Prangggggggg!!!!
Puspa terkejut bila gelas di tangan nya tiba-tiba terjatuh dan pecah berkecai di lantai. Najwa yang berada di ruang tamu terus meluru berlari ke dapur bila mendengar bunyi yang kuat itu tadi. Puspa sentuh dada nya perlahan. Jantung nya berdegup dengan laju. Kenapa dia rasa tak sedap hati? Dia mula resah dan gelisah sambil memandang ke arah kaca yang bertaburan di atas lantai.
"Ya Allah! Puspa! Kenapa ni?" Soal Najwa cemas. Dia terkejut melihat serpihan kaca yang sudah bertaburan di atas lantai. Berhati-hati dia berjalan menghampiri Puspa yang kelihatan terkaku di situ.
Entah kenapa, kolam mata Puspa mulai bergenang dan terasa hangat. Sukar untuk di bendung perasaan yang dia rasakan sekarang ini. Dia tidak mahu memikirkan apa-apa perkara yang tidak baik. Dia pasti yang suami dan anak-anak nya selamat. Dia pasti akan itu. Mereka akan selamat. Mereka akan selamat. Berulang-ulang kali ayat itu di ucapkan nya.
"Puspa, kau okay ke ni?" Soal Najwa lagi bila melihat tiada tindakbalas dari sahabat nya itu.
"A...aku tak sedap hati Najwa... ma...macam mana keadaan mereka kat sana..." Puspa sudah mula hendak menangis.
"Inshaallah mereka semua selamat Puspa. Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Kita jangan putus berdoa" Pujuk Najwa lagi biar pun dia sendiri sudah mula tidak sedap hati mendengar kata-kata Puspa itu. Entah kenapa hati nya turut merasa berdebar lain macam sekarang ini.
"Aku takut Najwa" Puspa berkata perlahan. Dia tidak dapat menidakkan apa yang dirasakan nya sekarang ini.
"Jangan fikir yang bukan-bukan Puspa. Dah jom kita masuk ke dalam dulu. Tenangkan fikiran kau"
"Ada sesuatu yang terjadi dekat suami aku Najwa.. Aku dapat rasakan nya"
Najwa tersentak. Apa maksud Puspa? Kenapa dia berkata begitu.
"Puspa, please.. jangan fikir yang bukan-bukan. Aku yakin mereka selamat. Kita jangan putus berdoa untuk mereka. Dah, jangan fikir lagi. Doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik, Inshaallah akan datang yang baik-baik. Yakin dengan ketentuan Allah" Najwa terus memeluk erat tubuh Puspa. Melihat Puspa yang sudah mula menangis, Najwa turut menangis. Mereka sama-sama risau dan bimbangkan keselamatan suami dan anak-anak mereka ketika ini.
****
Wardah ketawa kuat bila dia melihat Haq sudah rebah di situ. Pisau yang terbenam di perut Haq tadi di cabut dan kemudian dia memandang puas hati ke mata pisau itu.
"Puas hati aku! Hahaha! Mampus kau!!!" Wardah ketawa lagi. Terlalu puas hati nya sekarang ini bila dapat melunaskan dendam yang sekian lama tersimpan di hati nya. Kalau ayah dia dah mati, Haq juga perlu mati. Tidak adil untuk keluarga Haq terus-terusan hidup bahagia sedangkan keluarga dia, hidup dalam kesengsaraan dan tidak bahagia dengan kebisuan ayah nya yang di sebabkan oleh Haq.
"Memang patut kau mati!! Kau boleh ikut bapak aku ke neraka Haq!!!" Bagai orang kurang siuman saja lagak nya terus-terusan ketawa di situ tanpa henti.
"Binatang kau Wardah!!!! Aku bunuh kau perempuan jahanammm!!!!!!"
Eiman yang sudah tidak mampu hendak membendung emosi nya ketika ini, pantas meluru ke arah Wardah sebelum dia menendang kuat belakang tubuh Wardah menyebabkan Wardah terus tersungkur jatuh ke lantai.
Melihat keadaan itu, Carlo dan Max terus meluru ke arah Haq dan cepat-cepat menarik tubuh Haq menjauh dari situ. Bimbang kalau Wardah melakukan tindakan yang lebih gila lagi nanti. Dada Haq yang masih berombak perlahan, Carlo sentuh dengan tapak tangan nya. Saat ini, tiada kata-kata yang mampu terluah dari bibir nya. Hanya mata nya tidak putus-putus memandang ke arah gerakan dada Haq yang lemah itu.
YOU ARE READING
My Sweetheart (Complete)
Romance🌹spin off Cinta Lelaki Teragung🌹 Do you believe in fate and destiny? And I believe that you are my destiny.. Eiman Firas x Rhea Sophea Louis She fell first, he fell harder Sejak kecil, Rhea sudah mula sukakan Eiman. Dan bila meningkat dewasa, pera...