Kedengaran azan subuh berkumandang melalui iphone Eishal. Bingkas dia celikkan mata dan menguap perlahan. Sekilas dia menoleh ke arah Rhea yang masih lena di sebelah. Mata di gosok perlahan sebelum dia menoleh pula ke arah katil Wardah.
Dia kerut dahi. Kosong? Eishal bingkas berdiri dan terus menuju ke tandas. Pintu tandas cuba di tolak dan terbuka. Dia menjengok ke dalam namun tiada sesiapa di situ. Kepala yang tidak gatal di garu perlahan. Mana Wardah pergi pagi-pagi ni? Dia meluru ke arah katil untuk mencapai iphone nya sebelum dia cuba untuk menghubungi Wardah. Namun talian tidak bersambut. Tiga kali dia cuba menghubungi rakannya itu namun tetap juga panggilannya tdak bersambut.
'Mana dia pergi eh?'
Eishal terus masuk ke dalam tandas untuk mengambil wudhuk. Ketika dia melangkah keluar dari tandas, dia sedikit terkejut melihat Wardah yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik.
"Wardah, kau dari mana ni?" Soal Eishal sedikit hairan. Dia melirik sekilas ke arah penampilan Wardah yang serba hitam. Dia dari mana sebenar nya ni?
"Err aku turun kejap tadi nak beli air ni ha. Teringin nak minum kopi pagi-pagi ni" Wardah membuka topi di kepala nya sebelum dia labuhkan duduk di birai katil. Penutup tin Wonda Coffee terus di buka dan di teguk sedikit rakus.
"Kau tak tidur ke malam tadi Wardah?" Soalan Eishal itu sedikit menyentakkan Wardah. Tin minuman kemudian di letakkan di atas meja di sisi katil.
"Eh aku tidur. Kenapa kau tanya macam tu?"
"Tak de lah. Awal pulak kau dah turun semata-mata nak beli minuman kat vendor mesin tu. Kan nanti kita nak turun sarapan jugak. Kau tak kemas lagi ke barang-barang kau? Pagi ni kita nak jalan-jalan dulu sekitar bandar Melaka sebelum bertolak balik lepas Zohor nanti"
Eishal terus menghampar sejadah dan memakai telekung di kepala nya.
"Jap gi lah aku kemas. Aku nak baring kejap. Rasa pening pula kepala aku ni" Wardah terus saja berbaring di atas katil dengan tudung masih menutupi kepala.
"Kalau ye pun, bukak lah tudung tu Wardah. Mana nya tak pening kalau seharian kau tak bukak tudung. Apa kau nak takut, bukan ada lelaki pun dalam bilik kita ni"
"Eh tak pe lah. Aku malas lah nak bukak nanti nak kena pakai lagi. Aku okay je macam ni"
Eishal menggeleng kepala perlahan sebelum dia terus menunaikan solat Subuh selepas itu.
Rhea menggosok mata perlahan sebelum dia melihat jam di skrin iphone nya. Perbualan Wardah dan Eishal tadi sedikit menganggu lena nya. Alang-alang dah bangun ni baik lah dia pergi mandi terus. Lagi pun dia nak kemas pakaian dia kejap lagi. Nanti lepas sarapan mereka semua akan terus check out sebelum mereka menghabiskan masa untuk jalan-jalan sekitar bandar Melaka nanti.
Jam 7.30 pagi, mereka semua sudah duduk berkumpul untuk menikmati sarapan pagi di kafe aras lobi. Eishal, Rhea dan Wardah turun sedikit lewat kerana masing-masing kalut mengemas barang dan pakaian tadi. Setibanya di kafe, mereka terus mengambil tempat duduk masing-masing.
"Morning pretty" Ashraf yang sudah sampai awal tadi, ukir senyum ke arah Rhea yang duduk di hadapan nya.
"Morning. Awal you turun hari ni"
"Hmm awal sikit sebab I kena bertolak balik terus lepas ni. Sorry sebab tak dapat nak join dan teman you jalan-jalan dulu pagi ni. Ada hal urgent pulak kat KL tu" Ashraf menghirup kopi o di dalam cawan nya sambil mata nya tak lepas dari memerhati wajah segar Rhea pagi ini.
"Laa yeke. Tak best la kalau you tak ada nanti"
"Sorry pretty. Tak dapat nak elak. Nanti ada masa kita keluar ye" Ashraf memujuk.
YOU ARE READING
My Sweetheart (Complete)
Romance🌹spin off Cinta Lelaki Teragung🌹 Do you believe in fate and destiny? And I believe that you are my destiny.. Eiman Firas x Rhea Sophea Louis She fell first, he fell harder Sejak kecil, Rhea sudah mula sukakan Eiman. Dan bila meningkat dewasa, pera...