Bab 19

120 15 0
                                    

Beberapa minggu kemudian, semua yang terkena sumpahan termasuk Luk dan Yui akhirnya dibebaskan dari sumpahan dan aku pula dapat rasakan tenaga manaku semakin kuat dan kolam manaku semakin besar. Ia sememangnya lebih menguntungkan aku walaupun aku harus terseksa sedikit untuk menyerap sumpahan itu dari mereka. Bukan sahaja aku dapat menaiktaraf kebolehan manaku tapi aku juga dapat buku magis daripada Ainz untuk setiap orang yang aku bebaskan.

"Kau nampak lebih baik dari sebelum ni Is," ujar Ainz menghampiriku.

"Ya... Saya yakin sekarang saya dah lebih kuat dari sebelumnya," balasku puas.

"Hah... Nampaknya sia-sia aku risaukan kau selama ni. Rupanya ia buatkan kau jadi lebih baik," kata Yui menghembus nafas lega.

"Jadi... Mari kita cuba lihat kalau kita betul-betul bebas dari sumpahan. Siapa yang nak cuba dulu?" Soal Luk memandang mereka yang lain.

"Hmm... Macam mana kalau Jayden yang cuba dulu?" Soal Ainz dengan wajah nakal.

"Hmm... Aku setuju lagipun dia yang pertama jadi cuba pun perlu dia yang pertama," balas pula Liam membuatkan yang lain bersetuju.

"Ha? Bukan sepatutnya ketua perlu mulakan dulu?" Soal Jayden sambil memandang Luk.

"Aku ketua. Haih... Kau sepatutnya lindungi aku Jayden," kata Luk sambil menyilangkan tangannya. Yang lain hanya tergelak kecil apabila Jayden terpaksa menurut.

Kami semua terus berkumpul di sempadan keluar masuk dalam keadaan gementar. Jayden pula bersedia untuk melangkah keluar. Dia kelihatan menarik nafas panjang dan melepaskannya sebagai isyarat bahawa dia cuba menenangkan diri. Namun aku yakin, sumpahannya betul-betul hilang. Ia langsung tak membuatkan aku gementar.

Setiap langkahnya membuatkan kami menatap dengan senyap. Sehinggalah langkah terakhirnya yang menentukan segalanya. Kami melihatnya yang memijak tanah yang hijau di hujung sempadan. Jayden tiba-tiba berdiri senyap apabila kakinya melangkah pada langkah yang menentukan hidup dan matinya.

"Oi Jayden! Kau okey tak?!" Soal Liam menguatkan suaranya. Tiba-tiba Jayden terbaring membuatkan kami semua membutangkan mata. Aku turut terkejut melihatnya terbaring seolah usahaku untuk memulihkan mereka semua adalah gagal.

"JAYDEN!!!" Jerit kami semua serentak dengan mata membutang.

"Wuhuuu!!! Aku bebas!! Akhirnya tanah hangat!! Muah muah!!! Aku rindu tanah ni," ujar Jayden sambil mencium-cium tanah di luar sempadan.

"... "

"Erghhh... Jayden... Tak guna kau... JAYDEN!!! AKU BUNUH KAU SIALAN!!" jerit Liam terus berlari ke arahnya diikuti dengan yang lain. Mereka semua terus mengerumuninya dan mula bertumbuk. Melihat mereka semua yang tidak ada masalah menyeberangi sempadan ia lantas membuatkan aku menghembus nafas lega.

"Hahhahha... Nampaknya semuanya berjalan dengan lancar," ujar Luk sambil memandangku dengan mata ikhlas.

"Ya... Semua dah bebas," balasku sambil memandang mereka yang kelihatan teruja melihat rumput hijau dan tanah jingga.

"Kau memang harta karun kami Is. Tanpa kau tiada kami," ujar Yui pula sambil mengusap kepalaku. Aku hanya membalas senyuman nipis.

"Tapi Luk... Perlu ke semua pergi? Kalian semua pasti akan balik ke?" Soalku resah. Dunia di luar sana semestinya lebih indah dari sini. Ia membuatkan aku resah yang mereka tak mahu lagi jejakkan kaki ke sini.

"Mestilah kami akan pulang. Ini kerajaan Is. Rumah kami juga, tak mungkin kami lupakannya selagi kau di sini. Bila keadaan dah selamat dan stabil, aku bawa kau ke tempat indah yang aku pernah pergi dulu dan mungkin ada yang lebih indah dari yang aku pernah pergi. Apa-apa pun... Yui ada di sini untuk kau. Kau pun jaga diri dan tempat ni," balas Luk lalu mengusap kepalaku. Aku hanya membalas dengan senyuman pahit.

DeadassWhere stories live. Discover now