Aku mendarat di hutan yang berdekatan di luar kawasan Sczeir. Kawasan ini jelas berbeza dimana dipenuhi dengan rumput dan pokok-pokok. Aku hanya berjalan tanpa arah dan seolah orang yang hilang akal.
Sebaik sahaja bulan menunjuk diri dan matahari mula bersembunyi٫ aku akhirnya berhenti di tepi air sungai yang mengalir sambil melihat wajahku pada permukaan air. Ternyata wajahku langsung jauh seperti manusia٫ ia lebih kelihatan seperti raksasa dengan mataku kini berubah hitam bersama anak mata merah.
Di saat aku merasakan bahawa aku menemui tempat yang menerima kewujudanku ia langsung terus hancur dan kini aku fikir akan dapat terus menggenggamnya namun dengan mudah aku dihantui dengan masa silamku.
"Ia akan merisaukan pengikut kalau pergi begitu sahaja٫" ujar satu suara yang cukup aku kenali namun sudah sekian lama aku tak dapat mendengarnya.
"Tahu٫" balasku tanpa memandangnya dan terus melihat pantulanku pada permukaan air yang mengalir perlahan.
"Kerajaan tu tidak boleh dibiarkan lama٫" ucapnya lagi.
"Tahu٫" Balasku lagi ringkas.
"Haih... Is٫ ia tak pernah salah kau atas kematian kami sebaliknya ia salah kami٫" ujar Luk membuatkan aku berdiam.
"..." aku terus berdiam lama dan Luk menghampiri dan duduk di sebelahku. Melihat dari pantulan dari permukaan air٫ wajah Luk jauh seperti raksasa. Malah tiada lagi ciri seperti manusia selain dari bentuk badannya.
"Saya... Buat pilihan yang salah ke? Menghidupkan semula Luk dan lain-lain٫" soalku yang kini memandangnya seperti seorang bapa.
"Kau... Boleh tenang dengan membiarkan kami pergi?" soal Luk semula membuatkan aku terdiam. Sudah tentu tidak٫ semua ini bermula kerana aku masih tak merelakan mereka pergi.
"Jika kau mahu kami di sini jadi ia pilihan yang betul. Biarkan saja kami terus meneman kau sehingga kau sendiri rela lepaskan kami٫" ujar Luk sambil mengusap belakangku. Ia membuatkan aku tersentak.
"Tapi... Saya halang kalian dari pergi dengan tenang. Luk patut marah lagi dengan saya٫" ujarku sambil memandangnya.
"Mustahil kami memarahi kau Is. Kemarahan dan dendam kau semuanya untuk kami. Kami yakin obsesi kau kepada Elvind bukan hanya sekadar apa yang dia lakukan kepada kau. Kami cukup kenal kau٫" balas Luk sambil mengusap kepalaku.
"Lagipun... Siapa yang boleh rehat dengan tenang kalau seseorang yang bermasalah macam Is ni dibiarkan tanpa pengawasan?" soal satu lagi suara di belakang. Aku terus berpaling ke belakang dan menyedari Yui dan lain-lain semuanya berkumpul. Jazeel melambai kepadaku dengan senyuman lebar.
Walaupun dengan wajah yang berbeza٫ mereka lebih kelihatan seperti sebelum mereka dihidupkan kembali. Mataku membutang٫ suasana yang sebelum ini hanya terlihat kelam dan gelap mula terlihat berwarna.
"Erghh... Yui٫ Boleh kau sambung?" pinta Luk sambil memegang kepalanya.
"Ia... Kesan sampingan dari sumpahan ni ke?" soalku faham apabila Luk mula menunjukkan simptom seperti yang dikatakan oleh Zeon sebelum ini.
"Ah ya... Tapi ia berbaloi٫" balas Luk sambil terus mengusap kepalaku.
"Maaf Is٫ kami cuma tak tahu lagi bagaimana untuk berhadapan dengan kau lepas apa yang dah berlaku. Kami rasa seolah kau semakin jauh dan suara kami tak lagi dapat mengejar kau. Ia... Mengecewakan٫" ujar Yui.
"Apa yang Yui mengarut? Sudah tentu suara kalian yang saya tunggu. Keadaan begini yang sangat saya harapkan sejak mula٫" Kataku jujur.
"Is... Ia berat untuk kakanda katakan tapi kakanda ada satu permintaan٫" ujar Ainz serius yang aku sendiri tak menyangka dia akan bersuara. Namun keadaan tegang membuatkan aku turut serius. Malah bahasa istananya ternyata ditegaskan untuk digunakan.
YOU ARE READING
Deadass
FantasyMuka yang pucat dan bermata merah ibarat permata, rambut hitam pekat ibarat dakwat. Hanya berlatarbelakangkan anak kepada seorang gundik dia menjadi kelas bawahan dalam istana. Dengan ciri-ciri yang seolah ciri-ciri seekor demon, dia dituduh sebagai...