SARA bersandar pada kepala katil. Sambil-sambil itu, jarinya sibuk menatal telefon, cuba mencari hiburan dalam aplikasi media sosial miliknya. Bibir menyengih dengan sendiri setiap kali dia terjumpa video yang kelakar dan melucukan di platform itu.
Jari menatal lagi dan kali ini, senyumnya pudar.
Sara terpempan. Tubuhnya kaku. Dia sama sekali tak menyangka gambarnya bersama Irfan akan dimuatnaik di Instagram oleh salah satu portal hiburan tempatan.
Sesetengah orang mungkin suka jika mereka menjadi pusat perhatian awam, tapi Sara tidak. Dia tak suka bila privasinya diceroboh seperti itu. Sudahlah dia tak tahu bila dan siapa yang ambil, proses muatnaik juga dilakukan tanpa izin dia. Tak tahu ke mereka yang tindakan itu telah melanggar undang-undang?
Sara tahu dia perlu lakukan sesuatu, tapi fokusnya lebih tertumpu pada jumlah komen yang berada di bawah posting itu.
Empat ribu.
Cukup untuk buatkan dia berdebar ingin tahu tentang komen-komen tersebut.
Kalau dia baca sikit, tak salah, kan? Manalah tahu ada lebih banyak yang positif daripada negatif.
Sara tersenyum. Namun tak lama kemudian, senyumnya mati bila dia membaca komen-komen seterusnya.
Harapan Sara punah. Dan yang lagi membuat hatinya disiat-siat...
Menggigit tangannya membaca komen itu. Tanpa sedar, pernafasan bertukar laju. Berombak-ombak dada Sara menahan geram bersama gigi yang diketap kuat.
Apa hak mereka untuk bercakap seperti itu tentang arwah orang tuanya? Mereka tak tahu apa-apa, jadi kenapa perlu mencemuh seolah-olah mereka tahu segala-galanya tentang hidupnya?
Dan kalaupun arwah orang tuanya malu ada anak cacat seperti Sara, apa kaitannya dengan mereka semua? Ada menyusahkan hidup orang ke?
Rasa di hati sudah tak dapat dibendung lagi.
Sara mula menaip, tapi belum sempat dia taip satu perkataan penuh, telefonnya terlebih dahulu dirampas dan dicampak oleh Irfan sebelum dia dicempung keluar dari bilik.
"Eh! Nak ke mana?"
"Turun bawah. Aku ada aktiviti yang lebih bermanfaat untuk kau."
Ayat Irfan itu membuatkan Sara berfikir panjang.
"Aktiviti apa?"
Irfan tarik senyum makna.
Sara sudah mula berasa seram sejuk. Sudahlah hanya ada mereka berdua di rumah ini. Puan Raudhah pula tiada kerana dia menemani Nek Siah di hospital.
"Kau jangan nak macam-macam!" Sara beri amaran sambil menuding jari tepat ke muka Irfan.
Irfan yang geram bila dituding begitu terus mengacah mahu menggigit, menyebabkan Sara melarikan jarinya dengan pantas.
"Tahu takut."
Sara menjeling. Dia bukan takut, tapi gerun. Ada beza tu.
Mereka tiba di laman luar rumah tak lama selepas itu. Ada palang pemegang bar selari (parallel bars) di tengah-tengah laman hijau itu. Sara pandang Irfan dengan rasa tak percaya.
"Untuk aku?"
"Of course. Kau mesti rindu nak berjalan balik, kan? Jadi kita boleh start practice dari sekarang."
"Tapi Irfan... dah lebih lima tahun. Aku sendiri dah berhenti buat fisioterapi. Kau yakin ke yang aku boleh..."
"Aku yakin dan insyaAllah, kau boleh. Kita cuba dulu. Yang selebihnya, kita berdoa dan berserah pada Tuhan," balas Irfan, lembut.
Sara tarik nafas panjang untuk menenangkan hati yang gelisah. Lalu, dia mengangguk, tanda dia percaya pada kata-kata Irfan.
"Okey, sekarang aku letakkan kau ke bawah. Tangan kiri pegang palang, tangan kanan pegang aku."
Sara segera mengikut arahan Irfan. Begitu kejap dia memegang palang pemegang dan baju suaminya, bimbang sekiranya terjatuh.
Irfan pastikan lingkaran tangannya pada pinggang Sara kekal kemas semasa menurunkan wanita itu. Dia tak boleh biarkan Sara terjatuh.
"Let's take some baby steps." Pinggang Sara ditarik rapat ke arahnya sebelum Irfan mencengkam lembut. Perlahan, dia bawa isterinya untuk maju ke depan.
Sara cuba menggerakkan kaki, tapi tidak berjaya.
"It's okay, take your time." Irfan memberi galakan.
Sara angguk. Dia cuba lagi dan lagi sehingga tak sedar tiga jam sudah berlalu dan dia menghabiskannya bersama Irfan di laman rumah.
Mereka kini berada di ruang tamu sambil Irfan mengurut kaki Sara.
"Nanti aku akan cuba buat appointment dengan doktor untuk sesi fisioterapi kau. Dari mata kasar aku, kau memang ada peluang untuk sembuh, tapi apa-apa pun, kita tetap kena pergi check. Mungkin akan ada perubahan yang kita tak nampak."
Irfan pandang Sara. Dilihatnya si isteri sedang termenung dengan pandangan kosong. Mata Sara sedikit pun tak berkedip. Entah dah sampai ke ceruk mana fikiran isterinya melayang.
Tap!
Irfan petik jari dan Sara terus tersedar daripada lamunannya.
"Mengelamun pula dia ni."
"Sorry. Kau cakap apa tadi?"
"Bila nak panggil aku abang?" Irfan tukar topik perbualan.
"Huh?" Sara bingung. Irfan cakap pasal nama panggilan ke tadi? Kenapa dia rasa macam lelaki itu cakap benda lain?
"Abang. Cuba sebut."
Sara garu kepala yang tak gatal. Nak sebut ke tak eh? Tiba-tiba segan pula.
"Cuba sebut a.... bang!" Luas mulut Irfan menyebut suku kata itu satu per satu kepada isterinya.
Sara mula rasa tak tentu arah. Nak elak, bukannya dia boleh bangun dan lari. Nak tak nak, terpaksa juga dia hadap supaya topik ini tidak diungkit di kemudian hari.
"A...."
Lebar senyuman Irfan menanti bersama sepasang mata yang bersinar penuh pengharapan.
"Air. Aku nak air. Tiba-tiba rasa haus pula."
Sinar pengharapan Irfan serta-merta malap. Senyumnya pudar.
Sara sengih tak bersalah. Tiba-tiba rasa bersalah kerana telah memberi harapan palsu kepada suaminya.
"Pandai kau bagi fake hope dekat aku eh?"
"Bukan selalu pun."
Geram, Irfan tarik manja hidung Sara sehingga isterinya terjerit kecil. Kaki Sara yang berada di atas riba, Irfan alih sebelum dia bangun menuju ke dapur untuk mengambil air.
Nasib sayang. Kalau tak, dah lama Irfan buat tak layan.
EDITED | 11th SEPTEMBER 2024
16:16 PM
YOU ARE READING
My Worst Half [C]
RomanceMUHAMMAD IRFAN | NUR SARA Bagi Sara, Irfan itu menjengkelkan. Ada saja cara lelaki itu untuk menyakitkan hatinya. Apa saja yang dia nak, mesti lelaki itu akan rampas. Mula-mula buku, kemudian nasi, selepas ini apa pula? "Hati kau maybe?" ㅡ Tuah Nad...