"NAMA akak ni... Sara, kan? Akak Sara dari kelas 6A2?"
Sara mengangguk meskipun dia berasa hairan ketika ditegur oleh seorang pelajar perempuan daripada tingkatan Enam Bawah.
"Boleh tak kalau Nana nak minta tolong akak?"
"Tolong? Tolong apa?" Dahi Sara berkerut tanpa sempat ditahan.
Tak pernah ada junior datang meminta tolong daripadanya sebelum ini. Selalunya Irfan atau pelajar dari kelas 6A1 yang selalu dicari kalau ada junior yang mahu bertanyakan sesuatu.
"Tolong bagi ini pada abang Irfan, boleh?" Nana mengeluarkan sebuah kotak hitam sederhana kecil dari belakang tubuhnya.
Kotak itu diikat kemas dengan reben satin berwarna kuning. Ada sekeping kad yang telah dilipat di bawah ikatan reben itu. Sekali pandang, macam kotak hadiah hari jadi.
Kejap! Hari ini hari jadi Irfan ke?
"Boleh tak, akak?" tanya Nana lagi bila Sara hanya berdiam diri.
"Boleh tu boleh tapi..." Sara garu hujung kening dengan jari telunjuknya. Akal ligat memikirkan cara untuk menolak tanpa menggores hati Nana.
"Kenapa Nana tak bagi sendiri aje dekat Irfan?"
Nana tertunduk malu usai ditanya begitu.
"Nana malu. Abang Irfan tu dahlah handsome. Macam mana kalau dia tak sudi terima hadiah Nana ni? Makin malu Nana nanti, akak."
Sara mengeluh di luar sedar.
Kenapa mesti dia yang dipilih untuk memberi hadiah itu kepada Irfan?
Kenapa mesti dia dalam banyak-banyak orang di sekolah ini?!
"Nana mungkin tak tahu pasal ni tapi akak bukannya rapat sangat dengan Irfan. Apa kata Nana minta tolong orang lain? Dari classmates Irfan ke? Tak pun Tuah? Tuah lagi rapat dengan Irfan berbanding akak." Tergeliat lidah Sara mahu membahasakan dirinya sebagai kakak. Nak saja dia menggunakan 'aku' tapi dia tak nak Nana terkejut.
Cadangan Sara itu membuatkan riak wajah Nana bertambah muram.
Malu Nana itu berada di tahap kronik. Terlebih introvert sehinggakan dia langsung tak bertegur sapa dengan rakan-rakan kelasnya sendiri. Inikan pula nak minta tolong daripada senior dia? Kirim salam!
"Macam mana kalau dia orang ejek dan ketawakan Nana nanti? Mana Nana nak sorok muka ni, akak?"
Sara mengeluh lagi. Kalau ikutkan rasa malu dan takut tu, sampai bila-bila kau takkan ke mana, Nana oi!
"Kalau akak tak dapat tolong, tak apalah. Nana sepatutnya sedar diri. Nana bukan siapa-siapa nak simpan perasaan pada abang Irfan. Abang Irfan pun belum tentu nak pandang Nana ni. I'm a nobody."
Tangan Sara naik memicit pelipis yang terasa berdenyut. Disebabkan kasihan, dia akhirnya bersetuju untuk menolong Nana walaupun separuh hatinya tidak rela.
Nasib kaulah, Sara. Tak pasal-pasal jadi orang tengah antara Nana dan 'abang' Irfan dia tu hari ni.
"WELL, well, well. Look who comes to her enemy's door holding present." Irfan berpeluk tubuh sambil menyandarkan sisi badannya pada bingkai pintu.
Sara mendengus.
Irfan ingat dia nak sangat ke jejak kaki ke kelas ini? Kalau tak mengenangkan pertolongan Nana sebentar tadi, memang tak ingin dia nak berjumpa dengan lelaki itu!
"Nah."
Mata Irfan jatuh pada kotak yang dihulurkan oleh Sara. Lama dia merenung kotak itu tanpa berniat mahu mengambilnya. Curiga dan was-was.
YOU ARE READING
My Worst Half [C]
RomanceMUHAMMAD IRFAN | NUR SARA Bagi Sara, Irfan itu menjengkelkan. Ada saja cara lelaki itu untuk menyakitkan hatinya. Apa saja yang dia nak, mesti lelaki itu akan rampas. Mula-mula buku, kemudian nasi, selepas ini apa pula? "Hati kau maybe?" ㅡ Tuah Nad...