MWH | 39

482 40 6
                                    

SARA ambil duduk di depan bagasi yang ternganga luas. Rambut ikalnya yang jatuh mengurai dari tepi diselitkan di belakang telinga agar tidak mengganggu pandangan.

Sepasang baju tidur satin berwarna dark blue diambil dari dalam bagasi. Dia nak cepat-cepat mandi dan tidur!

Baru sahaja dia nak bangun, mata tiba-tiba terpandang sesuatu berwarna merah yang terselit di antara lipatan baju-bajunya.

Kening Sara bertaut. Kain apa itu?

Dia segera menarik kain tersebut keluar tanpa berfikir panjang dan serentak itu, mata Sara membulat besar. Langsung dia mencampak gaun sutera yang seksi itu ke lantai.

Siapa yang terlebih gila masukkan benda tak cukup kain itu dalam begnya?! Takkanlah...

"Sayang, pergilah mandi."

Sepantas kilat leher Sara menoleh ke arah Irfan.

Hampir tersembur air liurnya melihat keadaan lelaki itu yang hanya bertuala separas pinggang dengan keadaan tubuh yang masih basah.

Laju Sara mengalihkan pandangannya ke arah lain. Darah panas serta-merta menyerbu ke muka. Pipi sudah bertukar merah!

Irfan berjalan mendekati ampaian yang terletak di penjuru bilik. Sehelai tuala kecil diambil sebelum digosok pada rambut untuk mengeringkannya.

Perhatian Irfan tiba-tiba terarah pada kain merah yang terdampar di atas lantai. Terus pergerakan tangan yang menggosok rambut terhenti. Dahi berkerut halus.

"Sara."

"Ya?" Sara menyahut tanpa memandang suaminya. Sengaja dia menyibukkan diri dengan menggeledah bagasi, berpura-pura mencari sesuatu.

"Itu apa?"

"Apa... apa?" Sara buat-buat tak faham.

"Tu, kain merah atas lantai. Sara punya ke?"

"Eh, taklah! Itu cuma... kain buruk aje. Hah, kain buruk!"

Makin bertambah lapisan kerutan pada dahi Irfan. Kain buruk? Kain buruk zaman sekarang pun ada lace dan tali ke?

Lantas dia menunduk, mengambil gaun tidur yang berada di hujung kaki. Diangkat dress yang singkat dan bertali halus itu ke udara untuk melihat dengan lebih jelas.

"Oh... wow..." Mata Irfan membulat kecil bersama bibir yang menyenget nakal.

Berdesup Sara memecut ke bilik air bersama baju tidurnya di tangan. Irfan dengan pantas mengejar isterinya sebelum tubuh Sara ditolak lembut ke dinding.

Sara serta-merta terperangkap.

"Where do you think you're going?"

"Na... nak pergi mandilah. I'm really stinky right now, abang."

"Okay. So?"

"So..." Dada Irfan cuba ditolak menjauh, tapi lelaki itu terlebih dahulu menarik pinggang Sara rapat ke arahnya, sekaligus menghapuskan jarak antara mereka.

"Irfan..." Bergetar suara Sara memanggil sebaris nama itu. Takut bercampur gementar.

"Lepas mandi, pakai baju ni boleh?" Gaun itu diangkat dengan satu jari.

"Why should I? Sara ada baju tidur sendi..."

Penuh selamba Irfan membaling pyjama Sara ke belakangnya. Baju tidur itu mendarat dengan sempurna pada lantai, tepat di sisi katil sebelah lagi.

"Irfan!"

"Now you got nothing. Pakai dress ni."

"Tak nak! Dress tu seksi gila kut! Lagipun itu bukan Sara punya. Tak tahu macam mana boleh tersesat dalam beg tadi."

My Worst Half [C]Where stories live. Discover now