Kuuu kuuu kuuu...
Bunyi gagak menemani pemandangan yang kelam. Beberapa petani mula datang dan menghalau gagak yang mengganggu hasil tanaman mereka.
"Akhir-akhir ni tempat ni penuh dengan gagak. Dari mana agaknya mereka datang?" Soal salah seorang petani.
"Selalunya kalau gagak banyak macam ni bermakna ada bangkai yang berhampiran tapi kita tak bau bangkai pun. Apa yang buatkan mereka ke sini?" Soal lagi salah seorang dari mereka. Mereka semua kelihatan semakin ketakutan apabila hari demi hari burung-burung gagak semakin memenuhi kawasan tersebut.
"Ini petanda buruk. Pasti ada sesuatu yang bakal terjadi," ujar seorang lagi petani sambil melihat langit yang turut mula gelap.
Sementara itu,
"Ahhhh~ segarnya... Hmm... Walaupun saya di tengah tanah salji langsung tak rasa dingin," ujar Kaisara selesai sahaja dari mengeliat. Kaisara mengusap dedaunan yang empuk itu dan dia agak kagum apabila dedaunan itu masih bertahan dengan berat badannya. Ia sememangnya magik yang luar biasa.
"Cik... Kaisara. Dah. Ba. Ngun? Se. La. Mat. Pa.gi," ujar Frist menyambut Kaisara sebaik sahaja dia bangun dari tidurnya.
"Frist... Hahhhaha. Awak masih di sini? Saya fikir awak ikut MiLord. Awak jaga saya? Saya rasa macam dilayan seperti puteri pula," balas Kaisara dengan senyuman lebar.
"Su. Dah ten. Tu... Cik Kaisara, me.ru.pa.kan... Ma nu.. Si. A per.ta.ma yang ham.pir se.ba.ya de.ngan MiLord. Sa.ya ha.rap Cik Kai.sa.ra su.di men.jadi te.man MiLord," balas Frist lambat.
"Hmm? Milord tak pernah ada kawan sebaya ke?" Soal Kaisara semula. Frist hanya terdiam sambil melakarkan wajah sedih.
"Saya faham. Tentu dia sangat sunyi tapi Frist, saya tak boleh nak jadi teman dia kalau dia tak mahu menerima saya," balas Kaisara kelihatan resah.
"MiLord, sa.ngat ba.ik. Di.a mu.la mene.rima Cik Kaisara," balas Frist sambil menunding ke arah dedaunan empuk tersebut.
"Ya... Dia sangat baik. Saya tahu dia bukan seseorang yang teruk. Cuma saya fikir dia cuba menjadi seseorang yang bukan diri dia. Waktu kali pertama saya melihat dia, dia tak nampak menakutkan walaupun aura kegelapan tu memenuhi dia. Yang saya nampak cuma... Seseorang yang sangat sedih dan kecewa malah tak tahu hala tujunya. Adakah dia cuba dapatkan semula perkara yang dia hilang Frist?" Soal Kaisara sambil mengusap dedaunan itu lalu memandang Frist.
"MiLord... Ma.sih tak da.pat me.ne.rima ke.nya.taan ka.mi te.lahpun ma.ti. Sa.ya ha.rap Cik Kaisara mam.pu me.ngu.bah fi.kirannya. I.tu sa.ha.ja per.min.taan ka.mi se.mu.a. iaitu un.tuk se.seo.rang mene.mani MiLord," ujar Frist dengan wajah yang sedih.
"Haha... Frist. Permintaan awak sememangnya berat untuk saya. Saya dapat rasakan yang dia tak mahu didekati walaupun dia kesunyian. Dendamnya terlalu agung yang kadang-kadang buatkan saya lemas. Saya pun berharap dapat menenangkannya. Saya dapat rasakan, kegelapan yang menguasai dia bakal menghancurkan dunia ni dan ia sememangnya tugas yang sukar buat saya. Saya tak dapat merapatinya malah nama sebenarnya pun saya tak tahu tapi saya takkan berputus asa. Saya nampak yang dia sangat baik, yang saya perlu buat hanya kembalikan dia seperti dulu kan? Saya akan cuba dapatkan dia semula demi awak semua dan dunia ni," ujar Kaisara bangun dari duduknya di dedaunan itu dan tersenyum yakin.
Keyakinannya membuatkan Frist mula memaparkan senyuman. Kaisara dapat melihat dengan jelas senyuman lega Frist membuatkan hatinya terdetik rasa selamat. Kaisara sebenarnya tidak mempunyai magik, namun dia digelar ahli sihir kegelapan di kampungnya kerana dapat melihat roh-roh dan aura seseorang. Dia dapat mengesan kejahatan dan kebaikan seseorang hanya melalui matanya. Disebabkan itu juga dia dipilih sebagai korban untuk makhluk gergasi.
YOU ARE READING
Deadass
FantasyMuka yang pucat dan bermata merah ibarat permata, rambut hitam pekat ibarat dakwat. Hanya berlatarbelakangkan anak kepada seorang gundik dia menjadi kelas bawahan dalam istana. Dengan ciri-ciri yang seolah ciri-ciri seekor demon, dia dituduh sebagai...