SEKONYONG-KONYONG, rongga hidungnya disapa dengan bau minyak wangi seseorang. Irfan berkerut. Macam kenal aje perfume ni.
Langsung kepala dipanjangkan untuk mengintai sambil dia mencangkung, membasuh motor di laman rumah.
"Ibu! Nak pergi mana?"
Tipikal anak yang tak boleh tengok ibu melawa sikit. Mesti nak tanya pergi ke mana.
"Hospital!"
Irfan apa lagi? Terus dicampak span ke dalam baldi berisi air sabun lalu dia meluru ke arah Puan Raudhah dalam keadaan berkaki ayam. Panik bila nama tempat itu meluncur dari bibir ibunya.
Kenapa? Puan Raudhah sakit ke?
"Eh! Jangan pegang ibu! Tangan awak tu ada sabun, tahu? Nanti habis kotor baju ibu."
Irfan pandang tangannya sejenak sebelum dia bertindak mengelapnya pada baju yang dipakai.
Mata Puan Raudhah membuntang. Terus tangannya naik menepuk belakang badan Irfan.
"Baru semalam ibu basuh baju tu, hari ni kena basuh balik!"
"Pandai-pandailah Irfan basuh sendiri nanti. Ibu tu, kenapa nak pergi hospital? Ibu sakit ke?" Kelam-kabut Irfan memegang dan memusingkan tubuh Puan Raudhah, mencari sekiranya ada luka atau kecederaan, namun tiada.
Semuanya baik.
Sendi-sendi bercantum dengan elok.
Tiada tulang-temulang yang patah.
Hatta segores luka pun tiada.
Jadi kenapa Puan Raudhah mahu pergi ke hospital?
"Bukan."
"Habis tu?"
"Ibu nak pergi lawat kawan ibu. Kenal aunty Salmah?"
Irfan menggeleng polos.
Kalau jiran-jiran terdekat mereka, dia kenallah juga. Tapi kalau kawan Puan Raudhah? Awal-awal lagi dia dah kirim salam.
Circle ibunya lagi banyak dan besar daripada circle dia. Nak ingat nama seorang pun payah.
"Ibu dah agak! Menyesal tanya tadi."
Irfan tertawa halus.
"Kenapa dengan aunty Salmah? Dia sakit apa?" Sambil-sambil bertanya, tangan Irfan naik membetulkan gelembung tudung Puan Raudhah agar awning ibunya lebih cantik terletak.
"Sakit buah pinggang. Dia baru lepas jalani pembedahan, jadi ibu nak pergi tengok keadaan dia macam mana."
Irfan membulatkan mulut tanpa mengeluarkan suara. Oh, patutlah.
"Kalau macam tu, jom. Irfan hantarkan ibu."
"Tak payah nak mengada. Awak tu mandi pun belum, bau masam lagi. Ibu tak mengaku anak nanti."
Mata Irfan membulat. Terus dia menarik kolar bajunya rapat ke hidung, cuba mencium bau badan yang melekat di situ.
Mana ada busuk pun. Jauh lagi masam.
"Ibu tipu Irfan ke apa?" Irfan pandang ibunya dengan muka tak puas hati.
Sampai macam itu sekali Puan Raudhah tuduh dia semata-mata tak mahu anak sendiri hantarkan. Kecil hati Irfan.
"Tak ada masa kita nak tipu dia. Memang awak tu tak mandi lagi. Last mandi pun masa subuh tadi, kan?"
"Still, Irfan tak busuk, tahu? Masam pun tak."
"Tak busuk tak semestinya wangi. Dahlah, ibu dah lambat ni. Kesian Grab tu tunggu ibu. Nak balik nanti, ibu call awak, suruh jemput."
Nak tak nak, terpaksalah Irfan jatuhkan kepala dengan penuh tak rela. Nasib baik Puan Raudhah minta dia tolong jemputkan nanti. Kalau tak, memang Irfan dah ikat ibunya dalam rumah, suruh jangan keluar.
YOU ARE READING
My Worst Half [C]
RomansMUHAMMAD IRFAN | NUR SARA Bagi Sara, Irfan itu menjengkelkan. Ada saja cara lelaki itu untuk menyakitkan hatinya. Apa saja yang dia nak, mesti lelaki itu akan rampas. Mula-mula buku, kemudian nasi, selepas ini apa pula? "Hati kau maybe?" ㅡ Tuah Nad...