangan ke pentas runway. Tiada seorang pun yang mahu kalih mata. Masing-masing berdebar dan masih menunggu jawapan si gadis terhadap lamaran itu tadi. Gadis mana yang tidak menginginkan untuk menerima lamaran seperti ini lebih-lebih lagi lamaran dari model hot seperti Andrean yang sememang nya menjadi pujaan gadis-gadis di luar sana. 

Akaun instagram Rhea juga sejak tadi sudah penuh sesak dengan komen-komen pengikut nya di situ. Ada yang menyokong nya untuk menerima, ada juga yang tidak menyokong. Entah berapa ratus komen yang sudah masuk di situ sejak tadi.

Rhea telan liur berkali-kali. Lutut pula terasa menggigil sekarang ini. Makin terasa lemah kaki nya hendak berdiri. Seakan-akan dia perlukan tongkat saja sekarang ini untuk membantu dia berdiri. Dia sedang bermimpi ke ni? Ashraf lamar dia? Di atas pentas ni? Di hadapan ribuan mata tetamu ni? Oh my god! Kejutan apakah ini? Apa yang patut dia jawab? Lamaran ini terlalu drastik sedangkan dia dan Ashraf tak pernah pun meluah perasaan cinta. Selama ini dia anggap Ashraf hanyalah majikan dan juga sebagai seorang kawan. Dan dia benar-benar tidak menyangka yang perasaan Ashraf boleh sampai ke tahap ini.

Rhea pandang kiri dan kanan. Dia benar-benar buntu sekarang ini. Renungan mata Ashraf masih lagi bisa menembusi ke dalam mata nya. Menanti jawapan dari dia. 

"Rhea... will you?" Soal Ashraf lagi selepas lama dia melihat Rhea membisu.

"I minta maaf kalau I buat tindakan yang mengejut ini. Tapi percayalah yang I benar-benar mahu memiliki you sebagai teman hidup I, tolong terima lamaran I..." Ashraf separuh merayu. Dia menapak sedikit. Kini jarak dia dengan Rhea hanya tinggal sejengkal. Wajah Rhea yang cantik dan berseri-seri benar-benar memukau hati nya hingga dia benar-benar terpesona entah untuk kali yang ke berapa.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now