MS 28

3.3K 169 14
                                    

"Hai... Ashraf..." Rhea terus saja menghampiri Ashraf yang tersenyum memandang nya.

"Sorry I'm late"

"Eh takpe. Tapi pagi tadi you kata akan sampai malam nanti. Ni you dah sampai awal"

"Ha ye. Dah selesai urusan I tadi. Lagi pun I miss you so much pretty"

Rhea menunduk. Membahang pula rasa wajahnya mendengar kata-kata Ashraf yang kedengaran romantik saja petang ni. Tak sangka pulak Ashraf boleh sampai awal. Tapi elok la jugak. Dapat juga dia mengelak dari gangguan abang Eiman yang gatal miang tu. Huh!

"Jom lah kita pergi sana"

"Tengah buat aktiviti apa sekarang ni?" Soal Ashraf ingin tahu.

"Baru habis main game tiup belon. Lepas ni game isi air dalam botol pulak"

"Iya? Sound insteresting. Lagipun I dah lama tak main sukaneka ni. Last zaman sekolah dulu je ikut benda-benda macam ni"

"Kalau macam tu, boleh lah you ikut main lepas ni. Nanti I bagi support dekat you okay" 

"Comel nya dia cakap macam tu"

Mereka terus saja menghala ke arah ahli keluarga yang lain yang masih lagi berada di tempat mereka bermain tadi. Eiman pula sejak tadi sudah tidak senang hati bila melihat Rhea bercakap dengan Ashraf. Datang pulak mamat ni. Kacau betul lah. 

"Weii bro.. siapa jejaka hot dengan Rhea tu? Aku ingatkan aku yang dah cukup hot kat sini, rupa-rupa nya ada lagi yang lebih hot dari aku ni" Soal Max sedikit hairan bila dia melihat Rhea berjalan dengan seorang lelaki. Mungkin kah itu Ashraf? Sebab uncle Haq kata mereka akan sebilik dengan Ashraf.

Eiman hanya mendengus kasar. Tengok muka gembira budak diva tu ke main lagi. Kalau dengan dia masam mencuka je muka tu. Kalau dia tahu baik dia cium betul-betul budak diva tu tadi. Biar padan muka dia. 

"Eh Ashraf, baru sampai ke?" Soal Haq bila Ashraf menghulur tangan mahu berjabat tangan dengan nya.

"Ye uncle. Baru sampai. Urusan saya dah habis awal tu yang terus pecut ke sini tadi" Ashraf kemudian bersalaman pula dengan Carlo sebelum dia memandang ke arah Max dan juga Eiman.

"Hai, Ashraf" Ashraf menghulur tangan ke arah Max.

"Max. Selamat berkenalan bro" Ujar Max sambil lirik senyum simpul.

Kemudian Ashraf menghulur pula tangan ke arah Eiman dan Eiman sekadar sambut dengan riak yang dingin.

"Okay guysss!!! Kita terus ke game yang kedua"

Haq kemudian mengarahkan Eiman dan Max menyusun botol-botol minuman kosong untuk permainan mengisi air dalam botol selepas ini. Peserta lelaki sahaja yang akan mengikuti permainan ini nanti. 

Rhea menghampiri Ashraf dan terus menghulurkan span untuk di gunakan mengisi air ke dalam botol nanti.

"Good luck tau!" Ujar Rhea perlahan sebelum dia membuka ikon kamera iphone nya untuk menangkap gambar bersama dengan Ashraf. Mereka sempat membuat pelbagai gaya di situ sebelum permainan di mulakan. 

"Weiii Eiman... tak panas bontot ke?" Soal Max tersengih.

Muka kelat Eiman tu usah cakap lah. Memang kelat tahap dewa langit ke tujuh. Kang kalau dia nak gelak, tak boleh jugak. Kesian kat member ni. Haih! serba salah di buat nya.. biar lah aku terus single kalau macam ni punya sakit jiwa bila suka dekat perempuan ni. Max membebel dalam hati.

"Diam lah kau Max! Kang tak pasal-pasal kau aku rendam kat dalam laut tu"

"Huishh!!! Marah ke bang?"

Selepas Eishal mengira kiraan 1 hingga 3, kesemua peserta lelaki terus saja berlari untuk mengisi air ke dalam botol. Masing-masing berusaha untuk memenuhkan air dalam botol mereka.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now