Bab 9

109 17 0
                                    

Malam itu kami terpaksa memberi dua rumah yang ada kepada tetamu. Waktu malam, kami berkumpul di luar seperti biasa untuk menikmati buruan seperti selalu namun kali ini mereka yang baru tiba menyertai kami. Seperti aku waktu dulu, mereka yang lain memerhatikan mereka dengan pandangan tajam seolah ingin menerkam namun Frist hanya tenang. Kini terdapat 7 penumpang baru yang tiba di  tempat ini. Mereka mula memperkenalkan diri. 3 dari mereka ternyata perempuan membuatkan mereka yang lain terkejut.

Frist, Ezekiel, Darhan, Arnoux, Elenor, Luna dan Devyn. Aku hanya terus tenang menjamu makananku dan membiarkan Luk dan yang lain melayani mereka. Namun ternyata perhatian mereka masih ke arahku membuatkan aku tidak selesa dan aku tak dapat meneruskan untuk menjamah makananku.

"Ada sesuatu hampiri benteng. Saya pergi periksa," kataku dan bingkas bangun dari dudukku.

"Kali ni biar aku ikut," kata Jayden mengekoriku.

"Aku pun nak ikut," kata Liam pula mengikutku.

"Ha? Sorang dah la. Kau sibuk buat apa?" Halau Jayden menolak Liam.

"Apahal? Nak gaduh ke? Biar je la aku ikut!" Ujar Liam pula.

"Ia cuma makhluk kecil tak berbahaya. Kalian tak perlu ikut," balasku terus berjalan meninggalkan mereka.

"Eh? O-okey," balas mereka dan aku terus meneruskan langkahku.

"Pelik. Selalunya kalau setakat binatang kecil Is biarkan je," bisik Liam.

"Dia dari tadi mood macam tak baik je," kata Jayden pula. Mereka semua hanya terdiam.

Sementara itu,

Setibanya aku di hujung magik perlindungan yang memisahkan kampung kecil ini dengan keadaan luar aku terus mengalirkan lebih banyak tenaga agar ia tetap kukuh memandangkan salji mula tebal di kawasan luar dengan ribut yang kuat. Malah ketinggian salji di luar magik sudah ketinggian pinggangku dan aku yakin ia akan semakin tinggi jika ribut terus meniup sepanjang malam.

Binatang kecil mula memasuki benteng, mereka tidak berbahaya namun ia tetap akan jadi masalah jika ia di luar kawalan memaksaku untuk menghapuskan mereka. Beberapa ekor tikus putih turut masuk dan berlari ke kediaman membuatkan aku terus menghancurkannya sebelum ia menghampiri kawasan rumah.

"Kau marah?" Soal seseorang membuatkan aku terdiam dan meneruskan urusanku untuk memperkukuhkan benteng sehingga haiwan kecil pun tidak dapat melepasi benteng.

"Mereka sememangnya bukan banduan tapi aku yakin mereka turut tak setuju dengan apa Elvind buat sebab tu mereka mula ingin membelot," kata Yui cuba menenangkanku.

"Bukan ke Yui tak suka mereka juga?" soalku ingin tahu.

"Aku bukan tak suka mereka datang ke sini. Aku cuma tak suka rancangan mereka kalau melibatkan kau. Haih... susah aku nak jelaskan tapi Is, kedatangan mereka boleh membersihkan nama kau dalam kerajaan. Tak salah untuk kau terima kedatangan mereka," balas Yui.

"Saya bukan lagi untuk Tissier dan tak kan lagi," balasku lalu bangun dan terus melepasi Yui untuk kembali ke bilikku. Yui hanya terdiam lalu mengeluh. Aku masuk ke rumah dan terlihat Frengis sedang duduk di kerusi malas yang dibina dari kayu menikmati tabacco yang baru dicipta.

"Fuuu... Benda ni kalau dijual pasti laku hahaha. Oh, Is... Aku baru perasan kau masuk. Hm? Kenapa dengan muka kau?" Soal Frengis yang kini memandangku. Kakinya tidak lagi seperti dulu di mana dia semakin dimakan usia.

"Ada ribut di luar jadi di luar semakin sejuk. Saya cuma nak masuk awal," balasku mengelak dari soalannya dan menuang air teh yang baru ke dalam gelasnya dan memanaskannya untuk menjadikannya lebih hangat.

"Ia sebab mereka yang datang dari Tissier tu kan?" Soal Frengis dan aku terdiam.

"Ya," balasku memandangkan aku sememangnya tidak boleh menipunya. Dia guru pertamaku membuatkan aku lebih menghormatinya dari yang lain. Aku duduk di kerusi berhadapan dengannya seolah menunggu nasihat darinya.

"Ia tak salah kau membenci mereka memandangkan mereka di bawah pengaruh Elvind. Ia juga dari Tissier, tempat yang membelot kau dan menghantar kau ke sini untuk mati tapi... Bagi aku, aku patut berterima kasih pada mereka. Hehe... Sebabkan otak cacat Elvind tu keadaan kami lebih baik di sini," ujar Frengis lalu menghirup rokoknya.

"Tapi... Saya memang tak suka mereka di sini. Mereka bukan datang sebagai banduan tapi sebagai pahlawan dari Tissier. Macam mana kalau mereka datang sebagai mata-mata? Mereka kelak mungkin akan bawa lebih ramai lagi bila lihat tempat ni selamat untuk mereka. Apa yang saya boleh buat untuk lindungi kumpulan ni?" Soalku rasa tidak tenang.

"Kau boleh halau mereka kalau kau nak," kata Frengis membuatkan aku tersentak.

"Macam mana dengan Luk? Dia tak kan setuju," balasku lagi.

"Hahaha... Is. Kau tahu kenapa yang lain mudah terima mereka kali ni?" soal Frengis kembali.

"Ha?" Soalku inginkan jawapan.

"Ia sebab perempuan-perempuan tu. Tempat ni tak pernah ada perempuan. Dah berpuluh tahun berlalu, mereka tak pernah ditemani perempuan. Kalau kau halau yang lain selain perempuan-perempuan tu. Mereka akan menyebelahi kau," kata Frengis jujur membuatkan aku mula faham.

"Oh... Perempuan penting ke untuk kumpulan ni? Apa saja yang mereka boleh buat?" Soalku keliru memandangkan pada pengetahuanku perempuan tak sekuat lelaki dan tak ramai yang akan menyertai pemburuan terutamanya mereka dari luar yang ternyata jauh lebih lemah. Aku sebenarnya takut dengan perempuan terutamanya seperti mereka. Aku tak kisah jika mereka lebih berusia macam Marie.

"HAHAHAHAAHHAHAHA!!! Kau memang polos! AAHHAHAHA! Perempuan... Boleh wujudkan masa depan untuk tempat ni. Tempat ni akan menemui jalan buntu dan tamat kalau tak ada penerus generasi kan? Bayangkan jika ada anak kecil lagi yang macam kau. Tempat ni akan terus hidup," kata Frengis membuatkan aku semakin faham.

"Mereka... Nak kan anak?" Soalku semula.

"Ya... Lumrah lelaki untuk bersama wanita. Kau pun satu hari nanti akan mencari wanita untuk bina satu keluarga dan penerus kau," kata Frengis membuatkan aku terdiam.

"Frengis pun... perlukan mereka?" Soalku memandang Frengis.

"Kenapa pula? Aku dah tua... Aku tak perlukan mereka. Yang pasti pemuda kat sini sangat terdesak untuk mereka. Haha... Mungkin akan ada majlis perkahwinan buat kali pertama di sini dalam masa terdekat," kata Frengis membuatkan aku terdiam lama.

"Saya akan fikirkannya lagi. Saya akan rehat buat masa sekarang," balasku.

"Apa-apa pun keputusan kau Is. Jangan risaukan tentang kami. Kami lebih kuat dari yang kau jangka. Kami tak selemah itu," kata Frengis mengingatkanku. Aku mengangguk faham lantas berlalu pergi. Aku masuk ke bilikku dan mengintai mereka yang masih menikmati jamahan dari pemburuan mereka.

"C-C-Cik Luna... Ini saya tangkap sendiri. Cik Luna boleh rasa dulu," kata Jazeel sambil memberi daging rusa kepada wanita yang bernama Luna. Ia agak pelik memandangkan aku tak pernah lihat Jazeel berkelakuan macam tu. Ia buatkan aku berubah pandanganku terhadap wanita. Membuatkan Jazeel berubah macam tu... Mereka agak hebat. Magik apa yang mereka gunakan?

"Ah? Terima kasih. Ia terlalu banyak untuk saya tapi saya hargai. Saya boleh berkongsi dengan Devyn kan?" Balas Luna kembali.

"T-tentulah... Sila nikmati," balas Jazeel dengan wajah memerah. Dia semakin teruja apabila melihat Luna menikmatinya sehingga memaksa teman yang lain menenangkannya. Aku mengerutkan keningku dan terus menutup tingkap dan baring ke tilam empuk yang diperbuat dari kulit mammoth salju yang dipenuhi  kapas biri-biri di dalamnya.

Aku mula memikirkan semula apa yang Frengis katakan sehingga mataku terlelap. Esok akan menjadi hari yang agak melelahkan.

Bersambung...

💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀

DeadassWhere stories live. Discover now