Bab 24

102 17 0
                                    

Kami terpaksa berhenti untuk memberi makan kepada gadis yang terpaksa kami bawa. Aku membina api untuknya membakar haiwan buruanku. Dengan pantas, dia melahapnya sehingga tidak ada apa yang tinggal selain tulangnya. Kami semua hanya memandangnya dengan senyap sehingga dia selesai makan.

"Kamu... Bukan dari tempat ni kan? Mereka ni makhluk apa?" Soal gadis itu perlahan.

"Kau dah selesai makan? Nampaknya kita boleh lanjutkan perjalanan," ujarku dan mula bangun dari dudukku.

"Tapi saya baru je habis makan. Lagipun, apa yang sebenarnya awak cuba cari? Kita langsung tak berhenti," soalnya kelihatan resah lalu berdiri sambil memeluk tubuhnya yang kelihatan dingin.

"Ka mi cu ba da patkan pe nempa tan yang ba ru. MiLord... Ma hu pe nem patan yang ja uh da ri ma nusi a," ujar Frist sepatah demi sepatah.

"Penempatan? Tapi semakin dalam kita ke tengah neraka Beku, tempat ni semakin dingin dan ribut di sini tak kan pernah berhenti. Ia satu keajaiban tak ada ribut di sini. Saya sendiri tak menyangka dapat terus hidup sehingga ke sini," ujarnya lagi.

"Kau sepatutnya mula sedar yang kau bukan lagi di kalangan manusia. Aku syorkan kau pergi pulang semula ke puak kau," ujarku dan ingin berlalu pergi.

"Tapi saya! Dah tak ada lagi tempat untuk pulang," ujarnya dengan raut yang sedih. Aku tidak menghiraukannya dan ingin meneruskan perjalananku.

"Mereka menjadikan saya korban untuk salji berhenti dan supaya raksasa tu tak menyerang kami sepanjang musim sejuk. Lagipun mustahil untuk saya dapat pulang seorang diri dari tempat ni. Tolong bawa saya bersama, saya janji akan jadi berguna pada awak," ujarnya merayu. Aku terus menghentikan langkahku dan memandangnya dingin.

"Apa yang kau boleh buat dengan tubuh selemah tu? Kami tak perlukan makanan, minuman atau apa-apa sahaja yang diperlukan hidupan hidup. Apa saja yang kau mampu sediakan untuk kami?" Soalku dingin dan dia terdiam. Aku melarikan pandanganku dan kembali ingin melangkah pergi.

"Saya boleh bernyanyi dan menari," ujarnya membuatkan aku kembali memandangnya pelik.

"Ia mungkin sesuatu awak fikir tak berguna tapi saya mungkin boleh jadi hiburan untuk awak," ujarnya lagi penuh yakin.

"Kau pandang rendah pada aku ke?" Soalku mula terasa dengan apa yang dia fikirkan tentangku.

"Tidak sama sekali! Saya yakin saya akan jadi berguna pada awak satu hari nanti. S-saya cuma nak ikut. Tolonglah terima saya. Saya sanggup jadi hamba. Jika perlu awak boleh bunuh saya dan jadikan saya pengikut awak sama seperti awak lakukan pada lelaki besar tu," ujarnya mula menangis. Aku hanya terdiam dan memandang Luk yang hanya senyap di sisiku yang sentiasa mengekoriku tanpa bersuara.

"Kau mengikut kami hanya berakhir dengan kematian dan aku tak menghidupkan sembarangan. Aku pilih yang layak," kataku dingin membuatkannya menggengam hujung bajunya seakan menahan diri dari terus menangis.

"Saya tak tahu. Saya cuma fikir yang awak boleh saya percayai. Saya tak ada tempat untuk balik. Ke mana pun saya pergi saya yakin hanya akan berakhir dengan kematian. Mungkin awak fikir dengan melepaskan saya dari tempat tu sesuatu yang kecil tapi bagi saya ia satu kebaikan yang besar buat saya. Awak dah selamatkan saya dari situ. Nyawa saya sepenuhnya untuk awak. Saya sanggup untuk terima apa saja dari awak. Lagipun walaupun saya balik ke sana... Pengakhirannya akan sama dan tidak berubah," ucapnya kelihatan terdesak.

"Haih... Kau memang seseorang yang degil. Aku sendiri mungkin akan bunuh kau kalau aku rasa kau menjengkelkan," balasku dengan pandangan malas.

"Mungkin takdir saya sememangnya begitu. Saya menerimanya sekarang. Saya tak kan menjerit atau menolaknya lagi. Saya cuma harap awak lakukannya dengan segera. Saya takut sakit," ujarnya dengan senyuman dalam tangisan dan mula pasrah. Melihatnya yang sanggup pergi sejauh ini membuatkan aku rasa tidak berguna lagi untukku cuba melenyapkannya. Aku tak mahu membunuh sesiapa yang tidak bersalah.

DeadassWhere stories live. Discover now