Semua mata memandang kami dengan pandangan yang menakutkan namun Luk kelihatan sudah terbiasa dengan pemandangan ini dan tetap tenang. Aku turut sudah biasa dengan pandangan seperti mereka di istana.
"Kita bermimpi ke? Kenapa ada budak di sini?" Soal seseorang dengan pelik mungkin tidak dapat percaya, orang baru yang dihantar ke neraka beku ini adalah seorang kanak-kanak.
"Warna rambut yang jarang aku nampak. Heh! Kau berpasangan dengan raksasa ke Luk? Hahahhaha! Tak kan kau terdesak sangat sampai raksasa pun jadi mangsa. Ahhahahhahah!" kata lagi seorang dari mereka penuh sinis yang kelihatan cuba untuk bergurau dan disambut dengan gelakan rakannya yang lain.
"Saya Isaac Alteria, anak kepada gundik ketiga. Anak kelapan Tuanku Elvind Rosemond Alteria De Tissier. Namun seka-," balasku sambil menunduk hormat, secara tiba-tiba mereka semua bangun dan memandangku dengan pandangan membunuh. Luk terus menarikku ke belakangnya seolah melindungiku.
"Semua, tenang! Apa? Kau cuba nak bunuh budak yang sekarang sama nasib dengan kita?," ujar Luk turut mengeluarkan aura membunuh. Mereka lebih kelihatan seolah serigala yang sedang marah berbanding manusia.
"Hah?! Sama? Dia tu seorang putera, dia tak pernah alami seksaan yang kita semua alami semasa di dalam kerajaan tu," ujarnya masih dengan pandangan membunuhnya. Aku mula faham mungkin kebenciannya terhadap Elvind tidak dapat dilepaskan lalu mereka ingin melepaskannya kepada aku yang merupakan anaknya.
"Hah?! Kau cuba lihat betul-betul celaka... Kau pernah tengok mana-mana putera yang kurus dan pucat macam ni? Orang yang menjadi musuh kau sekarang ni adalah Elvind, hanya disebabkan gelaran putera kau fikir dia akan melayan budak ni macam putera? Fikir semula..." Balasnya dengan tegas. Mereka kembali terdiam dan seolah melihatku dengan lebih teliti.
"Maaf, saya masih belum habis memperkenalkan diri. Disebabkan atas tuduhan khianat, semua gelaran dan status yang saya pegang selama ini dicabut jadi kini... Saya sama seperti anda semua. 'Bukan sesiapa'," ujarku tenang membuatkan mereka semua tersentak.
"Saya setuju yang saya tak pernah mengalami seksaan seperti kalian semua tapi saya cukup faham rasanya bagaimana rasa diseksa. Percayalah," balasku masih tenang sambil memandang mereka dengan wajah tidak berperasaan. Mereka semua merenungku tajam dan Luk turut memandangku dengan keningnya yang berkerut.
"Secara ringkas dengan status saya sebagai keturunan diraja ditarik, Alteria yang merupakan nama keluarga saya turut ditarik. Saya juga tak dibenarkan menggunakan nama Isaac pemberian tuanku Elvind. Saya harap kalian boleh memberikan saya nama baru yang baik untuk saya jika ia tak keberatan," terangku lagi lalu aku memandang kosong ke lantai. Mereka semua memandang sesama sendiri dan mula kembali tenang.
"Jadi... Selain nama yang rasmi tu apa lagi gelaran tak rasmi untuk kau. Nama manja kau ke... Tak ada?" Soal salah seorang dari mereka.
"Bonda selalu gelarkan saya Deadass," balasku dengan serius membuatkan mereka terkejut.
"Kalian juga dibenarkan untuk gunakannya," sambungku lagi setelah melihat mereka terbeku memandangku dengan raut keliru.
"Kalian boleh gelarkan dengan nama lain juga... Kalau mahu," ujarku dengan wajah tidak berperasaan. Luk mengeluh berat lalu memegang kepalaku.
"Kau suka ke orang panggil kau dengan panggilan tu? Maksud nama tu pun kau faham ke? Haih... Mulai hari ni kami panggil kau Is," ujarnya sambil terus memegang kepalaku.
"Hmm... Ya... Ia pendek dan mudah. Bukan kitorang nak ikut pun apa yang raja tak guna tu arahkan. Kami akan tetap panggil kau Isaac tapi Is pun lebih mudah," ujar seorang lagi yang mula mesra denganku.
"Raja sialan tu memang berhati anjin*, hantar budak ke sini? Yahhhh, dipendekkan umur tuanku!!! Aku teringin nak ludah muka dia," ujar seseorang yang menghisap rokok buatan tangan di depan tong api untuk memanaskan diri.
YOU ARE READING
Deadass
FantasyMuka yang pucat dan bermata merah ibarat permata, rambut hitam pekat ibarat dakwat. Hanya berlatarbelakangkan anak kepada seorang gundik dia menjadi kelas bawahan dalam istana. Dengan ciri-ciri yang seolah ciri-ciri seekor demon, dia dituduh sebagai...