Bab 21

92 16 0
                                    

"Aku takkan benarkan apa yang aku ada hilang lagi," ucapku memandangnya dengan penuh dendam.

"Hmm... Apa yang pernah jadi milik kau Deadass? Dari kau lahir lagi kau tak memiliki apa-apa. Kau patut duduk diam dengan senyap memandangkan beta memberi kau tempat tinggal tapi haih... Kau cuba menjatuhkan maruah beta," ucapnya dingin.

"Saya tak pernah buat apa-apa!! Kalau tuanku maksudkan dengan Evan, dia yang menyerang saya dahulu! Magik tu milik dia bukan saya! Saya dah beritahu tentangnya tapi tuanku tak mendengar!" Ujarku penuh terdesak.

"Hm? Kau lupa? Rosea berkali-kali cuba membunuh kau namun sentiasa gagal menunjukkan kau lebih dari itu Deadass. Beta tak tahu makhluk apa yang beta bela selama ni. Lebih baik kau terus lenyap. Ia lebih baik untuk hilangkan sebarang risiko akan datang," ujarnya sinis.

"Saya masih hidup sebab Marie. Kenapa tuanku bencikan saya? Bukankah saya juga anak tuanku? Apa yang membezakan saya dengan Evan?" Soalku inginkan jawapan.

"Hahahhaha... Deadass... Lihat diri kau. Kita sememangnya jauh berbeza. Kau sememangnya ternyata anak sumpahan. Untuk anak sumpahan seperti kau tiba-tiba sahaja muncul sebagai seseorang yang berkebolehan. Beta tak mahu sesiapa fikir seseorang yang beta telah buang sebelum ini menjadi seseorang yang menjatuhkan beta," ujarnya sinis.

"Ia bukan salah saya untuk mereka fikir begitu. Saya tak pernah lakukan apa-apa pada tuanku. Walaupun tuanku langsung tak mahu mengakui saya anak tuanku saya masih berdiam. Apa yang saya pernah lakukan?! Saya masih tak faham!" Ujarku cuba untuk melepaskan diri dan cuba untuk mendapatkan belasnya. Namun aku ternyata salah, lelaki di depanku ini tidak mempunyai sebarang belas kasihan.

"Kelahiran dan kewujudan kau... Adalah satu kesalahan Deadass," ujarnya mengingatkan aku pada Evan. Mereka tidak langsung berbeza. Dari segi rupa dan personaliti, Evan dan dia ibarat dua individu yang sama. Ia membuatkan aku terkedu. Apa yang aku katakan takkan dapat memberi kesan apa-apa kepadanya.

Aku terus diseret ke tengah salji luar daripada benteng pertahanan yang  aku cipta. Luk dan lain-lain terus dicampakkan ke dalam sangkar di tengah salji tanpa perlindungan untuk terus hangat. Manusia biasa takkan dapat bertahan dalam keadaan begitu. Rayuan tidak lagi berguna yang boleh aku lakukan sekarang adalah cuba melepaskan diri.

Tiba-tiba aku terlihat Ainz ditolak kasar menuju ke tiang yang dipacakkan tidak jauh dariku. Dia cuba melepaskan diri malah itu pertama kali aku dapat melihat Ainz kelihatan amat marah terhadap pengkhianat kami.

"Lucas!!! Ezekiel!! Celaka kau! Dasar pengkhianat! Aku tak patut percayakan kau dari awal!!" jerit Ainz terus tubuhnya diheret dan diikatkan pada tiang. Kami semua kemudiannya disiramkan air sejuk membuatkan kami semua semakin dingin dan membeku. Ada antara kami yang kelihatan semakin lemah malah menggigil kesejukan.

Setelah itu, dia meninggalkan kami semua sementara mengambil semua hasil tanaman serta barangan kami masuk ke dalam magik portal simpanan mereka sehingga tiada apa lagi yang tinggal. Mereka kemudiannya menjamah makanan yang sepatutnya disediakan untuk kepulangan Luk dan yang lain-lain. Ia sememangnya sangat menyakitkan hati.

"Macam mana semua ni boleh terjadi? Luk?" soalku sayu sambil melihat Luk yang menyandar lemah ke tiang sangkar sambil melihatku dengan kesal.

"Kami juga tak tahu apa yang sedang jadi. Semuanya berlaku dengan pantas. Kami fikir kami dah berjaya tapi... ia salah sama sekali," ujar Luk lemah.

"Ia semua salah abang. Maafkan abang Is. Abang yakinkan mereka untuk percayakan pengikut abang tapi... Mereka mula jatuh dalam perangkap ayahanda. Tiada siapa yang fikir kita mampu untuk kalahkan hero yang menyelamatkan dunia. Walaupun ia akan terjadi, 97% empayar seluruh dunia berada di pihak ayahanda. Ia lawan yang mustahil sejak dari mula dengan bilangan kita," terang Ainz dengan kesal.

"Apa maksud abang? Maksudnya tiada siapa yang berada di pihak kita sejak dari mula?" Soalku keliru. Ainz menunduk kesal dengan kegagalannya.

"Dia ada segalanya Is manakala kita... Hanya semut di matanya. Aku cuba membunuhnya tapi... Dia langsung tak gunakan magik untuk mengalahkan aku. Alat yang mereka cipta jauh lebih kuat dari yang kami fikirkan," terang Luk lagi.

"Alat? Maksud Luk seperti alat yang mengikat kita sekarang? Seperti perisai tadi? Apapun... Kita hanya perlu berdiam saja dan mati ke?! Luk, bukankah Luk terkuat dalam kumpulan ni? Kenapa berhenti?! Di mana yang lain?! Luk ketua kumpulan ni kan?! Luk pasti ada rancangan lain!!! Pasti!" Jeritku sambil melihat Luk dengan penuh harapan. Namun dia menunduk dan kelihatan lemah.

"Mereka tak dapat berlawan lagi Is. Separuh dari kumpulan kita mati diseksa. Kini hanya tinggal kami. Maafkan abang... Tiada apa lagi yang kami boleh lakukan," kata Ainz membuatkan aku mengerutkan dahiku.

"Saya tak dapat terima tentang tu! Saya akan lakukan sesuatu! Kalian bertahan! Saya akan lepaskan semua! Saya janji! Kita akan bebas semula!" Ujarku cuba mewujudkan semula harapan mereka yang sedang hancur. Aku kemudiannya terus cuba melepaskan diri dari rantai misteri yang mengikat ke tanah tanpa ada sebarang penghujung. Walaupun berkali-kali aku memaksa untuk mematahkannya namun ia tidak berhasil.

Pagi mula tiba dan kami semua memeluk tubuh dalam kedinginan, mereka yang lain kini langsung tidak bersuara membuatkan aku tak tahu samada mereka masih hidup atau sedang menyimpan tenaga. Waktu malam dan awal pagi sememangnya menjadi lebih sejuk dari kebiasaannya membuatkan mereka kelihatan membeku. Suaraku juga mula hilang kerana tenagaku habis digunakan untuk menahan kedinginan dan cubaan untuk melepaskan diri. Ainz juga kini terdiam dan tubuh serta wajahnya pucat tidak berdarah. Namun aku dapat melihat kabus nafas di bahagian mulut dan hidungnya meyakinkan aku dia masih lagi hidup namun hanya dalam keadaan lemah.

"Kenapa? Walaupun abang anak dari hubungan tulen antara kerabat diraja. Kenapa ayahanda memilih Evan? Anak kepada gundik?" Soalku tidak mengerti.

"Walaupun kami penerus kepada kerabat tulen, ayahanda tak mempercayai kekuatan hanya bergantung kepada latar belakang keturunan. Ayahanda memilih Evan kerana dia sentiasa mengikut jejaknya tanpa bantahan sekalipun. Jauh sekali dengan kami yang lain. Terutamanya apabila melibatkan kamu Is. Dia tak dapat bersetuju yang kamu patut diberi layanan yang sama seperti Evan. Abang juga tak faham mengapa dia memandang kamu sebagai pesaing sejak dulu. Permaisuri pun cuba untuk membela keadilan untuk kamu cuma... Permaisuri tak dapat masuk campur lebih jauh lagi memandangkan urusan gundik dan hubungan luar adalah urusan ayahanda sendiri. Malah ayahanda seorang hero, mereka yang lain lebih mementingkan pendapat ayahanda berbanding permaisuri. Permaisuri hanya dapat menolong  dengan menghantar Marie," balas Ainz dengan perlahan.

"Marie... Dari permaisuri?" Soalku baru tahu tentangnya. Ainz mengangguk mengiakannya dengan senyuman pahit.

"Dan selama ni... Saya fikir permaisuri sama sahaja seperti ayahanda. Saya tak pernah tahu tentang tu," ujarku tersedar. Selama ni aku tak fikirkan keadaan permaisuri yang dikatakan mula depresi atas kehilangan anak-anaknya. Mendengar dari apa yang Ainz ceritakan, aku patut terhutang budi dengan permaisuri.

Aku terkedu sehingga membuatkan aku hanya senyap. Selama ini aku fikir Marie saja satu-satunya yang berada di pihak aku. Ia membuatkan aku terfikir semula penyebab untuk  ayahanda tak pernah memecatnya walaupun berkali-kali Marie melindungi aku tak seperti penjagaku yang sebelumnya. Rupanya ia disebabkan Marie dihantar oleh permaisuri. Malah aku mula teringat kembali, setiap kali Marie tercedera disebabkan oleh Rosea, Rosea takkan menyentuh aku selepasnya sehingga Marie tidak berada denganku.

Satu demi satu jawapan mula hadir membuatkan aku kesal. Aku sepatutnya turut cuba menyertai misi ini demi membalas budi permaisuri serta menyelamatkan satu-satunya anaknya yang masih tinggal; Ainz.

Bersambung...

💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀

DeadassWhere stories live. Discover now