"CEPATLAH, Tuah," gesa Irfan bilamana Tuah mengambil masa yang terlalu lama untuk menarik zip seluarnya.
"Sabarlah! Zip aku tersekat ni!" Tuah mendengus geram.
Apa yang susah sangat nak tarik zip ni pun dia tak tahu! Sudahlah penarik zip pun dah lama tercabut. Makin susah Tuah nak tarik zip itu ke atas menggunakan kukunya yang pendek.
"Dah nak dekat sepuluh minit aku tunggu kau zipkan seluar tu. Kau expect aku boleh bersabar lagi ke?"
Tuah pandang Irfan dengan penuh geram.
"Sabar, aku kata. Sabar tu separuh daripada iman, kan? Kau tak ada iman ke, Fan?"
Irfan terus terdiam. Kelu lidahnya untuk membalas. Sentap dengan semburan Tuah.
"Tahu pun diam. Daripada kau membebel suruh aku supaya cepat, lebih baik kau tolong aku betulkan zip ni. Lain macam dia punya tersekat ni, bro."
Irfan yang menyandar pada dinding tandas serta-merta berubah tegak.
"Kau gila? Buatnya budak-budak masuk lepas tu tengok aku betulkan zip seluar kau, tak ke naya?"
"Member kau perlukan bantuan ni! Takkan kau nak biarkan aku macam ni sehari suntuk?" Tuah buat muka comel. Mata turut dikerdipkan berkali-kali, cuba meraih simpati Irfan.
Dia betul-betul berharap Irfan akan berlembut hati untuk menolongnya, namun lain yang terjadi bila lelaki itu memandangnya dari atas ke bawah bersama muka judgy.
"Kau nak kena lempang dengan aku ke, Tuah? Sekali aku lempang, boleh berterabur gigi kau, tahu?"
Gulp!
Liur Tuah tertelan dengan sendiri. Ugutan Irfan sentiasa berjaya buat dia berasa gerun.
"Betulkan cepat. Aku tunggu dekat luar."
Irfan menapak keluar dari tandas. Hampir saja dia bertembung dengan salah seorang pelajar tingkatan tiga semasa mahu keluar dari situ.
"Eh? Abang Irfan buat apa dekat sini?"
Irfan berkerut kehairanan sebaik disoal sedemikian. Dia kenal budak itu.
Ghaz.
Salah seorang geng solat dhuha yang selalu datang lambat ke sekolah.
"Abang nak gunakan tandas pun tak boleh ke?"
"Lah, bila masa pula saya cakap tak boleh? Saya cuma tanya, abang buat apa dekat sini? Sebab saya nampak semua pelajar form six tengah berkumpul dekat foyer."
Kata-kata Ghaz itu mengejutkan Irfan.
Form six tengah berkumpul di foyer? Kenapa dia tak tahu apa-apa? Bila masa cikgu panggil dan menyuruh mereka semua untuk berkumpul?
Seakan baru menyedari sesuatu, dia segera menyelukkan tangan ke dalam poket seluar. Telefon dikeluarkan lalu ruangan chat yang khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan Enam dibuka.
Irfan pandang jam yang berada di bahagian atas skrin telefon.
Pukul 12:15 tengahari!
Dia dah lambat 15 minit gara-gara zip seluar Tuah!
"Tuah! Kau tak siap lagi ke?!" jeritnya dari luar.
"Sekejap!"
Beberapa ketika kemudian, Tuah muncul bersama wajah ceria bercampur lega. Namun kelegaannya tak bertahan lama bila Irfan tiba-tiba menarik tali leher Tuah, memaksa lelaki itu itu agar mengikutinya.
Terkial-kial Tuah cuba mengejar langkah Irfan.
Kaki mereka memang sama panjang, tapi rentak langkah Irfan yang jauh lebih laju membuatkan Tuah hampir tersadung kaki sendiri untuk beberapa kali.
"Eh, kau nak pergi mana? Blok kelas kita dekat sana!" soal Tuah bila Irfan melencong ke laluan bertentangan kelas mereka.
"Sebab kau dan zip seluar kau yang tak guna tu, kita dah lambat nak berkumpul dekat foyer, kau tahu tak?"
"Hah? Foyer? Ada apa dekat foyer?"
"Kau ikut ajelah."
Tuah terus senyap. Dibiarkan saja Irfan menarik tali lehernya tanpa bantahan dan dia hanya diam mengikut rentak lelaki itu dari belakang.
"Kau tahu tak apa yang aku rasa sekarang?" Irfan memecahkan kesunyian antara mereka.
"Apa?"
"Aku rasa macam tengah heret apek. Tinggal nak tutup mata kau aje untuk recreate scene dari Ali Baba Bujang Lapok."
Tawa Tuah langsung pecah. Automatik babak nyanyian daripada filem itu menerjah fikirannya.
"Aiya Cik Siti, perempuan banyak muda. Ana banyak susah, jalan tutup mata. Wang dan ringgit, ana tatak helan. Ente tutup mata, ana tak tentu jalan."
Berderai ketawa Irfan tatkala mendengar nyanyian sumbang Tuah.
Dengan suara yang sengau dan sengaja dinyanyikan dalam slang pelat orang Cina, Tuah tak ubah seperti apek tukang kasut yang berlakon dalam filem Ali Baba Bujang Lapok! Siap dengan lenggokkan punggung lagi! Kalau Sara tengok ni, mahunya Tuah kena tendang.
"Sambunglah, Fan. Kau nyanyi bahagian Marjina."
"Gila kau! Tak nak aku!"
Tuah mencebik.
"Tak sportinglah kau ni. Tak apa, biar aku aje yang nyanyi."
Dan bermulalah nyanyian sumbang Tuah memanggil hujan untuk turun.
EDITED | 31th AUGUST 2024
14:41 PM
YOU ARE READING
My Worst Half [C]
RomanceMUHAMMAD IRFAN | NUR SARA Bagi Sara, Irfan itu menjengkelkan. Ada saja cara lelaki itu untuk menyakitkan hatinya. Apa saja yang dia nak, mesti lelaki itu akan rampas. Mula-mula buku, kemudian nasi, selepas ini apa pula? "Hati kau maybe?" ㅡ Tuah Nad...