MS 2

3.6K 160 15
                                    

Rhea memberhentikan BMW i8 Coupe nya di hadapan rumah agam Haq sebelum dia ke litar Sepang kejap lagi. Rutin dia setiap hari memang akan singgah ke sini untuk melawat father and mother in law dia. Sambil-sambil tu nak curi-curi tengok abang Eiman dia la. Cuma sekarang abang Eiman tak ada kat rumah. Tengah rancak la agak nya race kat litar tu.

Kali ni dia tak dapat pulak job untuk mewawancara F1 yang sedang berlangsung hujung minggu ni. Ni semua si Wati pendengki tu punya pasal. Entah bila dia pergi jumpa dengan Encik Marzuki tu minta job tu bagi kat dia. Menyampah betul la. Nanti mesti dia tergedik-gedik kalau nak pergi temubual abang Eiman tu. Ada dia lempang jugak muka Wati tu kang ha.

Pintu BMW terus di buka dan dia melangkah perlahan menuju ke pintu pagar dengan lenggang lenggok diva nya. Loceng kemudian di tekan tiga kali sebelum pintu pagar itu terbuka dengan sendiri. Rhea melangkah masuk. Kaca mata hitam di naikkan ke atas kepala nya. Rambut yang berwarna keperangan separas bahu di biar lepas bebas.

Terjengol wajah Mak Dara situ. Pembantu rumah yang sudah 5 tahun berkhidmat dengan daddy Haq selepas Nek Mona meninggal 6 tahun yang lalu. Mak Dara ni anak saudara Nek Mona yang datang dari kampung. Nek Mala pula sudah meninggal dunia 8 tahun yang lalu akibat sakit tua. Jadi sekarang Mak Dara la yang ambil alih tugas-tugas Nek Mona dulu.

"Eh Rhea.. masuk lah" Mak Dara tersenyum manis.

"Errr thank you Mak Dara. Daddy dengan ibu ada tak?" Rhea melangkah masuk.

Dia kemudian melilau melihat sekeliling. Mencari hot daddy dia. Hehe.

"Ada je kat dapur tu duduk sembang dengan ibu. Pergi lah ke dapur kalau nak jumpa dengan mereka" Mak Dara terus saja berlalu ke dapur.

Rhea hanya mengikuti di belakang.

Haq yang sedang duduk berbual dengan isterinya melihat sekilas ke arah muka pintu dapur. Lantas senyuman di hadiahkan buat Rhea yang terjengol di situ.

"Rhea.. sini sayang. Ingatkan siapa yang datang tadi" Puspa menggamit Rhea menghampiri nya.

Rhea angguk dan terus labuhkan duduk di sisi Puspa.

"Rhea dari mana ni?" Soal Haq bila dia melihat penampilan Rhea nampak lain saja hari ini. Baru dia perasan dengan warna rambut gadis itu. Sudah bertukar warna.

Teringat pula dengan warna rambut dia masa muda-muda dulu. Terbalik pula sekarang ini. Anak dia sendiri elok asli je warna rambut. Tapi tang anak Carlo ni, lain pulak.

"Dari rumah. Rhea nak pergi litar jap lagi. Daddy dengan ibu tak pergi ke?" Soal nya lembut. Yelah bakal mertua kan, kena la cakap sopan santun dan lemah lembut. Hiksss.

"Daddy dengan ibu memang nak pergi jugak nanti. Tapi lambat sikit lah sebab daddy nak singgah jengok kereta yang baru sampai tadi kat syarikat tu. Abang Eiman ada race hari ni kan jadi daddy kena ambik alih sekejap untuk uruskan"

Rhea angguk faham.

"Rhea nak minum?" Soal Puspa sambil memandang ke arah Rhea. Dari kecil sampai besar Rhea sudah dia anggap macam anak sendiri.

Rhea memang rapat dengan dia dan suaminya. Suka bermanja dan selalu juga tidur bermalam di sini bersama dengan Eishal.

"Eh Rhea dah minum kat rumah tadi. Thank you ibu. Eishal mana bu? Tak nampak pun?" Sedari tadi Rhea tak nampak batang hidung Eisal.

"Dia ada sesi kaunseling hari ni"

Eishal mengikut jejak langkah Puspa menceburi bidang kaunseling. Dan sekarang Eishal ada syarikat dia sendiri yang di tubuhkan khas untuk menawarkan sesi kaunseling kepada masyarakat yang memerlukan.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now