Keadaan mula kembali senyap dan sepi. Pengikut baru berkumpul dan melutut di hadapanku. Twigs pula kelihatan gemuruh kerana dia telah menyebabkan kemusnahan walaupun ia kemusnahan yang kecil.
Aku melihat ke arah lubang yang dipecahkan di atas siling gua yang membenarkan cahaya dari luar memberi sinar pada kerusi takhtaku yang berada di tengah kerajaan bawah tanah. Ia seolah kesilapan yang tepat dan aku juga fikir bahawa sememangnya lebih baik membenarkan cahaya masuk dari luar.
"Jadi..." aku mula bersuara namun hanya satu perkataanku membuatkan pengikut Izreth yang bernama Twigs tersentak.
"... kau pengikut Izreth yang terdahulu?" Soalku sambil menelitinya.
"Ah! Ya tuanku. Nama hamba Twigs Elrona Khalaran. Hamba merupakan tiang pertama Tuanku Izreth sebelum ni. Ahh... Maafkan hamba, maksud hamba Tuan Izreth. Tuanku Deadass," balasnya penuh hormat sambil meletakkan tangannya ke dada.
"Dan kau rusa jadian?" Soalku untuk kepastian sambil melihat tanduknya yang berbentuk seperti dahan pokok yang bercabang.
"Ya Tuanku Deadass, hamba merupakan keturunan Khalaran, rusa kristal yang bangga dalam kesetiaan dan kekuatan. Hamba menjanjikan dapat memberi pertolongan dan sokongan dalam setiap apa yang tuanku harapkan dan inginkan," ujarnya penuh yakin.
"Rusa kristal... Aku dengar kau dari kerajaan Tissier dan di bawah pengaruhannya. Bukankah kau hamba kepada Elvind? Mengatakan kau setia... Ia tak terlihat begitu pada aku," balasku selamba."Eh~? Tuanku... Hamba fikir tuanku salah faham. Hamba tidak pernah menyebelahi Elvind dari mula. Tuanku Iz- maksud hamba Tuan Izreth sangat membencikan manusia. Hamba cuma menolong Tuan Izreth dari dalam. Lagipun manusia sememangnya gemar memusnahkan sesama sendiri. Selain itu, hamba cuma membalas budi pada Elvind yang membunuh musuh tuan Izreth yang membunuhnya dulu. Hamba tak pernah menjanjikan setia pada manusia seperti Elvind Tuanku," balasnya selamba dengan wajah penuh licik.
Siapa sangka wajah yang seolah tidak pernah melakukan kesalahan sepertinya ini mempunyai rancangan kejam di belakangnya. Mungkin hanya dengan wajahnya dia dapat mengelirukan dan membohongi semua yang melihatnya. Kelebihan yang menakjubkan.
YOU ARE READING
Deadass
FantasyMuka yang pucat dan bermata merah ibarat permata, rambut hitam pekat ibarat dakwat. Hanya berlatarbelakangkan anak kepada seorang gundik dia menjadi kelas bawahan dalam istana. Dengan ciri-ciri yang seolah ciri-ciri seekor demon, dia dituduh sebagai...