Bab 22

89 17 2
                                    

Bunyi tapak kaki yang menghampiri membuatkan aku terjaga dari tidurku dan melihat ke arahnya dalam keadaan lemah. Tanpa makanan, minuman dan kedinginan membuatkan tenagaku semakin menghilang sehingga aku tak mampu lagi untuk membuka mata.

"Dah bangun? Kau sememangnya amat luar biasa untuk seorang budak. Ia buatkan beta bertambah sakit hati. Sumpahan tu betul-betul menjadi ke?" Ujar ayahanda sambil mengangkat daguku menggunakan kakinya.

"Air..." Pintaku separa merayu.

"Hmm? Bukan ke kau boleh gunakan pelbagai elemen? Ah... Rantai ni sangat kuat untuk kau? Beta fikir kau sangat kuat," ujar ayahanda lalu memberi isyarat kepada pengikutnya. Aku memandang ke arah Luk dan yang lain. Mereka turut sedang kesejukan dan menggigil.

"Sekurangnya... Lepaskan Luk dan yang lain. Bunuh saya seorang sahaja... Tapi tolong lepaskan mereka," rayuku.

"Hmm? Luk? Maksud kau lelaki yang cuba bunuh beta ni? Kalian pasti lupa yang beta pernah membunuh demon Lord. Kalian fikir rancangan kalian untuk membelot beta akan dapat direalisasikan? Menyedihkan... Lagi-lagi... Ia dari anak-anak beta sendiri," ujarnya lagi sambil melihat putera Ainz yang diikatkan ke tiang kayu dengan hanya cebisan kain untuk menutup bahagian bawahnya. Ia memang suasana menjatuhkan maruah sesiapa sahaja yang berada di sana.

"Tolong... Lepaskan mereka," rayuku.

"I-Is..." Panggil Luk sambil menatapku.

"Jangan sesekali merayu pada binatang ni," kata Luk memandangku tajam namun tubuhnya menggigil kesejukan. Aku tersentak dan terdiam melihat tubuh Luk yang seolah di ambang kematian namun tetap teguh mengangkat kepalanya.

"Hmm? Kau pun masih hidup? Untuk hidup di sini sememangnya beta patut dapat mengagak kalian sememangnya sukar untuk nyah dari bumi," ujarnya lalu mendekati Luk membuatkan aku mula cemas. Dia mengeluarkan pedangnya seolah ingin menyasarkannya pada Luk.

"Nanti!!! Jangan! Saya buat apa yang tuanku arahkan! Jangan sentuh mereka!! Tolonglah!! Mereka saja yang saya ada," jeritku merayu sambil cuba melepaskan diri dari rantai yang mengikatku.

"Oh? Dia ni... Segalanya untuk kau? Ia mesti sungguh menyeronokkan bila lihat wajah kau kehilangan segalanya!" Ucapnya lalu terus memenggal kepala Luk. Aku membutangkan mata melihat kepalanya yang tergolek keluar dari sangkar.

"Haha tengoklah tu... Bakar mereka yang lain," ucap Elvind sambil terus melihat wajahku. Aku tak dapat melarikan pandanganku melihat mereka dibakar hidup-hidup. Jeritan mereka memecahkan suasana dan putera Ainz tidak dapat berbuat apa-apa.

"Tak... Tak... JANGAN!! BERHENTI!! HENTIKANNYA!!!" jeritku dalam keadaan terdesak. Melihat kumpulan yang aku sayangi mati dan diseksa di hadapan mataku sememangnya pemandangan yang aku tak akan dapat sesekali terima. Tubuhku menarik rantai yang mengikatku dengan terdesak untuk merapati mereka yang lain namun sekuat mana aku cuba bergerak, aku langsung tidak berganjak dari tempatku.

"Hmm? Apa yang kau kata? Jangan berhenti? Oh... Haha beta tak pernah tahu kau ada hobi begini," kata Elvind penuh sinis.

"Tak... Hentikan... Hentikan..." Ujarku lalu cuba menghentikan api itu dengan magikku. Namun alat yang merantaiku membuatkan aku tak dapat menggunakan sebarang kebolehanku.

"Hmm... Kau tahu... Marie pun buat riak yang sama," sambungnya lagi sambil mencangkung untuk lebih dekat denganku membuatkan aku tersentak.

"Beta tak suka dia melayan kau dengan baik Deadass. Ia memang tugasnya... tapi ia juga menyakitkan hati beta bila dia menjaga musuh beta lebih dari anak beta sendiri jadi beta meracunnya agar dia sendiri pilih untuk berhenti. Beta fikir apa yang Rosea buat cukup untuk hentikan dia daripada bertugas. Haih... Beta tak pernah fikir beta sendiri perlu ambil tindakan. Kau tahu apa yang sangat mengerikan tentang kau? Beta banyak kali cuba meracun kau tapi ia tak pernah berhasil. Beta tak pernah tahu kau akan berikan makanan tu pada Marie tapi ia sememangnya membantu beta untuk mendapatkan kepastian yang racun tu sememangnya sepatutnya berfungsi seperti biasa dan tak pernah ada masalah dengan makanan tu. Yang bermasalah adalah kau Deadass," ujar Elvind dengan senyuman sinis. Aku memandangnya dengan wajah tak percaya. Aku mula mengingati waktu aku menyuapkannya manisan yang aku dapat waktu hari lahir Evan. Hanya waktu itu aku berkongsi manisanku dengannya.

DeadassWhere stories live. Discover now