Bab 30

62 9 0
                                    

Sedang mereka bising memanggil Kaisara dan merayu kepadanya, Kaisara hanya mendiamkan diri. Perempuan yang sebelum ini sangat lemah lembut dan kelihatan suci dari segala kejahatan, membuatkan aku tertanya-tanya jika dia turut jatuh ke dalam lembah kegelapan ini setelah dapat merasai apa yang dia ada kini hilang. Aku ingin lihat jika dia masih dapat memaafkan mereka yang cuba membunuhnya dulu atau menyalahkan aku atas kemusnahan kampungnya dan menentang aku. Aku mahu lihat semuanya.

"Mana mama dan papa? Mana Keera? Mana yang lain? Apa yang awak semua dah buat pada mereka?" Soal Kaisara bersama tangisan memandang ke arah mereka.

"Me-mereka... Ya! Mereka dibunuh oleh lelaki tu. Dia tiba-tiba menyerang kampung dan ramai yang mati!" Ujar salah seorang dari mereka.

"Kaisara... Kamu tahu kenapa kami terpaksa korbankan kamu? Kami sememangnya tak mahu lakukannya tapi kami terpaksa. Semuanya disebabkan nenek dapat kesan hal buruk ni akan terjadi selagi kamu berada di kampung kami. Kini semuanya dah terbukti. Kamu patut lepaskan kami sebagai tanda kesal memandangkan semua yang berlaku ni salah kamu," kata seorang nenek tua yang dihormati tadi. Aku memandang kosong dengan ucapan karutnya. Ia membuatkan sukar untuk aku percaya yang lain dapat mempercayainya.

"Y-ya... Apa yang nenek Joka katakan adalah benar. Lagipun walau apa pun yang kami buat, berpihak dengan demon adalah salah Kaisara. Kau patut lepaskan kami. Keluarga kau pasti berbangga dengan kau kalau kau sanggup berkorban dan berbuat baik pada orang kampung," kata pula seorang lagi. Sekali lagi suasana menjadi bising dan mereka semua terus menerus memanggil dan memaksa Kaisara untuk mengikut kehendak mereka.

"Milord... Betul ke apa yang mereka katakan? Milord bunuh keluarga saya?" Soal Kaisara sambil menunduk ke bawah. Aku berdiam seketika sambil membayangkan senario yang bakal berlaku menurut jawapan dariku.

"Aku tak tahu. Aku tak pernah kenal keluarga kau. Yang malang takkan terlepas dari serangan," balasku bersahaja. Aku berkata jujur memandangkan aku hanya terus menyerang tanpa memandang sesiapa. Jika yang malang itu adalah keluarganya, maka jadilah.

Kaisara hanya terdiam dan kelihatan cuba memikirkan keputusannya. Sedang mereka yang lain terus mendesak Kaisara untuk menabur simpati bagi melepaskan mereka, kami semua hanya terdiam menunggu keputusannya.

"Saya... Perlukan jawapan. Saya masih memaafkan mereka memandangkan keluarga saya masih ada bersama mereka. Saya tak tahu lagi. Berikan saya jawapan... Apa sebenarnya jadi pada mereka?" ujar Kaisara sambil mengenggam tangannya.

"Hei! Kau tak dengar ke?! Lelaki-"

"Kau semua penipu!!" Jerit Kaisara apabila salah seorang dari mereka cuba bersuara.

"Aku tahu kau semua tahu yang aku dapat melihat kalian berbohong. Nenek... Sebab utama untuk nenek cuba hapuskan saya cuma kerana saya dapat kesan nenek berbohong kan? Semua wanita muda yang dibunuh dan dijadikan korban tu semua kerana nenek takut posisi kedudukan nenek terancam! Makhluk yang dianggap dewa tu... Sebenarnya haiwan buas tu belaan nenek! Betul kan?!" Ujar Kaisara sambil memegang tulang yang seolah penjara buat mereka.

"Apa yang kau mengarut ha?! Berani kau panggil dewa tu haiwan buas?! Tarik balik! Disebabkan kau kami semua akan terima sumpahan!" Jerit seorang lelaki dewasa dan disambut oleh mereka yang lain.

"Apa yang Kaisara katakan betul," ujar seorang pemuda lelaki yang dari awal lagi hanya mendiamkan diri. Ucapannya terus menarik perhatian yang lain. Dia juga dikelilingi oleh beberapa wanita muda dan beberapa lagi yang lain seolah seusianya.

"Apa kau kata?" Soal lelaki dewasa itu lagi.

"Apa yang Kaisara kata tu betul. Dari awal lagi saya tak setuju makhluk yang buas tu dewa kita. Saya tahu ada antara kita yang sependapat. Mustahil untuk saya maafkan kalian yang jadikan kakak saya sebagai korban untuk sesuatu yang mengarut," ujar  lelaki itu lagi.

DeadassWhere stories live. Discover now