Bab 42

77 9 2
                                    

Flashback

Demon yang bersayap dan berwajah hodoh dengan tubuh berwarna merah mendarat tepat pada kepala deadass yang tergolek. Tubuhnya dipenuhi dengan api hitam yang membara membuatkan dia kelihatan bahaya.

"Haaa... Si celaka tu. Daripada kau bunuh dia lebih baik kau gunakan dia untuk terus menguasai bumi ni dan hancurkan mereka yang lain," ujar demon tersebut. Dia mula ingin mencapai kepala itu dengan kuasa gelapnya. Namun pergerakannya terhenti apabila secara tiba-tiba satu cahaya muncul dengan terang.

"Hahhaha... Seperti yang aku jangkakan dari penderhaka. Rancangan kau sememangnya kotor dari dulu," ujar satu cahaya yang turut bersayap berdiri bersebelahan tubuh Deadass yang tidak berkepala.

"Ahh... Remiel. Tak, Diwon... Kau tak habis-habis cuba kacau rancangan aku. Kau masih nak tunjukkan yang kau pengikut yang setia dengan mengganggu aku?" Soalnya dengan senyuman senget namun berpeluh dingin melihat cahaya tersebut seakan menemui pesaingnya.

"Hahhaha... Tidak tidak... Raja alam sangat gembira bila kau mencabar ciptaannya. Tapi... Ia tak menyeronokkan lagi bila dunia ni terhapus apabila Raja Alam masih belum menginginkannya. Aku di sini hanya memastikan segalanya seimbang. Raja Alam sangat menyayangi peliharaannya kau tahu. Tak mungkin dia hanya ingin melihat dunia yang diciptanya musnah begitu sahaja," balas Remion atau dikenali sebagai Diwon pada makhluk bumi bersahaja sambil menyilangkan tangannya.

"Peliharaan ha? Jadi kau gembira yang kita hanya sekadar mainan dan manusia yang kosong dan jauh lebih lemah ni dianggap peliharaan? Ia sesuatu yang takkan aku terima. Kau lihat sendiri bukan? Berapa ramai mereka melutut pada aku lebih dari Raja Alam yang menciptakan mereka hanya untuk kuasa kecil dari aku yang aku tunjukkan? Kah kah kah... Aku dah buktikan manusia tak pernah puas dari terus menghancurkan. Budak ni juga... Buktinya," ujarnya dengan sinis.

"Hmm... Kau makin sombong setiap kali aku jumpa kau Belial. Patut ke aku ingatkan kau semula bagaimana sakitnya cuba berkata buruk pada Raja Alam. Kau bertuah, Raja Alam masih tak izinkan aku membunuh kau. Mungkin jutaan kematian keturunan kau masih tak cukup untuk peringatan," ujar Diwon dengan pandangan membunuh membuatkan Belial tersentak. Mimpi ngerinya dicederakan sewaktu dia dibuang dari kerajaan langit membuatkan dia gementar. Malah keturunannya juga dibunuh dan diburu oleh pengikut Diwon yang hanya diberi secebis kekuatannya masih segar di ingatannya. Jika bukan kerana dia telah dijanjikan akan terus hidup sehingga bumi ini musnah seperti yang Raja Alam kehendaki tentu saja dia tidak lagi ada di sini.

"Haha... Kau sendiri tahu Raja Alam mengabulkan permintaan aku dan dia memberi aku masa sehingga dunia ini terhapus untuk aku buktikan bahawa manusia... Tidak sehebat dan seagung aku. Yang sepatutnya menjadi kegemaran Raja Alam adalah aku! Bukan manusia! Kenapa... Kenapa?!! Makhluk lemah dan kotor ni menjadi kegemarannya? Kenapa?!! Hanya sebab aku tak setuju manusia adalah makhluk teragung... Dia mengusir aku. Ia tak adil. Aku sepatutnya di kedudukan yang paling agung berdekatan dengan Raja Alam!" Ujar Belial dengan marahnya. Aura kegelapannya membuatkan kawasan sekeliling hampir hancur.

"Sombong, tamak, gelojoh, nafsu, malas, dengki, baran. Semua tu ada pada kau Belial. Sikap yang Raja Alam tahu ada pada kau tapi dia masih terima kau sebagai salah satu hambanya tapi kau... Masih tak sedar bahawa dia adalah mutlak sehingga kau sanggup jatuh sejauh ni. Kau tak patut mengingkar. Ia lebih baik dianggap sebagai mainan daripada sampah. Kuasa kegelapan yang ada pada kau dah cukup membuatkan dunia sengsara. Raja Alam masih fikirkan tentang kau dengan meletakkan kau di tempat yang sesuai. Sayang satu-satunya yang perlu kau kesalkan hanya kau tak dapat lagi bertemu dengan Raja Alam lagi. Kau hanya diusir tapi kewujudan kau tidak dihapuskan. Bukankah kau sangat bertuah? Kau patut berterima kasih pada Raja Alam," ujar Diwon lagi dengan tenang sambil menyilangkan tangannya.

DeadassWhere stories live. Discover now