Selesai bermain aku keluar dari rumahku. Tanpa sedar 6 jam sudah berlalu dan kini manaku cukup untuk aku menyembuhkan tanganku. Tanpa menunggu aku terus menggunakan kuasa [heal] dan tanganku terus menjadi sempurna.
"Kami pergi berburu. Jangan lupa pesan aku. Jangan keluar seorang diri," kata Luk sambil keluar dari kediaman kami. Dia membetulkan tangan palsu yang diperbuat dari besi supaya ia kekal berfungsi sepanjang pemburuan.
"Tak boleh ke saya ikut?" Soalku.
"Betul ke kau nak ikut? Kalau buaya tu datang lagi macam mana? Tak takut ke~?" Soal Jazeel tersenyum sinis. Aku hanya memaparkan wajah tidak berperasaan.
"Tak sebab kali ni Luk ada," balasku selamba.
"Haih... Susah juga kalau terlalu berani ni," balas Jazeel pasrah.
"Harini kau tak perlu ikut. Kalau kau ikut, aku pasti cuma lagi marahkan Yui. Kau patut sentiasa ada depan mata dia waktu ni," ujar Luk membuatkan aku terdiam. Apa yang dikatakannya sememangnya tiada yang salah.
"Jangan risau... Kami akan perhatikan dia. Beta fikir lebih baik untuk Frengis dan Yui berehat secukupnya," kata Putera Ainz tiba-tiba berdiri di sisiku.
"Hmm... Baiklah. Is, kau jaga diri dan jaga sikap," kata Luk tegas.
"Budak baik... Budak baik... Jangan nakal-nakal," kata Jazeel sambil menggosok kepalaku. Aku hanya terdiam melihat mereka benar-benar pergi.
"Mereka percayakan tuan muda," ujarku seolah tidak percaya bahawa mereka dengan mudah memberi kawasan ini untuk dijaga oleh Putera Ainz dengan orang-orang yang dibawanya.
"Macam mana kalau adik panggil abang... Abang saja?" Soal Putera Ainz sambil menyamakan ketinggiannya denganku.
"Ha? Kenapa tiba-tiba?" Soalku menjauhinya.
"Haha... Abang tahu kamu tak selesa dengan perkataan dari istana. Jadi sekurangnya antara kita... Apa kata kita tak perlu formal. Lagipun memang hakikat kita ni adik-beradik kan? Walaupun tidak seibu," ujarnya dengan senyuman manis.
"Tapi saya anak kep-"
"Siapa ibu kamu dah tak penting. Lagipun... Dia pun tak layan kamu dengan baik kan? Kamu memang takkan sesekali macam dia. Abang dah lihat dari awal. Kamu memang sangat berbeza dari orang-orang istana. Sebab itu juga... Abang nak lebih rapat dengan kamu. Macam mana? Boleh panggil saya abang?" Terangnya dan tersenyum manis kepadaku.
"Saya fikir... Itu terlalu awal," balasku sambil mengerutkan dahi.
"Hm... Apa kata kalau abang tunjukkan sesuatu yang lebih menyeronokkan kalau kamu panggil abang 'abang'. Ia lebih menyeronokkan dari mainan yang tadi," katanya membuatkanku tertarik.
"Ada yang lebih menyeronokkan? Apa dia?" Soalku semula ingin tahu.
"Hemhem... Kamu tahu apa yang perlu dibuat kalau kamu nak tahu kan?" soal putera Ainz. Aku memandangnya lama dan dia terus tersenyum kepadaku seolah berkeras tidak mahu memberitahuku selagi aku tidak memanggilnya dengan panggilan yang dia mahukan. Aku mengeluh berat, tidak apa yang rugi kalau aku menurut apa yang dia mahukan.
"Abang Ainz," kataku perlahan dengan wajah memerah.
"Ya? Adik nak apa?" soalnya sambil terus memandangku dengan senyuman yang semakin melebar. Aku rasa semakin kekok apabila dia terus memandangku.
"Benda yang menyeronokkan, tunjukkan pada saya," balasku sambil memandang tanah.
"Adik salah sebut dan tak sebut tentang abang... Hm hm," katanya dan masih tersenyum nakal.
"Erk... Adik nak lihat benda yang menyeronokkan tu, Abang Ainz," balasku dan aku rasa wajahku kini membahang. Dia tersenyum lebar dan mencapai tanganku.
YOU ARE READING
Deadass
FantasyMuka yang pucat dan bermata merah ibarat permata, rambut hitam pekat ibarat dakwat. Hanya berlatarbelakangkan anak kepada seorang gundik dia menjadi kelas bawahan dalam istana. Dengan ciri-ciri yang seolah ciri-ciri seekor demon, dia dituduh sebagai...