Bab 6

763 88 19
                                    

"Kami terperangkap di dalam gua dengan mereka di sekeliling kami. 12 daripada kami terkorban," terang Luk dengan tenang seakan tangannya yang putus itu tidak lagi dirasakan malah darah yang sepatutnya mengalir telah beku dan kulit di sekeliling luka itu telah mati.

"Kau pun perlu berehat! Jangan paksa diri," arah Yui lalu mengoyakkan baju Luk pada tempat yang tercedera lalu segera mengubatinya. Melihat keluar, anjing itu masih berkeliaran namun tidak dapat mendekati seakan terdapat benteng menghalang mereka daripada memasuki tempat ini. Luk menekup wajahnya lalu terlihat air matanya mengalir.

"Minta maaf Is... Janji Grez untuk dapatkan hadiah untuk kau... Tak dapat dipenuhi," ujarnya di balik tangannya. Melihat dari wajah Luk, Grez itu sememangnya kawan baiknya dan aku dapat lihat ada cebisan kain yang diikat di tangannya yang merupakan cebisan jaket Grez yang dia cuba berikan padaku sebelum ini.

Keadaan menjadi senyap dan hanya tangisan kedengaran. Wajah pesakit di sini hanya dipenuhi dengan riak kosong. Tubuh yang cedera parah terpaksa dibiarkan kerana tidak ada bahan yang cukup untuk selamatkan mereka malah tiada di sini menguasai magik penyembuhan termasuklah aku. Aku sangat berharap aku dapat menggunakan magik penyembuhan tapi malangnya waktu ini ia hanya angan-angan.

Aku memeluk Luk yang dibiarkan sementara Yui cuba menyelamatkan mereka yang lain. Luk hanya berdiam membiarkan aku memeluknya.

"Mereka berada di tempat yang lebih baik," ujarku lalu membuatkan Luk mengetap gigi dan membalas pelukanku dengan lebih erat. Aku dapat rasakan betapa sakitnya yang dirasakan saat ini.

Keesokannya, mereka yang terkorban dan selamat dibawa pulang dikuburkan. Mayat yang tidak selamat dibawa pulang pula hanya didirikan batu dengan nama mereka ditoreh sebagai peringatan. Aku memandang anjing yang masih mengelilingi kami di luar kawasan safe zone dan mereka kelihatan seakan menggelakkan kami membuatkan aku mahu membuat sesuatu.

"Biarkan mereka... Mereka tak kan dapat menembus masuk ke tempat ni," ujar Luk kepadaku yang berdiri di sebelahku untuk memberi penghormatan terakhir bersama mereka.

"Mereka akan terus ada di sana?" Soalku ingin tahu, Luk memandang mereka sambil menggenggam tangan dengan penuh dendam.

"Mereka akan pergi bila mereka lapar dan perlu berburu. Mereka akan putus asa menunggu kita dan cari mangsa lain," balas Luk kemudiannya beredar masuk ke dalam rumah. Aku memandang semula mereka yang lain. Ada antara mereka yang hanya merenung kubur teman mereka, walaupun mereka sudah terbiasa menghadap semua kematian ini sememangnya ia tak dapat menghilangkan rasa sedih di dalam hati mereka.

Hari ini aku sedar, aku akan membesar di tempat yang kejam ini. Aku tak tahu berapa lama aku bertahan. Hanya sekumpulan serigala liar cukup kuat untuk merampas beberapa nyawa dari kami. Bagaimana pula jika ada makhluk yang lebih buas dan besar selain mereka. Memikirkan tentang itu, ia membuatkan aku gagal untuk tenang pada waktu di mana aku sepatutnya tidur.

Malam itu, aku secara senyap keluar dari rumah kayu dan ada beberapa lagi anjing salji yang berkeliaran di luar kawasan safe zone. Magikku akan bertambah kuat pada waktu malam dan aku dapat rasakan magik aisku akan jadi lebih kuat memandangkan aku berada di tempat yang sesuai untuk elemen ini. Kalau aku serang dari dalam kawasan safe zone, mereka takkan dapat serang aku. Aku perlu gunakan serangan jarak jauh.

"Haaaa... Fuh...," aku menarik nafas dalam dan melepaskannya cuba untuk fokus. Aku mengangkat tanganku lalu membayangkan aku memegang panah lalu busur ais terbentuk di tanganku. Aku cuba mengunci sasaran di luar kawasan safe zone lalu terus melepaskan tembakan. Namun disebabkan ini adalah kali pertama aku memegang busur, ia tidak mengena buat panahan pertama dan anjing itu dapat mengelak darinya lalu mewujudkan panik pada anjing itu seketika.

DeadassWhere stories live. Discover now