Bab 34

60 12 0
                                    

"Serang!" Jerit seorang pahlawan lalu menyerang lich yang aku letakkan di sebuah perkampungan kecil. Mereka mengeluarkan satu alat pelik yang membuatkan lich tidak dapat menggunakan kuasa penuhnya membuatkan ia kelihatan seolah dikalahkan dengan mudah.

"Heh! Ini ke Deadass? Mudah je macam yang tuanku cakap," ujar salah seorang pahlawan cahaya lalu menyepak tengkorak lich yang terjatuh ke tanah.

"Berhenti Alfes, dia mungkin lich tapi kau tetap perlu hormat pada si mati," ujar salah seorang pahlawan cahaya lalu mengutip tengkorak yang disepak tadi.

"Heh... Dia tu cuma budak sumpahan. Kau dengar kan apa yang tuanku kata tentang budak tu? Dia tak layak jadi keturunan tuanku ataupun hero," ujar lelaki yang bernama Alfes tadi.

"Ya... Aku tahu tapi... Dia tak diminta dilahirkan begitu," ujar pahlawan cahaya itu lalu menggunakan magik tanahnya untuk menanam tengkorak tersebut.

"Ahh... Apa-apa sajalah. Hmm... Prototaip ni tak berguna. Hanya sekali guna dah rosak begini," ujar Alfes lalu membalingnya jauh apabila melihat kerosakan pada alat itu.

"Kita patut kembalikan prototaip tu untuk menambah baik. Bukan ke tu alat yang penting?" soal pahlawan cahaya itu lagi.

"Ah... Katakan saja ia berkecai teruk. Lagipun itu cuma prototaip. Mereka boleh buat yang lain. Ia tak penting. Lagipun prototaip pada kau elok lagi kan? Itu dah cukup," ujar Alfes lagi dengan bongkak.

"Haih... Ya. Apa saja yang kau nak. Sekarang waktu untuk kita kembali ke kota," ujar pahlawan cahaya itu lagi. Mereka semua beransur pergi dan aku dapat mendengar beberapa keluhan.

.

"Ia seperti yang tuan Deadass jangkakan. Mereka sememangnya mengambil mudah," ujar Izreth yang setia mengekoriku. Aku hanya terus ke arah alat yang dibuang. Walaupun ia sepenuhnya tidak dapat digunakan lagi seperti yang dikatakan tapi aku mungkin dapat tahu bahan dan punca untuk ia berfungsi dengan melihat alat ini dengan teliti.

"Izreth... Apa pendapat kau? Macam mana mereka berhasil untuk hilangkan mana?" soalku lalu memberi alat itu kepada Izreth untuk diperhatikan.

"Hmm... Patik rasa patik juga pernah gunakan alat yang hampir serupa sewaktu berperang dengan hero," ujarnya lalu mengangkat alat itu ke arah cahaya bulan.

"Hmm? Ada apa-apa yang kau tahu?" Soalku ingin tahu. Tiba-tiba dia tersenyum seolah dapat menemui sesuatu.

"Oh... Hahahhaha. Permainan cara kotor. Macam yang patik sangkakan," katanya lalu mendagu sambil tersenyum sinis.

"Hmm? Apa maksud kau?" Soalku lalu dia memecahkan alat tersebut lalu mengeluarkan sebijik batu hitam yang kecil lalu menghulurkan kepadaku.

"Ini jawapannya. Kristal ni salah satu daripada tiga kristal yang dicipta oleh pengikut patik dulu," Ujarnya dengan senyuman sinis sambil menunding ke arah kristal yang berada di tanganku.

"Pengikut kau?" Soalku semula untuk kepastian.

"Ya... Memandangkan waktu peperangan dulu tak begitu lama. Patik yakin ada antara pengikut patik yang masih hidup. Haha... Maknanya kami tak sepenuhnya pupus ha?" Balasnya sambil mengusap dagunya dan tersenyum sinis.

"Jadi... apa istimewanya kristal ni?" Soalku ingin tahu.

"Kristal yang ini menyerap mana. Ia salah satu dari dua lagi jenis kristal. Salah satunya adalah yang menghilangkan mana di sekitar dan satu lagi memantulkan semula mana. Melihat dari bentuknya, ia jelas yang menyerap mana. Ia tak berfungsi lagi kerana ia sudah mencapai had mana yang perlu diserap. Memikirkan kristal ini digunakan, patik yakin mereka menyimpan salah seorang pengikut patik untuk digunakan," ujarnya dengan senyuman sinis.

DeadassWhere stories live. Discover now