"Oh! Tuan muda bangun awal lagi nampaknya," ucap Marie sambil membawa sarapan untukku bersamanya. Aku yang duduk di tingkap untuk melihat matahari terbit terus duduk di meja untuk bersarapan seperti biasa.
"Uhuk! Uhuk!" Marie terbatuk membuatkan aku memandangnya.
"Maafkan hamba tuan muda," ujarnya dengan suara serak sambil tangannya diletakkan ke dada.
"Marie boleh berehat kalau tak sihat. Saya boleh dapatkannya sendiri di dapur nanti," Ujarku mula risau apabila mendengar batuknya semakin teruk.
"Hamba tak apa-apa... Hanya batuk sedikit," balasnya bersama senyuman manis namun ia tetap membuatku risau.
"Marie patut rehat hari ni, saya tak keluar atau buat apa-apa hari ni jadi Marie tak perlu melayani saya," ujarku dengan hati yang mula resah.
"Hamba tak apa-apa tu- uhuk!" Balasnya namun tiba-tiba dia terbatuk sehingga memuntahkan darah membuatkan tanganku berhenti dari terus menyantap makananku.
"Marie!" Jeritku terus bangun dari kerusiku mula cemas namun Marie terus berlari keluar meninggalkan aku. Aku mula mengeletar risau dengan keadaan Marie.
Beberapa hari kemudian, aku mendengar berita yang menduka citakan. Namun aku faham, penyakitnya yang tiba-tiba menyerang akan semakin memudaratkan dirinya semakin lama dia berada di sini dengan aku.
"Maafkan hamba tuan muda Isaac, ha-hamba tak dapat memenuhi janji hamba untuk sentiasa berada bersama tuan muda," ujarnya sambil menangis. Aku hanya senyap, aku mahu dia di sini sentiasa tapi aku sedar aku hanya mementingkan diri.
"Tak apa Marie, saya faham. Saya boleh jaga diri. Marie boleh kembali kepada keluarga Marie dan rehat secukupnya," ucapku tenang sambil duduk di bingkai katil memandangnya yang melutut di hadapanku tapi hati aku menjerit tidak mahu dia pergi namun pada masa yang sama, aku tak mahu membebankannya lagi.
"Tuan muda... Hamba sememangnya mahu lihat tuan muda membesar dan menemui kebahagiaan tuan muda," ujarnya sambil menangis membuatkan aku senyap seketika. Selepas bersara, dia akan pulang ke kediaman asalnya yang jauh dari sini dan agak sukar untukku berjumpa dengannya lagi. Ia sememangnya memeritkan tapi aku perlu lepaskannya.
"Marie dah dilepaskan dari tanggungjawab jadi... Marie tak perlu risaukan tentang saya. Lagipun Marie tahu kekuatan saya kan? Jadi... Jangan risau," ucapku bersama senyuman nipis. Marie mendongakkan kepalanya terus menitiskan air mata memandangku dengan wajah kesal.
"Maafkan hamba. Tuan muda izinkan hamba memeluk tuan hamba," pintanya membuatkan aku mengenggam tanganku dan mengetap gigiku cuba menahan diri dari dikawal emosi. Aku bangun dari dudukku dan merapatinya lalu memeluknya erat dengan wajah tidak berperasaan. Aku tak tahu bila lagi kami akan berjumpa dan sehingga sekarang aku tak tahu mengapa dia seorang sahaja yang sayang kepadaku sementara yang lain takut kepadaku. Hanya Marie seorang, yang tumpukan sepenuh perhatiannya kepadaku.
Tak lama kemudian, Marie memberi tundukan hormat buat kali terakhir dan aku hanya memberi senyuman nipis untuknya agar dia tidak rasa terbeban. Sebaik sahaja pintu ditutup, aku terus berlari ke tingkap sehingga dia keluar dari pintu istana dan berjalan pergi menuju ke pagar utama. Aku memandangnya dengan wajah beku mengharapkan dia memalingkan wajahnya walaupun sekali.
"Marie...," ucapku perlahan dan hampir tidak kedengaran. Melihat Marie yang berjalan masuk ke dalam kereta kuda membuatkan aku semakin rasa sesak. Aku masih mengharapkan dia memandangku walaupun sekadar lambaian tapi aku lebih berharap bahawa dia mengubah fikiran untuk terus menjagaku. Malangnya, ia hanya harapan dan Marie pergi tanpa sebarang berita keesokannya.
Semenjak pemergian Marie, diri aku tidak terjaga. Pembantu istana yang sepatutnya mendatangi aku tidak kelihatan. Makananku juga tidak seperti sebelum ini yang kelihatan rapi dan sesuai untuk perutku. Kali ini, makananku disediakan seakan malas dan langsung tidak nampak menyelerakan tapi aku tak boleh berkira sekurangnya ia masih boleh dimakan. Sebenarnya... Dari awal lagi aku sudah tahu ini akan terjadi.
YOU ARE READING
Deadass
FantasyMuka yang pucat dan bermata merah ibarat permata, rambut hitam pekat ibarat dakwat. Hanya berlatarbelakangkan anak kepada seorang gundik dia menjadi kelas bawahan dalam istana. Dengan ciri-ciri yang seolah ciri-ciri seekor demon, dia dituduh sebagai...