MS 56

3.9K 164 29
                                    

"Buka!" Arah suara itu tegas kepada Rafiq.

Rafiq mengangguk sebelum dia terus membuka ikatan yang menutupi mata Wati dari malam tadi.

Wati terus saja menggerakkan kepala nya selepas ikatan yang menutupi matanya di buka. Terasa berbalam-balam pandangan nya. Selepas dia keluar dari kawasan ballroom malam tadi, dia hanya dapat ingat yang mulut nya di tekup oleh seseorang sebelum dia tidak sedarkan diri selepas itu. Dia meliar melihat sekeliling. Buruk benar keadaan tempat ni. Macam rumah usang yang sudah lama di tinggalkan. Dinding juga banyak yang sudah retak dan tingkap pula banyak yang habis pecah. Dapat dia lihat keadaan diluar sana hanya di kelilingi oleh hutan belaka.

Dia kat mana sebenarnya sekarang ini. Mata nya kemudian melihat ke arah sosok tubuh seseorang yang sedang duduk membongkok dihadapan nya ketika ini. Hanya mata garang yang nampak kerana wajah nya ditutupi separuh dengan penutup muka. Pakaian pula serba hitam. Ni Maleficent dunia nyata ke? Atau ni keturunan Dracula Untold? Cuma tanduk je tak ada atas kepala nya.

"Woiii!! Kau sapa hah!? Apasal kau bawa aku ke sini? Kau nak apa!?" Wati menjerit kuat. Dia meronta-ronta mahu membuka ikatan tangan nya yang di ikat pada tiang.

Suara itu hanya melepas tawa sinis sambil mata itu tetap tajam memerhati ke arah nya. Wati telan liur berkali-kali.

"Cecececece... jangan jerit macam tu. Aku tak suka" Dia kemudian duduk bersandar di atas kerusi sambil kaki kanan di silang di atas kaki kiri. Tangan nya pula ligat melayang-layangkan sebilah pisau lipas di atas lutut nya.

"Lepaskan aku!!!" Wati meronta lagi. Gerun pula dia sekarang ni bila melihat manusia itu bermain dengan pisau di situ.

"Lepaskan kau? Hmmm.... tunggu aku keluarkan dulu jantung dari tubuh kau, baru aku lepaskan kau. Itu pun kalau kau masih bernyawa lagi untuk keluar dari sini" 

Terbeliak mata Wati mendengar. Apa maksud manusia ini berkata begitu.

"Apa masalah kau dengan aku? Aku tak kenal kau!"

"Tak perlu pun kenal aku. Tapi, kau dah gagalkan rancangan aku!"

Wati melingas ke sekeliling. Dia cuma melihat Rafiq di situ. Ini bermaksud penculikan dia ni ada kena mengena dengan Andrean ke? Tapi mana Andrean? Dan dia pasti manusia yang hanya nampak sepasang mata dihadapan nya ini, bukan Andrean. Jadi siapa dia?

"Rancangan apa pulak ni?" Soal Wati sedikit keliru. Yang dia tahu dia cuma terima arahan dari Andrean malam tadi berkenaan dengan rancangan untuk memerangkap Rhea dan Eiman.

"Kenapa kau gagal bawa Eiman naik ke tingkat 5 malam tadi? Macam mana pulak Eiman boleh berada bersama dengan Rhea? Dan kau tahu tak yang mereka dah bernikah malam tadi? Ini semua kau punya pasal tau tak!" Suara itu sudah melengking tinggi. Bergema suara nya memenuhi kawasan hutan ini.

"A..aku tak sengaja. Me...memang dah hampir berjaya rancangan tu malam tadi. Ta..tapi aku dah tak dapat nak elak bila Marzuki dan panggil dan ta..tahan aku. Mana la aku tahu Eiman ada dengan Rhea dalam bilik tu" Tergagap-gagap Wati menjawab. Dia telan liur berkali-kali.  Terasa haus tekak nya sekarang ini. Perit. 

"Tak ada istilah hampir kalau aku nak kan sesuatu tu. Tapi kau dah merosakkan semua nya. Kalau tidak, Rhea sudah tentu menjadi milik Andrean, dan Eiman... pasti akan menjadi milik......" Bicara nya terhenti di situ. Dia kemudian bangkit dari duduk.

Dia duduk bertinggung di hadapan Wati. Mata pisau yang runcing dan berkilat itu kemudian di lari-larikan ke kulit muka Wati.

"To...tolong ja..jangan apa-apa kan aku.. Rafiq! Tolong aku!!" Wati memandang ke arah Rafiq yang memandang nya tanpa perasaan di situ.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now