MS 43

3.4K 171 16
                                    

Eiman terus mengejar langkah Rhea yang sudah menjauh. Dia tidak akan sesekali membiarkan Rhea pergi dengan salah sangka begini. Dia terus menghampiri Rhea yang sudah berada di kawasan parkir sebelum dia meraih kemas pergelangan tangan Rhea menyebabkan langkah Rhea terhenti serta merta.

"Rhea please...." Eiman terus mendekat dan berdiri dihadapan Rhea.

Sungguh dia terkedu bila melihat wajah Rhea yang sudah basah lencun dengan air mata.

"Sayang menangis?" Soal nya dengan riak tergamam.

Rhea hanya diam. Tidak menjawab. Hanya bunyi esakan halus nya saja yang kedengaran ketika ini. Wajah abang Eiman pun dia tidak mahu tengok.

"Please look at me... kenapa menangis ni, hurmmm?" Dagu Rhea di sentuh sebelum dia menolak wajah Rhea supaya memandang tepat ke arah nya.

Rhea kembali menunduk. Tidak mahu memandang ke arah Eiman sekarang. Dia sebolehnya tidak mahu melenting kerana itu bukan sifat dia. Sungguh pun apa yang di lihat nya tadi sedikit mengguris hati nya, namun dia ambil keputusan untuk tidak mahu percaya kerana dia tahu sikap Wardah itu bagaimana. Dia juga sebolehnya tidak mahu merosakkan majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi. Dia masih sayangkan abang Eiman. Tidak pernah pudar sedikit pun walaupun dia sudah cuba untuk mematikan perasaan nya pada lelaki itu sebelum ni.

"Explain" Hanya itu yang keluar dari mulut nya.

"Apa yang Rhea lihat tadi tak seperti apa yang Rhea fikirkan. Abang sendiri pun terkejut melihat kedatangan Wardah tadi. Tolong percayakan abang" Eiman bersuara separuh merayu.

"Dia masih lagi mengharap cinta abang Eiman"

"But I don't love her. I only love you, sweetheart"

Rhea angguk. Sesekali dia mengesat hidung nya yang mula terasa tersumbat.

"Jangan nangis lagi, sayang. Tak comel dah ni. Ni kenapa Rhea yang datang ni?"

"Rhea nak jemput abang Eiman"

"Daddy tak jadi datang eh?"

Rhea hanya geleng perlahan.

Eiman ukir senyum senang hati. Wajah kemerahan Rhea di pandang penuh kasih.

"Thank you sayang sebab sudi datang jemput abang balik hari ini. And thank you juga sebab sudi percayakan abang"

Rhea lirik senyum. Rasa malu pula bila dengar nada suara abang Eiman yang soft macam ni bila bercakap.

"Okay kalau macam tu , jom lah kita gerak sekarang. Abang tak sanggup la nak lama-lama dekat hospital ni"

Rhea angguk sebelum mereka terus melangkah bersama menuju ke arah kereta Rhea yang terparkir tidak jauh dari situ.

****

"Sayang!! Dah siap ke belum? Nanti lewat pulak kita nak ke majlis tu" Haq melaung memanggil isterinya yang masih tak siap lagi dari tadi. Nasib baik la sayang kan. Tak apa la kalau nak tunggu lama sekalipun. Haq menggeleng perlahan. Memang perangai orang perempuan, nak buat macam mana. Sebagai suami, kena sentiasa memahami isteri kita.

Hari ini, Rhea dan Eiman akan di tunangkan sementara menunggu berbaki 13 hari lagi hari pernikahan mereka akan berlangsung.  Jam tangan di lirik sekilas. Sudah pukul 9.30 pagi. Majlis akan berlangsung jam 10 pagi nanti.

Terkocoh-kocoh Puspa menuruni anak tangga selepas mendengar suara suaminya tadi.

Haq yang melihat isterinya berlari terlalu laju menuruni anak tangga, segera mengatur langkah ke situ. Bimbang kalau isterinya terjatuh nanti.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now