MWH | 40

470 39 6
                                    

"AARGGHH! Irfan!"

Irfan kaget. Secepat kilat dia bangkit dari perbaringan bila namanya dilaung dengan kuat oleh Sara dari dalam bilik air. Langkah diatur bersama perasaan cemas.

"Sayang? Are you okay?" Pintu bilik air dibuka seluas-luasnya.

Sara sedang merenung pantulan dirinya pada cermin dengan riak wajah yang tak dapat ditafsirkan oleh Irfan.

"Sayang?" seru Irfan, lembut.

Lambat-lambat Sara memusingkan badannya agar menghadap Irfan dan serentak itu, tangisannya pecah.

Irfan panik. Lantas didekati isterinya sebelum Sara dipeluk erat. Diusap-usap rambut dan belakang wanita itu untuk menenangkannya.

"Kenapa ni? Jangan buat abang risau."

Sara tolak pinggang Irfan untuk meleraikan pelukan. Suaminya direnung bersama mata yang berkaca-kaca dan bibir yang tersebek seperti ingin menangis lagi.

"Ini apa?" Leher sendiri ditunjuk.

"Ini apa, abang?" Suaranya bergetar, menahan tangis daripada pecah.

Mata Irfan terus turun memandang leher Sara. Dagu isterinya dipagut seraya diangkat perlahan, mahu melihat leher jinjang itu dengan lebih jelas.

'Cop mohor' yang berbekas di leher itu disentuh lembut. Irfan gigit hujung bibir, menahan senyum daripada melebar.

"Who bites you? Nyamuk mana yang gatal gigit sayang abang ni? Tell me. Malam ni abang bunuh dia dengan ridsect," tutur Irfan, selamba. Sengaja buat-buat tak bersalah sedangkan dia punca terjadinya gigitan-gigitan cinta itu.

Kenapa gigitan-gigitan? Sebab banyak!

"Nyamuk mana?" Penuh geram Sara ulang ayat Irfan. Kecil besar kecil besar saja lelaki itu pada matanya kini.

"Nyamuk mana lagi kalau bukan abang!" Tangan Irfan yang mengusap lehernya ditepis kasar.

Sumpah, dia rasa macam nak menangis bila melihat lebam berwarna merah yang memenuhi setiap inci lehernya tadi. Kalau sikit, tak apalah juga. Sekurang-kurangnya dia boleh cover lagi. Ini banyak! Mahunya jenuh nak tutup pakai concealer nanti.

Tambah lagi, esok mereka akan bertolak balik ke Malaysia. 'Tanda-tanda' itu bukannya boleh hilang semalaman. Malulah dia nak hadap Puan Raudhah dan Nek Siah nanti.

"Sorrylah, abang tak sengaja. You're just too tempting so there's no way I can control myself. Sorry." Pipi kanan Sara cuba disentuh, namun isterinya lebih cepat berundur dan menjauhkan diri.

"No! Don't touch me! Starting from now on, you are forbidden to manipulate me with your touch."

Irfan terkedu. Forbidden?! Dilarang?! Sampai macam tu sekali Sara marahkan dia?!

"It's not fair, Sara."

"It is."

"No, it's not. Sara tak boleh salahkan abang seorang dalam hal ni. It's not entirely my fault. Abang is innocent."

Geram Sara semakin memuncak.

"Innocent? You did this to me, abang." Sekali lagi, lehernya ditunjuk.

"Ya, memang abang yang buat, tapi ingat... you kissed me first. Bibir ni..." Irfan tunjuk bibirnya. "...was kissed by you."

Sara terdiam. Tiba-tiba dia mati kata untuk membalas. Tak semena-mena adegan malam semalam kembali terimbas di fikiran. Spontan dia gigit bibir bawah. Wajah berbahang menahan malu dan segan.

My Worst Half [C]Where stories live. Discover now