Jerebu hitam yang tebal mula memenuhi kawasan dalam gua tersebut sehinggakan menutupi bangunan-bangunan di dalamnya. Semua pengikut demon yang aku bangunkan terdahulu melutut hormat dan mereka berubah menjadi debu yang turut terbang ke dalam jerebu hitam. Selepas mengelilingi ruang itu beberapa ketika, tiba-tiba jerebu hitam itu berkumpul dengan pantas ke arah rangka itu dan terus memunculkan sesosok tubuh yang gagah perkasa. Wajahnya lebih sempurna daripada mana-mana makhluk [necro]ku yang lain.
Ia berdiri sambil memandang ke arahku dan ternyata wajah kami amatlah sama seperti yang dikatakan. Yang membezakan kami hanya tanduk yang dimilikinya manakala aku tidak mempunyai tanduk sepertinya namun di sebalik perbezaan tersebut ternyata lebih banyak persamaan kami. Berambut hitam pekat bersama mata merah bercahaya. Melihatnya yang mirip denganku membuatkan aku tak lagi pelik dengan gelaran mereka di istana yang menganggapku kelahiran semula demon malah aku juga tidak pelik jika ada yang menganggapku sebagai anak demon.
"Ia sangat menyenangkan dapat dihidupkan semula. Jadi ini rasanya jika kembali hidup?" Ujarnya sambil melihat tangannya yang sempurna. Ia sememangnya antara ciptaanku yang paling sempurna dan yang paling kuat. Ternyata ada perbezaan untuk medium yang dijadikan korban dengan paksaan dan dengan rela hati. Sememangnya perbezaannya sangat besar. Ia memandangku kembali dengan sebuah senyuman.
"Kamu yang menghidupkan beta kembali?" Soalnya terus memandangku.
"Ya," balasku tenang. Luk sentiasa berada di sisiku dan seolah sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Melihat makhluk itu yang kelihatan akan menyerang balas seperti pengikutnya, membuatkan Luk membuka langkah berwaspada walaupun aku rasa ia tidak perlu memandangkan aku boleh melenyapkan ia semula. Ia terus menunduk hormat kepadaku membuatkan aku sedikit terkejut.
"Maknanya tuan adalah tuan patik. Patik dapat merasai terdapat aura sumpahan pada tuan. Ia sangat kuat. Adakah sebab itu tuan masih dapat menggunakan [necromancy] pada diri tuan sendiri?" Soalnya dengan senyuman.
"Mungkin," balasku sepatah namun sejujurnya aku tak tahu bagaimana aku masih hidup malah masih dapat menggunakan kuasa yang pernah aku pelajari.
"Nama Patik Izreth, Tuan mengingatkan patik pada hero yang terkorban sebaik sahaja dia dapat menjalankan tugasnya. Patik turut merasai dendamnya di dalam istana patik. Tuan mempunyai kekuatan yang sedemikian ternyata tentunya disebabkan dendam yang kuat. Di sini masih banyak lagi mangsa yang terkorban yang sesuai untuk dijadikan medium untuk menghidupkannya. Patik akan turut membantu untuk menjayakannya. Patik pasti dia juga berguna untuk tuan," ujarnya sambil menunduk hormat. Aku memandangnya lama. Melihatnya yang menunduk kepadaku walaupun dia adalah seekor demon yang digeruni seluruh dunia sebelum ini membuatkan aku sukar untuk mempercayainya.
"Baiklah," ujarku dan dia menggerakkan tangannya sebagai tanda hormat dan memintaku untuk mengekorinya. Seperti yang aku jangkakan, rangka yang ditikam dari belakang sebelum ini ternyata sememangnya milik seorang hero. Dia memanggil roh pengikutnya yang lain yang telah terkorban, setelah berbincang mereka setuju untuk lenyap dan menjadikan diri mereka sebagai korban. Izreth memandangku sebagai isyarat bahawa medium yang aku tunggu kini sudah tersedia.
Tanpa ragu, aku terus menggunakan kebolehan [Necromancy] yang aku ada dan membangkitkan hero yang berada di hadapan kami namun ternyata dia tidak sesempurna Izreth yang berada bersamaku dan dia kelihatan jauh lebih lemah darinya. Mungkin medium tidak mencukupi atau tidak sekuat yang ada pada Izreth. Melihat hero itu yang kini dibangkitkan dan secara tiba-tiba melutut lemah mengukir senyuman pada wajah Izreth.
"Apa yang aku katakan tentang kawan kau hero? Benar bukan? Aku hidup jauh lebih lama dari kau jadi aku cukup tahu sifat manusia yang suka membelot," ujar Izreth dengan senyuman puas."Diam... Diam diam diam diam!!! Kumpulan hero tak sepatutnya saling membelot. Apa yang ada di fikiran Elvind untuk buat aku macam ni?!" ujar hero itu sambil mengenggam kepalanya.
"Hahhahhahhaha! Demi kuasa di sebalik gelaran itu hero Zeon. Bagaimana rasanya dikhianati oleh teman seperjuangan sendiri?" Soal Izreth bersama gelakan sinis.
"AKU AKAN BUNUH DIA!!! AKU AKAN SEKSA DIA! AKU TAKKAN LEPASKAN DIA! ARGHHHHH!!!"
"AHAHAHAHHAHAHHAHHAHAHA," hero menjerit dengan kuat seakan melepaskan segala kemarahannya yang bersarang dan Izreth pula menyambut jeritannya dengan gelakan puas seolah dia mencapai kemenangan. Beberapa ketika, mereka berdua kembali tenang namun senyuman Izreth tidak pudar.
"Ayahanda aku adalah Elvind," mengakuku membuatkan mereka berdua terus terkejut dan memandangku.
"Dia mengakui yang dia membelot kau dan bukan hero yang disangkakan membunuh demon lord. Dia juga ada mengatakan bahawa kau meletakkan sumpahan pada dia sebelum kau hembuskan nafas terakhir dan aku adalah hasilnya. Adakah aku begini... Disebabkan sumpahan dari kau atau sebenarnya dari demon?" Soalku memandang mereka berdua. Aku sering digelar sebagai anak sumpahan demon, dan menurut pengakuan Elvind aku disumpah melalui hero. Aku hanya mahu tahu apa sebenarnya kewujudan aku.
"Mungkin sumpahan tu sememangnya dari kami berdua, memandangkan sesiapa saja yang berjaya membunuh patik akan terkena sumpahan namun, mungkin disebabkan orang yang sebenar membunuh patik tidak berjaya keluar dari sini sumpahan tu turun kepada pembunuh patik yang seterusnya iaitu pengikut hero," terang Izreth tenang.
"Adakah kamu dibunuh oleh Elvind sendiri?" Soalnya memandangku dengan wajah tidak percaya. Aku terdiam dan memandangnya lama.
"Ya," balasku sepatah membuatkan wajahnya bertukar simpati bercampur kesal.
"Aku tak sepatutnya pilih dia sebagai teman sepasukan. Dia tak layak untuk digelar kumpulan hero. Bagaimana pengikut kumpulan hero sekejam itu. Ia sama seperti demon," ujar Zeon penuh kesal sambil memandang tanah.
"Jangan babitkan beta dalam konflik kau Zeon. Demon takkan membunuh kanak-kanak atau anak-anak kami. Kami lebih memilih mereka mati di medan perang daripada membunuh dengan tangan kami sendiri," ujar Izreth dengan bongkak sambil menyilangkan tangannya.
"Dia membunuh aku semata disebabkan sumpahan yang kau letakkan. Memandangkan kita semua mempunyai dendam terhadap orang yang sama, aku pasti kau berdua boleh membantu aku menjatuhkan dia," ujarku tenang.
"Sebenarnya patik tak berdendam dengannya tapi memandangkan tuan sudah memberi patik melihat wajah hero yang sengsara ni dan menghidupkan patik, sebagai tanda berterima kasih patik akan bekerjasama. Lagipun... Ia bakal menyeronokkan jika dapat melihat wajah pengkhianat tu melihat wajah hero yang dia bunuh sebelum ni. Apa kata kita bertaruh? Samada dia akan mengakui pengkhianatannya atau menyerang sebaik sahaja melihat kau hero Zeon?" Ujar Izreth sinis.
"Baiklah... Aku bertaruh bahawa dia akan mati di tangan aku," ujar Zeon penuh dendam.
"Itu bukan dalam pertaruhan tapi ia juga menarik haha," ujar Izreth masih tersenyum sinis.
"Tidak," balasku membuatkan mereka memandangku.
"Orang yang akan membunuhnya adalah aku," ujarku mengenggam tanganku. Aku takkan lupakan apa yang dia lakukan pada aku dan keluargaku. Takkan aku lepaskannya.
Bersambung...
💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀💀
YOU ARE READING
Deadass
FantasyMuka yang pucat dan bermata merah ibarat permata, rambut hitam pekat ibarat dakwat. Hanya berlatarbelakangkan anak kepada seorang gundik dia menjadi kelas bawahan dalam istana. Dengan ciri-ciri yang seolah ciri-ciri seekor demon, dia dituduh sebagai...