MWH | 42

443 40 4
                                    

Beberapa bulan kemudian...

SKUAD Anklers FC memulakan kembali sesi latihan seperti biasa di bawah kendalian jurulatih mereka bagi mempersiapkan diri menghadapi perlawanan persahabatan menentang pasukan dari negeri Sabah, Sabtu ini.

Irfan sedang melakukan one to one passing bersama Yousuff.

Sedang asyik berlatih, mata Yousuff tiba-tiba menangkap susuk tubuh seorang wanita yang berdiri di luar padang sambil memerhati mereka. Kecilkan mata, baru dia dapat melihat identiti wanita itu dengan lebih jelas.

"Fan."

Irfan angkat muka. Dagu dihayun ke depan sedikit, bertanya 'apa?' kepada Yousuff melalui bahasa badan.

"Cinta hati kau dah sampai."

Irfan berkerut. Kurang mengerti dengan maksud Yousuff.

Terus Yousuff menjuihkan mulutnya, menunjuk ke arah sesuatu. Langsung Irfan berpaling ke arah yang dimaksudkan. Tersenyum lebar dia bila wajah Sara menyapa kornea mata dari kejauhan.

Sara melambaikan tangannya dalam gerakan kecil. Irfan membalas dengan cara yang sama. Terus ketawa wanita itu dibuatnya. Isyarat dia akan menunggu di bench diberikan kepada lelaki itu.

Irfan mengangguk faham. Makin bersemangat dia nak berlatih dengan adanya Sara di sisi.

"Yousuff, jom tukar tempat. Kau dekat sini, aku dekat sana."

"Dah kenapa pula? Stay ajelah dekat situ," rungut Yousuff, sedikit tak puas hati.

"Aku nak tengok Sara. Kalau dekat sini, manalah nampak. Dia duduk belakang aku."

Yousuff tayang riak menyampah. Ingatkan apalah tadi. Rupanya nak tengok isteri depan mata. Huh!

"Mengada!" Diturutkan juga permintaan Irfan dalam terpaksa.

Makin meluat Yousuff melihat sengihan Irfan usai mereka bertukar tempat. Gatal saja kakinya mahu menendang bola ke muka Irfan saat ini, tapi ditahan sebaik mungkin kerana dia tak mahu mengundang amarah Sara.

Sara kalau mengamuk, singa pun kecut.

Hampir dua jam skuad itu berlatih, coach akhirnya memberi arahan untuk mereka semua berehat.

Irfan merupakan orang yang paling teruja mendengar perkara itu. Habis ditolak semua rakan-rakan sepasukan yang menghalang laluannya untuk mendapatkan Sara.

Terdengar rungutan kecil daripada pemain-pemain Anklers FC susulan tindakan Irfan itu.

"Sayang... miss you..." Tubuh Sara dipeluk erat.

Sufi dan Basyir masing-masing buat aksi ingin muntah. Yousuff menepuk-nepuk bahu mereka, menyuruh supaya bersabar.

Biasalah cringe orang bercinta kita takkan faham. Pergi tandas sekejap pun dah rindu. Padahal masuk tak sampai sejam!

"Orang tengah tengok kitalah!" Naik segan Sara bila berpuluh-puluh mata sedang memandang ke arah mereka kini. Pinggang Irfan cuba ditolak, tapi lelaki itu semakin mengeratkan pelukan.

"Dia orang ada mata, mestilah dia orang tengok."

"Tapi malulah!" bisik Sara, keras.

"Kejap." Sara ditarik agar mengikuti langkahnya tanpa meleraikan pelukan.

Automatik langkah kaki wanita itu bertukar kelam-kabut bila Irfan berbuat demikian. Tak biasa, satu hal. Tak nak terpijak kaki Irfan, satu hal.

"Tak boleh ke kita jalan macam biasa?"

My Worst Half [C]Where stories live. Discover now