MWH | 12

546 55 5
                                    

BUNYI hon kereta yang ditekan kuat mengalihkan perhatian Sara yang ralit membaca sesuatu di telefon. Berkerut dahinya melihat sebuah kereta Proton X50 berhenti di depannya tika ini.

Sara pandang kiri dan kanan.

Tiada sesiapa di situ melainkan dia. Jadi kepada siapa pemandu kereta itu membunyikan hon? Dia ke? Tapi dia tiada kenalan yang mempunyai kereta seperti itu.

Sara tunduk semula, menyambung pembacaan yang terhenti. Dia cuba mengabaikan kehadiran kereta berwarna biru itu tapi sekali lagi, bunyi hon kedengaran.

Kali ini, cermin kereta sudah diturunkan dan Sara dapat melihat dengan jelas wajah Tuah yang berada di tempat duduk pemandu. Matanya langsung membulat besar.

"Tuah!"

Terbahak-bahak Tuah ketawa melihat reaksi Sara yang jelas terkejut dengan kemunculannya.

"Kau nak balik, kan? Jom! Biar Tuah Nadim ni..." Tuah tepuk dada sambil senyum bangga. "...yang hantar."

Sara terus bangun mendekati kereta itu. Kepala dijenguk ke dalam tanpa ada niat untuk memasukinya. Interior dalam kereta Tuah diperhati.

Fuh, classy betul! Dahlah wangi. Bersih pula tu!

"Ini kereta kau ke? Bila masa kau beli? Kalau kau boleh drive, maksudnya kau dah ada lesenlah, kan? Kenapa aku tak tahu?" tanya Sara, bertalu-talu.

"Masuk dulu, baru aku jawab."

Sara tak tunggu lama untuk membuka pintu kereta itu lalu memasukinya. Jimat duit dia sebab tak perlu balik dengan bas hari ini.

"Okay, so?"

Tuah toleh ke arah Sara sejenak. Keningnya bertaut kehairanan.

"Apa?" soalnya, pura-pura tak faham.

Sara terus buat muka. Tanpa amaran, bahu Tuah dihempuk kuat dengan file keras di tangan.

Lelaki itu terus mengaduh sakit bersama muka yang berkerut seribu. Nasib baik fokus pemanduannya tak tersasar. Kalau tak, memang kena ambil STPM dekat hospitallah nanti!

"Main kasar eh kau? Ada nanti dua-dua masuk kubur kang!"

"Kaulah! Siapa suruh buat-buat tak ingat?"

"Gurau ajelah. Takkan itu pun tak boleh?" Tuah tarik muncung manja.

"Buat lagi macam tu, memang sekarang juga aku buat kita berdua masuk kubur."

Tuah kecut perut.

Memang dia tahu yang dia dulu ungkit pasal masuk kubur tadi, tapi kenapa bila Sara sebut, bunyinya jadi menakutkan?  Buatkan bulu romanya meremang!

"Kan aku dah cakap, aku gurau aje tadi. Relaxlah sikit."

"Sementara aku masih relax ni, baik kau jawab soalan aku cepat. Kalau tak..." Sengaja Sara biarkan ayatnya tergantung, mahu Tuah lebih takut.

"Yalah, yalah! Nak jawablah ni."

Sara diam. Menanti lelaki itu untuk meneruskan kata.

"Untuk soalan kau tadi... Ya. Memang aku dah ada lesen. In fact, dah nak dekat setahun sejak aku dapat. Tapi baru sekarang aje aku berani bawa nak kereta ke sekolah."

"So, kereta ni memang kereta kaulah?"

Tuah geleng.

"Bukan aku punya, tapi abang ipar."

"Eh? Dia bagi kau guna macam tu aje? Tak takut tercalar ke nanti?"

"Of course tak. Aku ni adik ipar kesayangan dia. Mestilah dia percayakan aku untuk bawa kereta dia elok-elok."

My Worst Half [C]Where stories live. Discover now