IRFAN sandarkan bahunya pada bingkai pintu bilik sambil kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia diam memerhati tingkah isterinya yang sedang menilik diri di depan full length mirror.
Sara meluruskan tangan ke sisi. Sambil melihat cermin, dia tarik isi lemak yang terdapat di bawah lengannya sehingga merenggang.
Tak semena-mena hujung bibir Sara melengkung ke bawah. Hiks, dia dah gemuk! Kolam air mata mula bergenang.
Irfan yang menyedari perubahan emosi isterinya segera memeluk tubuh itu dari belakang.
"Pregnancy looks good on you, sayang," kata Irfan, namun sedikit pun tidak dapat mengurangkan resah di hati Sara.
"Irfan, be honest. Sara dah gemuk ke? Am I still pretty to you?" tanya Sara sebaik sahaja dia berpaling menghadap lelaki itu.
"Bukan setakat cantik, tapi sayang pun makin seksi. Rawr!" Irfan beriak nakal sambil mengangkat tangan dengan gaya mencakar.
"Dia ni, main-main pula! Orang tengah serius ni!"
"Bila masa abang main-main? I'm serious. Like dead serious. Sayang cantik. Mana ada gemuk pun."
"Tipu!"
Irfan tekup pipi Sara. Air mata isterinya yang mengalir dikesat dengan ibu jari.
"Abang tak tipu. You're pregnant, jadi normallah kalau berat badan naik. Kalaupun sayang gemuk, abang kisah apa? Lagi best dapat cuddle adalah," pujuk Irfan lagi.
Dia perasan, mood dan perasaan Sara cepat berubah dan mudah sensitif sejak kebelakangan ini. Hinggakan perkara yang remeh dan sekecil kuman pun boleh mengganggu emosi wanita itu dengan mudah. Contohnya macam sekarang.
"Tapi Sara dah ada stretch marks... stretch marks hodoh, Irfan. Tak cantik..."
"Abang boleh sapu losyen dan moisturiser nanti. Apa susah?" kata Irfan, seolah-olah itu hanya perkara kecil.
Dia tahu semua yang dilakukannya itu tak seberapa jika mahu dibandingkan dengan pengorbanan Sara yang bakal bertarung nyawa melahirkan anak mereka. Tapi Irfan tetap ingin berkongsi segala sakit dan penat lelah yang isterinya lalui.
Dia mahu menyokong Sara dari semua arah agar wanita itu tidak berasa keseorangan sepanjang mengharungi perjalanan sembilan bulan yang cukup memeritkan ini.
"Kenapa pandang abang macam tu? Lubang hidung abang terbalik ke? Ke... abang tiba-tiba tumbuh misai?" soal Irfan, hairan bila Sara merenungnya tanpa berkedip.
"Untungnya Sara kahwin dengan abang." Irfan dipeluk erat.
"Kan? Untung Sara kahwin dengan abang. Cuma isteri Muhammad Irfan aje yang dapat queen treatment macam ni, tahu?" Pelukan Sara dibalas sama erat.
Lama mereka berkeadaan begitu sebelum dikejutkan dengan satu tendangan kecil daripada perut Sara.
"Come on, baby. Bagilah baba chance untuk bercinta dengan mommy kejap before you come out and snatch her away from me. She's mine for now, tahu?"
Dan serentak itu, perut Sara ditendang secara bertalu-talu dari dalam. Pelukan mereka serta-merta terlerai.
"Abang syak anak kita ni lelaki. Sebab cemburu dia lain macam betul. Nak peluk sikit pun tak boleh. Huh!" Irfan pura-pura merajuk walhal dalam hati, dia memang rasa tercabar dengan anak sendiri.
Macam manalah agaknya bila si kecil ini lahir nanti? Dia kena berebutkan Sara dengan anak sendiri ke? Oh, tidak!
"Yakinnya anak lelaki. Macam mana kalau dia sebenarnya perempuan? Dia cemburu sebab baba peluk mommy lama-lama. Sebab tu dia take revenge on mommy."
YOU ARE READING
My Worst Half [C]
RomansMUHAMMAD IRFAN | NUR SARA Bagi Sara, Irfan itu menjengkelkan. Ada saja cara lelaki itu untuk menyakitkan hatinya. Apa saja yang dia nak, mesti lelaki itu akan rampas. Mula-mula buku, kemudian nasi, selepas ini apa pula? "Hati kau maybe?" ㅡ Tuah Nad...