MS 52

4K 190 43
                                    

Berkali-kali Eiman telan liur. Sungguh dia terkejut bila melihat 4 orang lelaki yang bersongkok sedang terpacak berdiri di depan pintu ini. Kenapa tiba-tiba mereka boleh datang tepat pada waktu ini? Bagaimana mereka boleh kebetulan ketuk pintu bilik ni? Bermacam-macam persoalan mula bermain di benak nya.

"Boleh saya tengok ic encik?" Soal lelaki yang bersongkok itu lagi sambil memandang ke arah Eiman. Mata nya pula melirik ke arah butang kemeja Eiman yang terbuka luas di bahagian atas.

Eiman tidak banyak soal, lantas menghulurkan kad pengenalan nya. Semakin kusut pula fikiran nya sekarang ini. 

"Betul ke encik berdua-duan dengan perempuan bukan muhrim kat dalam bilik ni? Kalau tak, boleh tunjuk sijil nikah?" Soal lelaki itu inginkan kepastian. 

"Ha.. err sa....."

"Abanggg........"

Ha sudah! Tak sempat Eiman nak jawab, mencelah pula suara manja Rhea di sana memanggil nya. Memang habis la kalau macam ni. Macam mana kalau daddy dengan uncle tahu ni nanti? Eiman garu pelipis nya perlahan. 

Sejurus saja mendengar suara seorang perempuan datang dari dalam bilik itu, lantas lelaki bersongkok itu menggeleng kepalanya perlahan. Kad pengenalan Eiman diserahkan semula. Semua saksi juga cukup untuk melihat ada pasangan berdua-duaan di sini dalam keadaan yang mencurigakan.

"Memang betul tak ada ikatan yang sah ke ni?" Pandangan lelaki itu tepat memanah ke wajah Eiman. Menanti jawapan.

Perlahan, Eiman hanya mampu geleng kepala. Nak sangkalkan apa lagi? Benda dah jadi, dan tak ada bukti nak mengatakan yang mereka pasangan suami isteri yang sah. Tapi dia bukan nya berniat pun nak berdua-duaan dengan Rhea dalam bilik ni. Kalau dia nak ceritakan sekalipun apa yang sedang berlaku sekarang, boleh ke lelaki berempat ni hendak faham dan terima? Sudah tentu tidak. Sebab sekarang, mereka akan lebih mengambil berat soal hukum agama. 

"Saya minta maaf, saya nak encik dan pasangan encik ikut kami ke balai" Putus lelaki itu lagi.

Eiman mengeluh kecil. Dia berpaling menoleh ke arah Rhea yang masih dalam dunia nya sendiri di sana. Dia benar-benar tidak menduga perkara begini akan terjadi malam ini. Jadi, kalau bukan dia yang sampai ke sini, itu bermaksud seseorang memang merancang untuk memerangkap Rhea ke? Berkerut-kerut dahi nya memikirkan.

******

Ashraf tergesa-gesa berlari menghala ke arah pintu lif. Memang pengacau sungguh la peminat dia tu tadi. Hampir 30 minit masa nya sudah terbuang begitu saja di bawah ini. Berkali-kali dia lirik jam di pergelangan tangan nya. Shit!! Dia menyumpah dalam hati.

Sejurus pintu lif terbuka, dia terus meloloskan diri dan butang 6 segera di tekan. Perasaan nya sudah tidak keruan saat ini. Berkali-kali dia lirik jam di tangan berharap pihak Jabatan Agama Islam belum sampai lagi ke sini.

Sampai saja di tingkat 6, Ashraf terus melajukan langkah kaki nya menghala ke bilik 616. Hampir tiba di bilik yang di tuju, langkah kaki nya terus termati dan dia terus menyembunyikan diri di sebalik dinding. Dia mengintai di situ.

Jahanam! Bagaimana mereka sudah sampai ke sini? Dan siapa yang kena tangkap dengan Rhea sekarang ini? Ashraf mengintai lagi. Dia melihat tajam di situ bila sosok tubuh Rhea keluar di papah oleh Eiman. 

Argh!!!! Bullshittt!!! Memang nak mati dengan aku kau ni, Eiman!!!! Ashraf mendengus kasar sebelum dia beredar dari situ bersama rasa sakit hati yang terlampau. Lantas nombor telefon Rafiq di cari. Mahu membuat perhitungan. Dia benar-benar tidak puas hati. 

"Hello tuan"

"Jahanam! Rosak plan aku tau tak!"

Rafiq yang mendengar jerkahan itu, terpinga-pinga. Dia lihat jam di tangan nya. Memang betul dah jam ni untuk bertindak tadi. Apa yang rosak nya?

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now