MWH | PROLOG

1.9K 108 4
                                    

Januari 2024

SUARA bingit daripada para penyokong yang memenuhi stadium langsung tidak menganggu fokusnya untuk terus mengelecek bola sehingga melepasi half line padang itu.

"Irfan!"

Irfan mengerling sekilas ke kanan. Terus dia membuat sepakan through ball kepada Basyir.

Basyir menyambut bola tersebut dengan cekap sebelum dia melakukan percubaan ke arah pintu gol.

Sayang, sepakannya sedikit tersasar sekaligus menyebabkan bola itu melepasi gawang gol dengan jurang jarak yang kecil.

Basyir mengeluh hampa.

Kalaulah bola itu masuk, pasti pasukan mereka dah dapat mendahului pasukan lawan dengan mata dua berbalas kosong.

"Bas!"

Basyir menoleh.

Irfan angkat ibu jari, memberi isyarat bagus kepadanya. Dia akui, tendangan lelaki itu sudah cukup cantik, tapi malangnya Basyir terlalu tergesa-gesa dalam menjaringkan gol.

Jika lelaki itu dapat fokus dan bertenang, Irfan yakin rakannya itu akan dapat membawa mata tambahan kepada pasukan mereka.

Basyir sekadar mengangguk sambil tersenyum nipis. Ibu jari turut diangkat kepada Irfan sebagai balasan.

Perlawanan disambung semula dengan sepakan goal kick oleh penjaga gol pasukan lawan.

Basyir menangkap bola yang melayang di udara dengan kemas menggunakan taktik chest trapping.

Dia kemudiannya berlari bersama bola itu melepasi beberapa pemain pertahanan pasukan lawan sebelum dihantar kepada Irfan.

Irfan terus melakukan tendangan bebas jarak jauh kepada Yousuff yang berada di sisi kiri padang sebelum dia meluru masuk ke dalam kotak penalti, bersedia untuk menyambut semula bola daripada rakan sepasukannya untuk menjaringkan gol.

Yousuff memeriksa kedudukan Irfan. Bola disepak tepat ke arah lelaki itu.

Irfan segera melompat untuk menanduk bola tersebut namun berjaya ditangkap oleh penjaga gol pihak lawan.

"Now! Counterattack!"

Penjaga gol langsung melakukan goal kick ke arah pasukannya yang sudah memasuki kawasan pasukan lawan.

Bola bergerak dengan laju menghampiri kotak penalti tapi Sufi selaku penjaga gol Anklers FC berjaya melakukan clear bagi menyelamatkan keadaan.

Memasuki minit ke-89 perlawanan, ball possession berpihak semula kepada pasukan Irfan.

Sufi melakukan hantaran leret kepada Yousuff.

Yousuff berlari bersama bola di kaki sebelum dihantar kepada Basyir yang berada di sayap kiri padang.

Basyir menggelecek dengan penuh cekap melepasi beberapa pemain lawan sebelum dia membuat tendangan lambung ke arah Irfan yang sudah bersedia di depan kotak penalti.

Kaki Irfan melakukan tendangan volley yang kencang melepasi penjaga gol pasukan lawan sekaligus membawa mata yang kedua kepada pasukannya.

Sorakan daripada para penyokong serta-merta bergema memenuhi setiap sudut stadium. Bendera turut dikibarkan sambil diiringi dengan pukulan gendang dan tiupan hon yang kuat.

Irfan tenggelam dalam pelukan ahli pasukannya. Pun begitu, senyumnya langsung tak lekang dari bibir. Masing-masing gembira dengan gol yang diperoleh.

Beberapa minit kemudian, pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat dengan keputusan penuh Anklers FC 2:0 The Blue Killers.

Kedua-dua pasukan saling bersalaman usai tamat perlawanan.

Anklers FC menuju ke bilik persalinan dengan penuh keriuhan. Kemenangan ke atas The Blue Killers membolehkan pasukan mereka mara ke perlawanan suku akhir menentang The Guardians.

"Menang pun menang juga, tapi jujur aku cakap, aku langsung tak puas hati dengan game tadi."

Kata-kata Basyir berjaya menarik perhatian ahli Anklers FC yang lain.

Dahi mereka berkerut. Jelas menunjukkan mereka semua tak faham dengan maksud lelaki itu.

"Kau tak puas hati pasal apa?" Sufi rehatkan lengannya pada bahu Basyir dengan penuh santai.

"Kalau ikut perkiraan aku, kita boleh jaringkan lima gol kut tadi. Tapi sebab palang gol yang tak guna tu, gol kita dua aje. Dahlah dia asyik block shoot aku. Sekejap kena palang atas, sekejap kena palang tepi. Yang Irfan punya elok aje masuk. Dasar palang gol select! Aku dislike dia!" Laju mulut Basyir bergerak, menyuarakan rasa tak puas yang disimpan sejak tadi.

"Dua lagi elok daripada kosong, Bas. Lagipun kau tak boleh salahkan palang tu kalau shoot kau tu sendiri yang suck."

Terus saja Basyir menarik rambut Sufi sehingga kepala lelaki itu terdongak ke atas. Geram bila teammate sendiri tak tolong backup. Makin menyakitkan hati adalah.

Sufi hanya ketawa. Sedikit pun dia tak marah dengan perbuatan kasar Basyir.

"Sufi betul, Bas. Aku perasan yang kau terlalu rushing masa nak shoot bola tadi. Sebab tu, curve kau lari dan bola terkena palang." Irfan bersuara setelah menjadi pendengar sedari tadi.

"See? Irfan pun kata cara kau shoot tu suck," bisik Sufi di tepi telinga Basyir. Sengaja mahu menjadi batu api.

"Dahlah, kau! Tak payah nak dekat-dekat dengan aku!"

"Aku nak dekat-dekat juga."

"Jauhlah!" Basyir tolak dada Sufi supaya menjauh menggunakan segala kudratnya.

"Tak nak."

Irfan sekadar menggeleng melihat tingkah mereka berdua.

Empat tahun menjadi kapten Anklers FC, dia dah masak dengan ragam Basyir dan Sufi yang selalu bertikam lidah setiap kali ada peluang.

Nak dimarah, mereka bukannya budak-budak yang berumur empat, lima tahun. Dah besar panjang belaka. Siap boleh jadi bapak budak dah!

"Team kita menang hari ni. Kau nak pergi jumpa dia ke?"

Irfan menoleh. Baru dia perasan dengan kehadiran Yousuff yang berjalan di sebelahnya sejak tadi.

"Memang aku akan pergi jumpa dia tiap kali kita habis game. Tak kira menang atau kalah."

Yousuff terangguk-angguk kecil.

Irfan diam memerhati reaksi rakannya. Sepertinya ada benda lain yang lelaki itu mahu beritahu.

"Kenapa? Kau nak ikut ke?"

Yousuff kaget.

"Kau boleh baca fikiran aku ke apa?"

Irfan tergelak.

"Aku teka je. Jadi betullah yang kau nak ikut sekali?" soalnya, inginkan kepastian.

Lambat-lambat Yousuff mengangguk.

"Aku boleh ikut kau, kan?"

"Kenapa pula tak boleh? Kau pun kawan dia juga."

Dan Yousuff senyum lega.



EDITED | 29th AUGUST 2024
14:00 PM

My Worst Half [C]Where stories live. Discover now