"Ha... Ini nyaman~ aku tak mahu keluar..." Ujar salah seorang dari mereka sambil berbaring lega.
"Oi korang tengok ni! Sekeliling pondok pun mula hangat! Ais pun mula cair!" Ujar seorang lagi menjerit dari luar. Mereka mula teruja melihat tanah yang mula kelihatan di sebalik salji.
Aku pula hanya duduk di sudut pondok sambil menahan pedih di belakang badan. Ia masih tidak sembuh. Walaupun aku selalu cedera dan ia seakan sudah menjadi kebiasaan, ia tak dapat buatkan aku terbiasa dengan kesan selepas kejadian. Hari ini aku merasakan ia semakin teruk walaupun kebiasaannya ia sepatutnya sembuh.
"Is... Kau lapar?" Soal Luk secara tiba-tiba. Aku memandangnya pelik.
"Ah... Tak," balasku dan terus mendiamkan diri sambil memeluk lutut. Tanganku mula menggigil cuba menahan kesakitan.
"Hmm? Is kau sejuk ke? Bukan kau kata sejuk tak menganggu kau?" Soal seorang lagi.
"Hahhahha... Dia kan budak kecil. Tak apa, nah ambil jaket aku," ujar seorang lagi lalu cuba meletakkan jaketnya ke bahuku dan jaketnya itu menyakitkan aku membuatkan aku tersentak.
"Saya tak perlukannya... Saya tak sejuk," balasku lalu mengalihkan semula jaket itu.
"Oi... Kenapa ni? Eh? Jangan cakap sebab kau takut pada kami? Hhaahhaha... Mesti kau takut kan? Ya... Sebab muka kami ni menyeramkan kan?" Ujar pula seorang lagi lelaki bermuka ganas. Aku hanya mengetap gigi dan tidak membalas. Tiba-tiba Luk terus menarikku membuatkan aku terkejut.
"Ark!" Jeritku apabila dia menyelak bajuku dengan kasar dan secara tiba-tiba.
"Aku dah agak. Malam tadi kau tak tenang tidur. Muka kau berkerut," ujarnya membuatkan yang lain tergamam.
"Apa dah jadi?" Soal mereka kembali dengan nada tidak percaya.
"Yui! Kau ada pesakit di sini," panggil Luk kepada seorang lelaki yang tidak jauh darinya.
"Aku pergi ambil herba," balas Yui memahami dan dibalas dengan anggukan Luk.
"Saya tak perlukannya," ujarku perlahan membuatkan Luk memandangku.
"Huh?" Soalnya kembali kepadaku.
"Ia akan sembuh sendiri... Saya tak perlukannya. Selalunya dalam masa tiga hari hingga seminggu," ucapku lagi. Mereka semua terdiam dan memandang sesama sendiri.
"Is tengok ni," panggil Grez membuatkan aku menoleh ke arahnya.
"Bekas luka ni... Aku fikir ia takkan sembuh tau? Tapi Yui sembuhkan," ujar Grez dengan bangga sambil menunjukkan parut besarnya padaku.
"Ini pula... Luka yang orang fikir perlu buang anggota supaya anggota lain tidak terjejas tapi Yui hanya letak herbanya saja kau tahu?" Ujar pula lelaki pertengahan umur di sebelahnya.
"Ini... Yui yang jahit. Ah! Ia lagi sakit dan teruk daripada parut ni kau tahu?" Ujar pula yang lain dan mereka mula menunjukkan parut dan luka yang mereka ada kepadaku.
"Jangan pandang rendah pada cara pengubatan Yui. Dia lebih hebat dari mana-mana doktor yang aku pernah jumpa," ujar Luk kelihatan bangga sambil menyilangkan tangannya.
"Ia tak memalukan kalau kau perlukan rawatan. Semua orang di sini perlukan rawatan kalau tercedera," sambut lelaki lagi seorang membuatkan aku terdiam seketika.
"Itu... Bukan maksud saya," balasku perlahan. Aku fikir mungkin mereka salah faham dan fikir aku mungkin memandang rendah pada kemampuan Yui.
"Kalau tu bukan maksud kau... Jadi kau tak ada alasan untuk tolak. Cepat mari sini buka baju kau," balas Luk sambil Yui tiba bersama herbanya. Dia membuka bajuku tanpa aku melawan membuatkan yang lain menarik nafas terkejut.
YOU ARE READING
Deadass
FantasyMuka yang pucat dan bermata merah ibarat permata, rambut hitam pekat ibarat dakwat. Hanya berlatarbelakangkan anak kepada seorang gundik dia menjadi kelas bawahan dalam istana. Dengan ciri-ciri yang seolah ciri-ciri seekor demon, dia dituduh sebagai...