MS 59

3.5K 165 34
                                    

"Arghhhh!!!" Habis segala kerusi meja yang ada di hadapan nya di terajang kuat. Melepaskan rasa marah yang membuak-buak dalam diri nya sekarang ini. Rambut di cengkam kasar. Rasa bagai mahu pecah kepala nya sekarang ini.

"Siapa yang buat kau sampai jadi macam ni Rafiq!? Siapa?? Bagitahu aku!!" Ashraf menengking dengan agak kuat. Habis semua orang-orang nya yang ada di situ kecut perut melihat kemarahan nya yang sedang menggila ketika ini. 

Sedari tadi mulut Rafiq hanya mampu ternganga. Dia sudah tidak mampu hendak mengeluarkan suara lagi. Seperti orang bodoh saja lagak nya ketika ini. Bersusah payah dia keluar dari pinggir hutan tu tempoh hari. Dia meraung, tapi laungan itu hanya mampu bergema dalam hati nya saja.

"Kau menjerit macam tu takkan dapat selesaikan masalah lah Andrean!!" Pekik suara itu tiba-tiba selepas dia berdiam diri sedari tadi. Mata nya tidak lepas dari melihat ke arah Rafiq yang sudah menjadi lelaki bisu sekarang ini.

Memang kurang ajar! Bedebah! Sampai tahap ni kau bertindak ye Haq. 

"Kau tak tengok ke apa yang dah jadi dengan Rafiq ni hah setan!? Sampai kena potong lidah. Dan ini adalah mangsa kedua yang menerima nasib yang sama selepas berpuluh tahun lama nya kau tahu tak!" Ashraf sudah di rasuki kemarahan. Rafiq adalah satu-satu nya orang kepercayaan dia. Tapi sekarang, apa lagi yang dia nak harapkan bila Rafiq sudah bisu begini.

"Kau diam boleh tak!? Jangan serabutkan kepala aku"

"Ini semua sebab kau! Kau yang bodoh!" Ashraf memekik sambil menunjal dahi manusia di hadapan nya ini.

"Heiiiii!!!!!!" Pergelangan tangan Ashraf terus di cengkam kuat bersama pandangan mata yang sudah bertukar tajam. Menggigil terasa seluruh tubuh nya ketika ini cuba menahan kemarahan yang seakan sukar untuk di bendung lagi.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku Andrean! Ingat sikit aku ni siapa dengan kau!!"

"Argghhh!!! Persetankan lah kau siapa dengan aku! Yang sorang tu pun sama! Tak berguna!" Ashraf menuding jari ke arah orang yang duduk tidak jauh dari situ yang hanya diam tidak bersuara.

"Kurang ajar!!" Satu tamparan hinggap di pipi Ashraf menyebabkan Ashraf semakin naik gila. 

Lantas dia terus mencekik leher manusia di hadapan nya ini dengan kuat. Namun perut nya pula yang terasa senak akibat di sepak dengan kuat sehingga terlepas tangan nya dari terus mencekik leher orang itu. Ashraf mengesat darah di hujung bibir nya sebelum dia meludah kasar. 

"Sampai bila nak kena tunggu macam orang bodoh ni? Aku tak nak ada mangsa lain lagi selepas Rafiq ni"

Kedengaran suara itu mula ketawa sinis dan berpanjangan. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku tadi. 

"Kau jangan risau la Andrean. Aku sendiri pun tak nak buang masa sebab dah banyak sangat masa aku terbuang begitu saja. Aku rasa dah tiba masa nya untuk aku usik sesuatu yang paling melemahkan Haq dan Carlo"

"Apa kau nak nak buat jahanam?" Soal Ashraf geram. Jangan nanti gagal lagi plan si syaitan ni. Penat sudah dia nak menghadap kegagalan yang berpanjangan.

******

Riuh rendah rumah agam Haq petang ini dengan aktiviti BBQ di kawasan rumah nya. Semua ahli keluarga termasuk keluarga Zain, Max dan Wardah turut serta di situ bagi memeriahkan suasana. Rhea dan Eishal sedang sibuk di dapur menyiapkan bahan-bahan untuk di bakar nanti sementara yang lain duduk bersembang di laman rumah.

"Kak Rhea, Eishal bawa yang ni ke depan dulu lah ye" Eishal terus mengangkat besen yang mengandungi udang galah yang telah di bersihkan ke laman rumah.

"Ha pergilah. Akak nak perap ayam ni kejap. Nanti akak ke depan" Ujar Rhea lagi sebelum tangan nya terus menuang segala rempah ke dalam besen yang berisi ayam mentah yang sudah siap di cuci.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now