Eiman berlari selaju mungkin menghala ke pintu kaca restoran dan terus saja di buka kasar. Melihat Rhea yang sudah mahu masuk ke dalam perut kereta, larian nya di atur semakin laju. Dengan kaki yang panjang itu memang mudah saja larian nya menjadi laju. Pagar yang menghalang laluan untuk ke seberang jalan terus saja di lompat tinggi. Tidak peduli lagi dengan keadaan sekeliling. Yang dia tahu, dia mahu mendapatkan Rhea sekarang. Dia mahu memohon kemaafan dari Rhea.
Pantas sahaja lengan Rhea di genggam kemas sebelum sempat Rhea mahu masuk ke dalam kereta menyebabkan Rhea terjerit kecil akibat terkejut. Pintu kereta Rhea yang sudah terbuka di tutup kasar sebelum dia merampas kunci kereta di tangan Rhea dan menekan butang lock kereta itu serta merta.
"Apa ni abang Eiman!" Rhea benar-benar terkejut bila melihat Eiman tiba-tiba saja ada di situ.
Eiman tidak menjawab. Lengan Rhea terus di tarik mengikut langkah nya menuju ke keretanya yang di parkir di seberang jalan.
"Abang Eiman nak bawak Rhea pergi mana ni? Eeei lepas lah! Apa ni!?" Rhea sedikit marah. Bertalu-talu dia memukul tangan Eiman, namun Eiman tetap dengan wajah dingin nya dan langsung tidak melepaskan Rhea.
Pintu kereta di buka kasar sebelum dia menolak tubuh Rhea masuk ke dalam kereta dan pintu di hempas kasar. Rhea pula mahu membuka semula pintu kereta namun tindakan pantas Eiman yang sudah masuk ke dalam kereta menyebabkan tindakan nya gagal bila Eiman pantas menangkap pergelangan tangan nya.
"Abang Eiman ni kenapa hah!?" Soal Rhea geram.
Eiman terus menghidupkan enjin kereta sebelum dia terus beredar dari situ.
"Kereta Rhea lah kat sana!" Rhea masih lagi tidak berhenti bersuara.
"Shut up Rhea!"
"Rhea nak balik! Hantar Rhea balik semula ke sana!" Rhea tetap tidak berpuas hati.
Sekarang dia benar-benar tidak suka melihat lelaki ini. Apa lagi yang tak selesai antara dia dengan Eiman ni? Bukan kah dia sudah mengalah untuk tidak mengejar lelaki ini lagi? Tetapi apa pula yang sedang berlaku sekarang ini?
"Hantar Rhea balik semula ke kereta Rhea! Hantar Rhea balik!!"
Berdecit bunyi tayar kereta itu bila Eiman terus saja mendadak memasuki laluan kecemasan. Bingit telinga nya mendengar jeritan Rhea yang tak henti-henti. Sudah lah hati dia tengah panas sekarang ini.
"Dah gila ke!?" Soal Rhea berpeluk tubuh. Kepala hanya melihat ke sebelah kiri. Melihat pemandangan gelap di luar sana.
Eiman memandang tajam ke arah Rhea yang tidak mahu memandang ke arah nya. Rahang di ketap kuat.
"Sejak bila dah bertukar kerja jadi model ni?" Soal nya sedikit tegang. Masih terbayang-bayang aksi mesra Rhea bersama Ashraf dalam kepala nya.
"Kenapa sibuk nak tahu?"
Eiman tergelak halus. Rhea sudah lain sekarang. Ya! Dan mungkin dia lah punca nya perubahan Rhea sekarang ini. But it's okay, dia akan layankan saja.
"Dah tak boleh tanya ye sekarang ni?" Soalan di balas soalan.
"Selama ni tak pernah pun sibuk nak ambik tahu apa yang Rhea buat. Ni dah kenapa tiba-tiba nak sibuk?"
"Dah kalau bergambar mesra-mesra camtu sampai jadi tontonan satu Malaysia, siapa je yang tak sibuk nak bertanya? Tu kalau papa dengan mama tengok, macam mana?" Eiman sungging hujung bibir.
"Tetap tak ada kaitan dengan abang Eiman lah!" Bidas Rhea sedikit kasar.
"Of course ada kaitan"
Rhea mendengus geram. Malas benar hendak melayan benda-benda tak penting macam ni. Dia penat sekarang ini. Nak balik rumah, nak rehat, nak tidur.
"Dah habis waktu kerja kan? Pergi lah balik. Rhea nak balik"
YOU ARE READING
My Sweetheart (Complete)
Romance🌹spin off Cinta Lelaki Teragung🌹 Do you believe in fate and destiny? And I believe that you are my destiny.. Eiman Firas x Rhea Sophea Louis She fell first, he fell harder Sejak kecil, Rhea sudah mula sukakan Eiman. Dan bila meningkat dewasa, pera...