BAGASI terakhir diangkat dan dimasukkan ke dalam bonet kereta. Selesai, bonet ditutup rapat. Lalu, Irfan berjalan mendekati Sara yang sedang berpelukan dengan Puan Raudhah.
"Have fun in Bali. Nanti balik sini, bawakan cucu dan cicit untuk ibu dan nenek, ya?" bisik Puan Raudhah, penuh makna.
Pelukan terlerai.
Sara paksa otot muka untuk mengukir senyum biarpun kelihatan janggal pada mata sesiapa. Permintaan ibu mertuanya itu membuat dia sedikit gerun.
"Sara tak janji, tapi kami akan cuba."
Sara rasa macam nak ketuk kepala sendiri usai berkata begitu. Cuba apa, Sara oi?!
"Huh? Cuba? Cuba apa ni?" Irfan kehairanan. Tak faham dengan intipati perbualan antara isteri dan ibunya itu.
Sara buat-buat tak dengar. Sengaja dia menulikan telinga kerana tak mahu diusik oleh Irfan.
"Mestilah kena cuba! Kalau tak, tak adalah hasil dia. Ya tak?"
Sara ketawa penuh kekok.
Irfan masih keliru. Dia cuba memikirkan maksud di sebalik kata-kata itu sebelum pinggir bibirnya perlahan-lahan menarik senyum nakal.
Diam-diam tangan Irfan merayap ke belakang Sara. Diusik, diusap dan sesekali tepi pinggang Sara turut dicuit. Meliuk tubuh si isteri menahan geli.
Sara pandang Irfan geram. Depan nenek dan ibu pun nak buat hal ke?
Irfan tiba-tiba berbisik sesuatu, menyebabkan bulu roma Sara spontan meremang dan mukanya merona merah. Lantas dada suaminya ditolak menjauh.
"Ibu! Tengok anak ibu ni! Dia gatal!"
Irfan ketawa bebas. Sara ditarik merapat lalu Irfan menggeselkan hidungnya pada pipi mulus si isteri.
"Gatal dengan sayang aje."
"Ish! Ibu dan nenek ada ni! Malulah sikit!"
M/akin merah muka Sara bila aksi mesra mereka ditonton oleh Puan Raudhah dan Nek Siah secara terang-terangan. Irfan ni memang tak boleh control langsung perangai gatal dia!
"By the way, ibu nak tanya ni. Wheelchair tu memang tak nak bawa sekali ke? Larat ke menantu ibu nak berjalan jauh ni, Irfan? Ibu risau."
"InsyaAllah menantu kesayangan ibu ni akan okey. Doktor sendiri sarankan Sara supaya banyakkan berjalan. Kalaupun Sara penat, Irfan boleh dukung. Ibu ni... macam tak biasa pula."
"Don't worrylah, ibu. Tengok ni, Sara kuat." Sara angkat lengan kanannya yang kurus tanpa sebarang otot sebagai bukti yang dia kuat.
Irfan mencebik. Kuatlah sangat. Tangan dihulurkan kepada ibunya untuk bersalam. Kemudian, pipi kiri dan kanan Puan Raudhah dicium penuh kasih.
Sara turut buat perkara yang sama kepada neneknya.
"Elok-elok duduk dekat negara orang. Jaga diri elok-elok dan dengar cakap Irfan. Jangan selalu buli dan susahkan cucu menantu nenek. Kalau tak, siap Sara bila balik nanti. Nenek piat telinga tu sampai putus."
Sara menceber bibir. Irfan juga yang nenek kisahkan. Hmph!
"Dah, jom. Nanti jalan jammed, makin lambat kita nak sampai airport."
Sara mengangguk. Dia mengucapkan selamat tinggal untuk kali terakhir pada Nek Siah dan Puan Raudhah sebelum Irfan memimpinnya menuju ke kereta.
"Irfan dan Sara pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam," jawab kedua-dua wanita itu. Hampir serentak.
"Dah sampai nanti jangan lupa call ibu," tambah Puan Raudhah lagi.
YOU ARE READING
My Worst Half [C]
RomanceMUHAMMAD IRFAN | NUR SARA Bagi Sara, Irfan itu menjengkelkan. Ada saja cara lelaki itu untuk menyakitkan hatinya. Apa saja yang dia nak, mesti lelaki itu akan rampas. Mula-mula buku, kemudian nasi, selepas ini apa pula? "Hati kau maybe?" ㅡ Tuah Nad...