Pretty, mungkin I akan lambat sikit sampai Melaka nanti. Just enjoy your trip first okay. See you. - Ashraf
Pesanan dari Ashraf itu di baca sepintas lalu sebelum Rhea menutup skrin iphone nya. Dia mengeluh kecil. Bosan la kalau Ashraf takde ni.Hari ini mereka akan bertolak ke Melaka untuk bercuti bersama keluarga daddy Haq sambil mengadakan aktiviti family day nanti di sana. Sekali sekala seronok juga kalau dapat pergi bercuti ramai-ramai macam ni.
Rhea membantu menyimpan barang-barang yang sudah siap di packing semalam ke dalam bonet kereta. Banyak jugak la barang-barang yang mama dia bawa ni. Dah macam nak duduk sana je rupa gaya nya.
"Banyak betul barang yang mama bawa ni pa. Ni nak duduk kat sana terus ke cam mana ni?" Soal Rhea bila mama nya sudah berlalu masuk semula ke dalam rumah.
"Agak nya la kot. Nanti kita tinggalkan aje lah mama kat sana. Kita je balik sini nanti" Balas Carlo selamba.
"Eh? Papa ni kalau mama dengar habis rambut papa tu kena tarik dengan mama kang"
Carlo hanya ketawa di situ sebelum dia berlalu masuk ke tempat duduk pemandu. Rhea pula terus saja masuk ke tempat duduk belakang sementara menunggu mama nya mengunci pintu.
"Ashraf macam mana? Bertolak sekali ke pagi ni?"
"Dia lewat sikit nanti Pa. Malam nanti kot baru dia sampai"
Carlo hanya mengangguk. Model tentu saja susah nak cari masa lapang. Kalau ada pun mesti hidup rasa tak tenang sebab akan sentiasa menjadi perhatian umum.
Bunyi pesanan masuk melalu whatsapp mengalih perhatian Rhea. Lantas iphone di capai dan skrin terus di sentuh. Seketika dia kerut dahi bila melihat nama Eiman naik di situ.
Morning sweetheart - Eiman
Membulat luas mata Rhea melihat ayat yang di taip oleh lelaki itu. Eewwwww... sweetheart? Apa kena dengan abang Eiman ni sejak dua menjak ni. Lain macam betul perangai. Gatal merenyam!
Morning- Rhea
Aik, morning aje? Dah siap ke belum? - Eiman
Dah. Tengah tunggu mama - Rhea
Okay. Kita orang pun nak gerak dah ni. Jumpa kat sana nanti sayang - Eiman
Eeiiiii!!!!! Gatal!!!!! Lantas iphone nya di lempar ke tepi. Malas dah nak balas pesanan whatsapp lelaki itu lagi.
Eiman sudah tergelak-gelak di situ. Memang dia dapat agak mesti muka Rhea tengah masam dan kelat sekarang ni. Saja je dia nak mengusik budak diva tu. Nak tengok setakat mana hati si diva tu dapat bertahan nanti.
"Apa yang lucu sangat tu Eiman? Gelak sorang-sorang dah kenapa?" Soal Haq di sebelah.
"Eh, tak ada apa-apa dy. Ni ha ada iklan lucu" Eiman tegakkan tubuh sambil mengerling ke arah daddy nya.
Haq hanya menggeleng kepala sebelum dia mengalih semula tumpuan nya ke arah skrin iphone di tangan nya.
"Mana Eishal ni? Kenapa lambat sangat?" Soal Eiman bila dia melihat Eishal belum lagi nampak bayang.
"Eishal pergi jemput Wardah. Tiba-tiba pulak Wardah kata kereta dia tak dapat nak hidup. Jadi kita kena tunggu la mereka sampai sekejap" Puspa menjawab.
Nasib baik la suaminya suruh bawa SUV hari ini. Boleh juga muat nak tumpangkan Wardah sekali.
"Jadi Wardah ikut kita la ni?" Soal Eiman lagi.
"Macam tu la nampak gaya nya. Lagi pun tak sampai hati pulak nak suruh dia memandu sendirian ke sana. Rasa nya lagi elok kalau dia ikut sekali je dengan kita"
YOU ARE READING
My Sweetheart (Complete)
Romance🌹spin off Cinta Lelaki Teragung🌹 Do you believe in fate and destiny? And I believe that you are my destiny.. Eiman Firas x Rhea Sophea Louis She fell first, he fell harder Sejak kecil, Rhea sudah mula sukakan Eiman. Dan bila meningkat dewasa, pera...