3 bulan kemudian...
Hari ini, rumah agam Haq sangat meriah kerana hari ini adalah sambutan hari lahir nya yang ke 56 tahun. Selepas menjalani pembedahan 3 bulan yang lalu, alhamdulillah lukanya sudah sembuh dan dia sudah boleh melakukan rutin harian nya seperti biasa. Dia menuruni anak tangga satu persatu. Melihat ahli keluarga yang masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing, Haq ukir senyum. Alahai, dia ni dah tua dah nak di rai sampai macam ni sekali. Ini pun isteri dia yang berkeras hendak meraikan hari lahir nya di samping dengan niat hendak bersedekah. Dia kemudian melihat ke arah Carlo dan Max yang sedang duduk berbual di ruang tamu. Lantas kaki di atur menghala ke situ.
"Kau sekarang dah boleh tengok lidah tak?" Soal Carlo memandang ke arah Max.
Max kerut dahi. Lain macam betul soalan orang tua ni. Jangan la nak suruh dia tengok lidah lagi. Simpang malaikat 44 memang tak la dia nak tengok lagi benda mengerikan tu. Trauma sampai ke sudah dia jadi nya. Kang takut dia jadi hilang ingatan pula sebab trauma.
"Kalau tengok lidah sendiri boleh la uncle. Kalau lidah orang lain, tak nak la saya"
"Yeke? Pokok lidah buaya pun kau tok boleh tengok la ni?" Soal Carlo tersengih.
"Hisy, tu lain uncle. Tu pokok"
"Hmmm aku ada benda nak bagi dengan kau ni" Kata Carlo perlahan.
Max kerut dahi. Eh apa pulak la yang otai ni nak bagi dekat dia. Kemudian dia melihat ke arah kotak yang berbalut kemas di hulur oleh Carlo kepada nya. Dia kerut dahi. Hairan sungguh ni. Tak ada angin tak ada ribut bagi hadiah dengan dia.
"Hadiah untuk saya ke uncle?" Soal nya hairan.
Carlo angguk sambil tersenyum-senyum. "Ye untuk kau lah. Untuk siapa lagi. Dah aku bagi dengan kau"
"Tapi hari ni harijadi uncle Haq. Bukan harijadi saya" Balas Max lagi.
"Alah.. tak payah tunggu hari jadi la kalau nak bagi hadiah ni. Ambik laa. Uncle bagi khas untuk kau ni. Rugi kalau kau tak ambik hadiah mahal dan sangat berharga ni" Ujar Carlo lagi sambil terus menghulur kotak kecil itu kepada Max.
Max sambut juga perlahan-lahan namun mata nya tetap memandang ke arah Carlo. Berkerut-kerut dahi nya melihat riak wajah Carlo yang lain macam saja tengok dia tu.
"Terima kasih. Boleh bukak ke?" Soal Max teruja pula rasa mahu melihat isi di dalam kotak itu. Tak pernah pun ada orang nak bagi dia hadiah. Dia selalu nya dapat piala je lah bila berlumba di litar.
"Bukak lah. Semoga kau happy terima hadiah yang tak seberapa dari uncle ni" Carlo tersengih.
Max bukak juga balutan kotak yang cantik itu. Di koyak sedikit rakus sebelum dia membuka perlahan-lahan penutup kotak itu. Seketika mata nya terbuntang bila melihat isi di dalam kotak itu sebelum dia terus menjerit kuat di situ.
"Argghhhhhhhhhh!!!! Lidah!! Lidah hantuuuu!!!!!" Tak sedar dia telah melambung tinggi ke udara lidah itu sehingga terjatuh pula ke atas kepala Carlo.
Carlo sudah ketawa berdekah-dekah di situ sebelum dahi nya di jentik oleh Haq.
"Dah tua pun perangai masih tak semenggah! Trauma budak tu kau tau tak! Ni lidah siapa pulak kau tibai ni?" Soal Haq sambil mengambil lidah yang elok landing di atas kepala Carlo itu tanpa dia sedar.
"Lidah orang yang tangkap Rhea dulu" Balas Carlo bersahaja sambil tersengih.
"Hah!? Bila masa kau potong lidah orang ni Carlo?" Soal Haq sedikit terkejut.
"Alah buat kerja senyap-senyap laaa. Siapa suruh dia berani cederakan anak kesayangan aku" Carlo kemudian mengerling ke arah Max yang sudah senyap di situ.
YOU ARE READING
My Sweetheart (Complete)
عاطفية🌹spin off Cinta Lelaki Teragung🌹 Do you believe in fate and destiny? And I believe that you are my destiny.. Eiman Firas x Rhea Sophea Louis She fell first, he fell harder Sejak kecil, Rhea sudah mula sukakan Eiman. Dan bila meningkat dewasa, pera...