3 tahun kemudian,
"Ke mana Luk nak pergi?" Soalku tertanya-tanya melihat Luk yang ingin keluar berseorangan tanpa teman sementara aku melihat mereka yang lain membina bilik kolam buatan untuk kolam air panas.
Memandangkan aku kini dapat menggunakan elemen air mereka bercadang untuk membina kolam air panas yang setelah sekian lama mereka berangan-angan untuk memilikinya. Aku juga dapat menguasai elemen kayu serta besi yang asas membuatkan mereka mudah untuk mewujudkan rumah lain dan senjata yang lebih kukuh.
"Aku dapat berita akan ada yang dihantar ke sini hari ini," ujarnya sambil tersenyum pahit terus berlalu keluar meninggalkan kami yang masih sibuk membina kolam perhiasan batu. Aku hanya terdiam membiarkan dia berjalan pergi.
Seekor burung hantu putih yang entah dari mana tiba-tiba sahaja menghinggap ke bahunya membuatkan aku terkejut memandangkan aku tak pernah tahu Luk mempunyai haiwan peliharaan. Burung putih itu seolah meminta makanan dan Luk menghulurkan daging buatnya lalu ia terus terbang semula.
"Kenapa Luk seorang perlu jemput mereka?" Soalku kepada Yui yang masih mengorek tanah.
"Hmm... Dia pergi untuk tengok kalau ada ahlinya atau orang yang dia kenal dulu ada bersama banduan yang tiba tu. Dia akan bawa orang yang dia kenal ke sini," balas Yui sambil mengesat peluhnya.
"Macam mana dengan yang dia tak kenal?" Soalku.
"Dia tengok kalau mereka berbaloi untuk dibawa masuk atau tidak. Luk tahu apa dia buat jadi kamu tak perlu risau," balas Yui lagi. Aku terus terdiam faham mendengar jawapan daripada Yui.
"Ok dah siap!!! Aku rasa kau dah boleh sediakan air panas," Jerit mereka apabila kolam itu dirasakan sudah cukup dalam. Aku menggunakan magik perisai untuk menghalang air dari diserap tanah. Aku memenuhkan kolam itu dengan air lalu memanaskan batu-batu di dasar kolam untuk membuatkan air sentiasa panas.
"Akhirnya!!! Kolam air panas!!" Jerit mereka ceria terus membuka baju dan terjun masuk. Aku hanya mengeluh lega dan keluar dari rumah dan melihat mereka yang lain masih sibuk membina rumah kayu keenam kami.
Mereka sangat pantas dan kuat membuatkan kini terdapat lima buah rumah kayu yang siap dibina. Setiap satu mempunyai lima bilik. Terdapat juga pondok khas untuk mencipta senjata besi dan alatan asas kehidupan. Ternyata semakin luas aku mewujudkan dinding perlindunganku, semakin subur tanah di dalam kawasan sfera perlindungan seolah ia tidak terkesan dengan ribut di luar kawasan magik perlindungan.
Setiap hari aku akan berlatih sambil mengutuhkan dan meluaskan kawasan ini dengan magik pertahananku. Frengis mula dapat berehat dan kadang-kadang dia turut mengekoriku ke hujung benteng sebagai langkah berjaga-jaga. Dia juga tidak menyangka aku dapat meluaskannya sehingga dapat mewujudkan kawasan seolah perkampungan kecil.
Hampir senja akhirnya Luk pulang dan aku terus menyambutnya di depan pintu. Aku lega dia dapat pulang dalam keadaan selamat. Mengagak dari masa yang berlalu, ternyata rumah ini tidak begitu jauh dari sempadan masuk membuatkan aku tidak lagi risau jika Luk keluar seorang untuk ke sempadan.
"Kenapa kau tunggu aku? Kau ni bosan sangat ke?" Soalnya sambil menepuk kepalaku lembut lalu mengusap kasar.
"Saya tak tahu nak buat apa bila Luk tak ada," balasku jujur membuatkan Luk tersengih besar.
"Apa yang Yui dan lain-lain buat sampai aku balik pun senyap je," balasnya lalu memanggil mereka dari luar dan keadaan mula kecoh apabila Luk tidak menyangka bahawa mereka senyap kerana sedang menikmati kolam air panas. Aku melihat beberapa orang yang dibawa Luk tadi. Wajah mereka sememangnya tidak dapat digambarkan. Pelbagai reaksi yang mereka tunjukkan dan mereka kelihatan kesejukan sambil melihat sekeliling. Sama seperti waktu aku menjejakkan kaki ke sini, mereka yang lain merenung tajam pada pendatang baru.
YOU ARE READING
Deadass
FantasyMuka yang pucat dan bermata merah ibarat permata, rambut hitam pekat ibarat dakwat. Hanya berlatarbelakangkan anak kepada seorang gundik dia menjadi kelas bawahan dalam istana. Dengan ciri-ciri yang seolah ciri-ciri seekor demon, dia dituduh sebagai...