Bab 20

84 12 0
                                    

5 tahun kemudian,

Bang!!!

Aku mengesat peluhku sebaik sahaja aku meletakkan kayu kering untuk dibakar bersama kayu yang lain di dalam stor yang mengumpul kayu-kayu yang lain.

"Is... Kau nampak bersemangat hari ni," ujar Yui yang menghampiriku.

"Tentulah. Luk dan lain-lain akan balik tak lama lagi. Kita dah lama tak jumpa mereka semua," balasku sambil tersenyum dan mengesat peluhku di dahi.

"Haha... Mesti dia terkejut tengok kau Is," ujar Yui. Umurku kini 13 tahun dan aku hampir sama tinggi dengan Yui. Badanku kini mula tegap kerana kerja-kerja harianku untuk membina lebih banyak banggunan membuatkan aku tak lagi kelihatan seperti kanak-kanak.

"Kalau kau di bandar jangan menunjuk badan kau macam tu Is. Perempuan boleh tergila-gilakan kau," ujar Damian sambil menepuk bahuku.

"Ahahhaahha... Mereka mungkin bertempiaran lari bila lihat saya. Lagipun tak ada sesiapa yang lebih mirip dengan Demon Lord selain saya bukan?" ujarku bersahaja lalu mengambil bajuku yang basah dengan peluh dan memakainya semula. Aku menggunakan magik untuk membersihkan diriku dan hilangkan tubuh dari kotoran.

"Perlu ke kau mandi lagi Is? Kau dah nampak bersih dah pun dengan macam ni je," kata Lucas pula.

"Mandi untuk menyegarkan diri dan bersihkan diri adalah dua perkara yang berbeza," balasku dan menyambung untuk menjaga tanaman yang mula membuahkan hasil. Di sebalik salji tebal di Schizer ini, di dasarnya terdapat tanah yang sangat subur untuk menanam apa-apa sahaja jenis tanaman dingin dan tanaman dari iklim sederhana. Dengan magik api yang aku ada, aku dapat mengawal suhu bersesuaian dengan tanaman yang ada. Ia tanah yang sangat berkualiti tinggi. Menurut Lucas tanah ini akan menjadi rebutan kalau dijual terutamanya kepada petani.

Aku menggunakan tengkorak ketua Gargankada yang aku buru sebelumnya. Dengan tongkat sakti yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga manaku malah aku dapat menyimpan mana untuk hasilkan magik terkuat tambahan membuatkan aku akhirnya dapat membalas dendam dengan apa yang makhluk tersebut pernah lakukan terhadapku.

Tengkorak tersebut memberi tenaga mana yang kuat terhadap tumbuhanku yang tumbuh di sekelilingnya. Tumbuhan yang sepatutnya sukar untuk tumbuh menjadi mudah malah menghasilkan buah yang lebih berkualiti dari yang pernah wujud. Tiada mana-mana tempat yang dapat hasilkan buahan sebegini menurut kata Lucas.

"Mereka akan dapat makan hasil yang sedap nanti," ucapku sendirian.

.

.

.

Malam itu kami memasak makanan yang mewah dan banyak untuk menyambut kepulangan mereka. Ia akan jadi malam yang menyeronokkan apabila akhirnya Luk dan lain-lain akan pulang. Dengan kepulangan mereka, kami semua turut yakin bahawa mereka pulang membawa khabar gembira.

Waktu malam mula menjelma namun kelibat Luk dan yang lain-lain masih tidak kelihatan. Ia membuatkan aku pelik namun kami tetap sabar menunggu seperti yang dijanjikan. Mungkin ada masalah di dalam perjalanan namun aku pasti mereka akan tiba juga.

"Bukan ke dah terlalu lewat. Haih... Is kau boleh tidur dulu. Aku panggil bila mereka balik," kata Yui. Namun aku masih mahu percaya yang mereka akan tiba hari ni.

"Saya akan terus tunggu. Mereka akan datang," kataku dan menghangatkan makanan yang berada di atas meja yang semakin dingin.

"Apa kata kita makan sedikit terlebih dahulu. Aku dah mula lapar," ujar Arlux sambil melihat makanan yang berada di atas meja.

"Ya... Mungkin mereka lewat. Mungkin ada masalah waktu perjalanan. Kita makan sedikit dahulu," kata Lucas lalu menghidangkan mereka dengan makanan yang berasingan.

DeadassWhere stories live. Discover now