Rhea menilik sekilas penampilannya di hadapan cermin sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidur nya. Hari ini dia off day seperti kata Ashraf semalam. Lepas dah dapat tidur yang mencukupi malam tadi, pagi ini dia benar-benar merasa bertenaga dan ceria. Tadi awal-awal pagi dia dah bangun dan bersiap. Kaki lantas menghala ke dapur. Mahu menjengok apa yang mama nya masak pagi-pagi ni. Dia bukan tak reti nak masak, cuma dia belum pakar lagi. Haa giteww....
Rhea menjengah ke ruang dapur. Kelihatan mama nya tengah khusyuk je di situ. Bau sambal nasi lemak sudah menyengat ke rongga hidung. Terus terasa lapar pula perut nya. Nasi lemak air tangan mama memang superb. Memang boleh bertambah-tambah kalau makan.
"Mama!" Rhea terus saja menyergah mama nya yang tidak menyedari kehadiran nya di situ.
"Oooo bapak kau sengal! Hish Ya Allah anak bertuah ni! Terkejut aku" Pantas lengan Rhea di pukul perlahan.
"Haaa mama kutuk papa sengal ye... report kat papa..."
Najwa mencebik. Tangan tidak berhenti dari mengacau sambal nasi lemak di dalam kuali.
"Awal anak dara bangun hari ini? Ni nak ke mana pulak ni pakai cantik-cantik ni? Bukan tak kerja ke hari ni? Soal Najwa sambil membawa mangkuk berisi rendang ayam ke meja makan.
"Nak gi salon la ma" Balas Rhea ringkas.
Sepotong kuih karipap di capai dan di masukkan ke dalam mulut.
"Salon? Nak buat apa lagi tu Rhea? Jangan nak cuba-cuba pergi tukar rambut tu warna lain pulak! Ni pun mama bawa bersabar aje tau tengok warna rambut Rhea ni. Kalau ikutkan hati mama ni, mama nak bagi botak je kepala Rhea tu" Wajah kelat Rhea di pandang.
"Tak de lah ma. Rhea nak trim sikit aje"
"Tak habis-habis dengan trim nya. Dah serupa pokok nak kena trim bagai!"
"Apa bising-bising ni Honey?" Soal Carlo yang muncul di dapur.
Kerusi di tarik dan dia labuhkan duduk di hadapan Rhea.
"Eh, kata tak kerja anak dara ni. Ni nak ke mana pulak?" Soal Carlo hairan bila melihat Rhea sudah berpakaian cantik macam tu.
"Nak gi salon kejap papa"
"Salon?"
Rhea angguk.
"Nak buat apa lagi dengan rambut awak tu Rhea?"
"Nak trim sikit aje la.. bukan nak buat apa pun"
Carlo geleng perlahan. Anak dara dia ni bukan nya nak makan saman pun. Makin di larang makin la di buat nya. Jangan balik nanti rambut dia bertukar warna merah ke, kuning ke, sudah. Memang mati kejung dia nanti kalau melihat.
"Hah, Honey dah siap ke nasi lemak tu? Alang-alang Bie nak ke supermarket ni nanti Bie singgah terus hantar ke rumah Haq dengan pejabat Eiman tu"
Terus terhenti kunyahan Rhea bila mendengar nama abang Eiman dia.
"Eh...eh.. takpe...takpe... yang abang Eiman punya biar Rhea yang hantar"
"Kalau pasal abang Eiman dia laju je ye.. "
Rhea tersengih. Dah alang-alang dia nak keluar ni boleh la singgah jumpa abang Eiman kat pejabat tu.
"Kejap Bie. Sikit lagi ni. Nanti boleh dah hantar" Najwa terus saja mencedok nasi lemak ke dalam mangkuk tingkat untuk di hantar ke rumah Haq dan juga Eiman.
*****
Wardah memarkir kereta di hadapan kedai kereta Eiman. Seketika dia memerhati ke arah perusahaan kereta mewah yang di tadbir oleh Eiman itu. Perempuan mana yang tidak suka kalau mendapat lelaki seperti Eiman. Cukup sempurna dan kaya raya. Dan dia pula merasakan diri nya cukup bertuah kerana lelaki itu ada perasaan pada dia.
YOU ARE READING
My Sweetheart (Complete)
Romance🌹spin off Cinta Lelaki Teragung🌹 Do you believe in fate and destiny? And I believe that you are my destiny.. Eiman Firas x Rhea Sophea Louis She fell first, he fell harder Sejak kecil, Rhea sudah mula sukakan Eiman. Dan bila meningkat dewasa, pera...