IRFAN mengiring menghadap Sara. Sebelah tangan menongkat sisi kepala sambil dia merenung isterinya yang masih nyenyak dibuai mimpi.
Malam semalam entah berapa kali wanita itu berulang-alik ke tandas untuk memuntahkan isi perutnya. Irfan sendiri sudah hilang perkiraan. Hanya selepas subuh, barulah Sara dapat melelapkan mata dan tidur dengan lena.
Irfan usap perut Sara di sebalik baju. Tersenyum dia tatkala merasakan perut kempis itu sudah mula menunjukkan bentuk. Sara dah ada baby bump!
Terus dia membawa mulutnya mendekati perut Sara, mahu berbicara dengan anak kecil di dalam kandungan itu.
"Assalamualaikum, anak baba. Your handsome baba is here."
Ayat itu adalah ayat yang wajib dituturkan oleh Irfan setiap kali dia ingin memulakan bicara dengan anaknya. Irfan nak anaknya rasa bangga kerana ada ayah yang kacak sepertinya.
Dia kuat perasan? Tak.
Dah memang itu kenyataannya. Siapa dengki, dia jealous.
"Don't be too hard on your mom. Anak baba baik, kan? Jadi kena behave. Jangan buat mommy muntah dan sakit. And please... take it easy on her. Kalau nak makan apa-apa, bagitahu mommy. Nanti baba pergi beli. Okey?"
"Baby nak makan nasi lemak."
Mata Irfan langsung naik mencari wajah Sara. Isterinya sudah terjaga dari lena.
"Hey..." Irfan senyum manis.
Sara balas dengan senyuman lembut.
"Good morning?" Satu kucupan ringkas dihadiahkan pada dahi isterinya.
"It's noon, abang. Almost zohor dah."
"Oh, tahu rupanya. Ingatkan tak tahu." Irfan melirik penuh makna.
Sara mencebik.
"Nak perli oranglah tu." Tubuh diangkat untuk bangkit dari perbaringan.
Irfan masih lagi berbaring mengiring sambil menongkat sisi kepala.
"Sayang nak makan nasi lemak?"
Sara jatuhkan kepala sebanyak dua kali.
"Nasi lemak ayam goreng berempah to be precise."
"Amboi, demand!"
"Bolehlah eh, Irfan? Please..." Sara buat muka comel.
Tekaknya betul-betul teringin mahu menjamah nasi lemak ayam goreng berempah ketika ini. Memang nikmat kalau dia dapat makan nasi lemak itu bersama sambal ikan bilis dan ayam goreng berempah yang rangup dan panas.
Sara terus jilat bibir yang terasa kering. Berkecap-kecap mulutnya membayangkan kelazatan nasi lemak itu. Perut juga sudah mula berkeroncong meminta untuk diisi. Dia lapar!
Irfan terpaksa ketap bibir untuk menahan diri daripada ketawa. Sampai macam itu sekali isterinya terliur.
"Okay, let's go." Tangan Sara ditarik agar mengikutinya.
Sara panik.
"Eh! Nak pergi mana?"
"Kata nak makan nasi lemak?"
"Tapi Sara tak mandi lagi. Isteri abang ni busuk, tahu tak? Sekali angkat ketiak, bunga pun boleh mati."
Irfan ketawa terbahak-bahak. Kepala yang ditongkat, jatuh ke permukaan katil akibat terlalu banyak tergelak.
Apa? Sara ingat hidup ni sama macam kartun ke?
"Kalau Sara kentut, abang percayalah juga. Bukan setakat bunga, dengan abang sekali boleh pengsan kalau bau."
YOU ARE READING
My Worst Half [C]
RomanceMUHAMMAD IRFAN | NUR SARA Bagi Sara, Irfan itu menjengkelkan. Ada saja cara lelaki itu untuk menyakitkan hatinya. Apa saja yang dia nak, mesti lelaki itu akan rampas. Mula-mula buku, kemudian nasi, selepas ini apa pula? "Hati kau maybe?" ㅡ Tuah Nad...