Bab 11

88 12 0
                                    

"Rahh!!" Muncul kepala buaya gergasi dari bawah salji yang tebal lalu menerkam Elenor. Kakinya terputus membuatkan lebih banyak darah membasahi salji yang putih. Elenor pula terlepas dari rahang buaya tersebut dan terpelanting jauh dari tempatnya berdiri

"Aaaaaaaaa!!!" Jeritnya kesakitan sambil memegang hujung kakinya yang terputus. Sekali lgi buaya itu cuba menyerang namun kali ini aku sempat menghalangnya dengan bebola api membuatkan ia terpelanting dan kembali menanamkan diri ke dalam salji.

Aku terus menyembuhkan kaki Elenor membuatkannya membutangkan mata. Aku mula berwaspada apabila dapat melihat pergerakan yang mula bertambah. Ia bukan hanya seekor.

"Elenor boleh lari kan?" Soalku serius.

"Ha? Y-ya..." Balasnya dalam keadaan keliru apabila melihat kakinya kini sepenuhnya pulih.

"Jadi... Pergi sekarang!!" Arahku lalu seekor buaya gergasi melompat keluar dan aku menghalangnya dengan tembakan api. Namun Elenor hanya berdiam di belakangku.

"Apa yang kau buat?! Pergi! Saya tak dapat nak menghalang mereka lama-lama!" Jeritku mula geram dengan tindakannya yang lambat.

"Saya tak boleh tinggalkan Is di sini! Is akan mati!" Jeritnya apabila suara dalam nada biasa hanya akan tenggelam dalam bunyi bising ngauman dari buaya yang menyerang.

"Pergi saja!! Awak tak boleh berlawan! Awak cuma memperlahan saya! Saya tak boleh guna magik yang lebih kuat selagi awak di sini! Pergi dan panggil mereka yang lain!" Balasku serius. Kini ia semakin banyak membuatkan aku berada di luar kawalan jika Elenor terus berada di sini. Aku tak ada pengalaman dalam melindungi seseorang memandangkan selama ini pun aku di barisan belakang dalam memburu.

Elenor terdiam seketika lalu mengetap giginya dan berlari pergi. Salah seekor dari mereka cuba mengejar Elenor namun aku sempat menghalang dengan jerakah ais menikam dari bawah perutnya yang dilindungi cengkerang. Ia gagal membunuhnya namun ia membuatkannya tergolek ke belakang kembali dan laluannya ke arah Elenor terhalang.

Aku menoreh tanganku sehingga berdarah untuk menarik perhatian mereka agar tidak terus menyasarkan Elenor dan menukarkan sasarannya kepadaku. Salji mula bergerak lagi seolah ombak dan kali ini ia ke arahku.

"Kali ni... Mungkin pemburuan paling mencabar setakat ni," ujarku sendirian dan membuka langkah bersedia.

"Mari!" Jeritku mencabar tujuh ekor Froze Crocx gergasi yang ada.

Sementara itu,

"Waah... Jadi dengan gunakan benda ni kita dapat menonton sesuatu yang dipanggil 'filem'?" Soal Cynx dengan teruja sambil melihat alatan baru yang tidak pernah mereka lihat sebelumnya.

"Saya masih tak faham dengan apa itu merakam dan filem tapi... Ia kedengaran menarik," kata Jazeel turut ingin tahu.

"Ya... Ia boleh dilayarkan di mana-mana permukaan yang rata. Kini ia mudah didapati di mana-mana. Kami juga ada alat komunikasi cuma kami terpaksa memusnahkannya supaya lokasi kami tidak dikesan," kata Frist memperkenalkan alat-alatan yang datang dari kota yang asing dari pengetahuan mereka yang lain.

"Wahh!! Hebatnya!!! Tapi... Alat tu macam mana?" Soal Otto ingin tahu. Ia sememangnya kelihatan pelik apabila tubuh yang sasa dan digeruni itu kini kelihatan seolah kanak-kanak yang penuh dengan rasa ingin tahu.

"Ia alat yang gunakan tenaga mana untuk berfungsi. Dengan tenaga mana tu kalian boleh gunakannya untuk berkomunikasi dari jarak jauh," terang Devyn dengan senyuman mesra.

"Ouhhhh!!! Mengagumkan! Macam pengguna telepati!" Ujar Juro.

"Ya... Fakta menariknya, yang pertama mencipta alat tu adalah pengguna telepati," terang Devyn lagi.

"Hoooooo!!!" Balas mereka yang lain penuh teruja secara serentak.

"Kapten!!" Jerit seseorang sambil membuka pintu dan terduduk kepenatan.

"Elenor!! Apa jadi pada awak?!" Jerit Luna terkejut dan mendapatkannya.

"Tuan muda Isaac... Is- Is... Dia dalam bahaya," kata Elenor mengenggam bahu Luna.

"Tenang... Kamu cedera Elenor? Apa jadi?" Soal Devyn turut menghampiri dan menyedari koyakan pakaian serta darah kering padanya.

"Saya tak apa-apa... Cepat! Selamatkan Is!" Rayu Elenor mula menjatuhkan air mata.

"Mari semua! Elenor... Dia ke arah mana?" Soal Luk tenang.

"Saya tak tahu... Hik hik maaf... Semua kawasan nampak sama. Saya cuma berlari tanpa tahu ke arah mana saya pergi. Saya cuma ikut naluri. Maafkan saya... Maafkan saya.. Tolong cepat selamatkan tuan muda Isaac. Dia dalam bahaya..." Kata Elenor meminta maaf berkali-kali.

"Kita ikut jejak sebelum ditiup angin. Mari! Segera semua!" Arah Luk dan mereka semua mengekorinya.

"Oi Luk! Kau nak pergi mana? Kau nampak Is?" Soal Yui dari rumah di sebelahnya dan melihat Luk dan yang lain-lain mula berkumpul dan menuju ke laluan keluar.

"Aku fikir dia dengan kau!" Balas Luk.

"Ha?! Bukan dari tadi dia dengan kau ke?! Oi! Apa jadi?!" Soal Yui kembali dengan panik.

"Kami akan cari dia. Kau tunggu dan sediakan apa yang perlu untuk Elenor. Kau tak perlu risau pasal Is. Budak tu bijak," balas Luk membuatkan Yui kelihatan semakin resah namun dia tak boleh berbuat apa-apa selain yakin pada Luk.

.
.
.

"Luk! Kita dah pusing banyak kali... Ribut makin kuat. Jejak dah hilang. Ke mana kita nak cari dia?!" Soal Otto dengan kuat kerana suara mereka kini ditenggelami dengan bunyi angin yang kuat.

"Langit pun makin gelap! Kita kena cari dia secepat mungkin!" Jerit Juro pula.

"Luk! Aku nampak sesuatu!" Jerit Jazeel dan mereka mula menghampiri sesuatu yang dikatakan Jazeel. Alangkah terkejutnya mereka melihat kolam darah yang memenuhi kawasan tersebut dan timbunan salji yang berada di depan mereka berbentuk pelik. Jazeel dapat merasakan ia bukan timbunan salji yang biasa membuatkan dia menyapu permukaan salji itu dan ternyata dia benar. Bangkai makhluk yang berada di sebaliknya bukan makhluk yang biasa membuatkannya pucat.

"Froze Crocx? Macam mana boleh ada kat sini?" Soal Cynx.

"Tak... Luk! Ni bukan Froze Crocx," ujar Jazeel dengan wajah pucat.

"Ini Gargankada, muncung dan mata mereka lain Luk. Ini bukan Froze Crocx!" Jerit Jazeel lagi.

"Ya, aku nampak tapi mustahil mereka di kawasan ni! Mereka sepatutnya jauh di luar kawasan!" Kata Luk.

"Mungkin ke mereka tertarik dengan mana yang makin kuat di kawasan kita? Makin banyak makhluk mendekati kawasan ni," balas Otto.

"Mereka mungkin hanya bermigrasi dan kebetulan melalui kawasan ni. Lebih baik kita tak perlu fikirkannya," balas Luk tenang.

"Oi Luk! Kita sekumpulan pun susah nak bunuh mereka ni! Kau lupa ke yang Is cuma budak 8 tahun! Dia boleh mati tahu tak?! Tambah lagi dia seorang diri! Kita kena cepat cari dia!" Kata Jazeel mula panik. Sedang Jazeel bergaduh dengan Luk, Juro perasan bahawa ada bentuk yang pelik berdekatan dengan timbunan salji tidak jauh dari timbunan salji pada Jazeel. Dia terus menyapu salji itu dan melihatnya.

"Panik cuma keruhkan keadaan. Bertenang dan cari petunjuk seterusnya ke mana arah Is pergi," arah Luk tenang membuatkan Jazeel mengetap gigi dan menggenggam tangannya.

"L-Luk... Kita memang kene cepat cari Is atau kita sebenarnya memang tak sempat?" Kata Juro dan bangun menghadap mereka dengan wajah pucat sambil memegang sesuatu di tangannya. Ia terus membuatkan wajah mereka semua berubah drastik. Di tangannya, dia memegang tangan kecil bersaiz untuk seorang kanak-kanak lantas terus membuatkan mereka terfikir tentang Is.

Bersambung...

💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀

DeadassWhere stories live. Discover now