MWH | 20

528 45 2
                                    

"TYA."

Tya menoleh bila mendengar namanya diseru. Secebis senyum tipis diberikan kepada Sara tatkala wajah ayu itu menyapa kornea matanya.

Baru sahaja dia mahu membuka mulut untuk bertanya tentang tujuan kedatangan Sara, lengannya tiba-tiba dicuit oleh seseorang.

"Selesaikan report tu dulu sebelum berborak. Kalau Doktor Nuh nampak ni, mahunya dia hentam kita selama seminggu. Habis dijaja nama kita ke department lain nanti."

Tya mengangguk, tanda faham. Dia cukup mengerti dengan sikap Doktor Nuh yang pantang melihat staf hospital berborak semasa bertugas. Berborak entah ke mana, kerja entah ke mana.

"Babe, tunggu kejap. Kasi aku settle kerja ni dulu then baru kita boleh berborak. Okey?"

Sara angguk. Dia setia menunggu Tya sehingga gadis itu menyelesaikan kerjanya. Sambil-sambil itu, dia berfikir. Betul ke apa yang dia lakukan sekarang?

Nanti apa pula kata Tya kalau Sara minta nombor telefon Irfan daripadanya?

Dan yang lagi teruk, apa yang Irfan akan fikir kalau Sara menghubunginya secara tiba-tiba? Dahlah minggu lepas dia siap halau Irfan balik. Konon 'aku tak perlukan bantuan sesiapa termasuk kau', tapi sekarang? Tiba-tiba nak telefon lelaki itu supaya datang ke sini.

Ada nanti Irfan cop Sara sebagai perempuan tak tahu malu. Mana dia nak sorok muka?

Dalam diam, Sara sudah membatalkan hasratnya untuk menghubungi Irfan. Nanti-nantilah dia bercakap dengan lelaki itu bila malunya sudah berkurang.

Tangan sudah berada pada kerusi roda, bersedia untuk pergi dari situ tapi terbantut bila Tya tiba-tiba menegur.

"Eh, Sara! Kau nak pergi mana?"

Sara tayang sengih seperti kerang busuk.

"Kerja kau dah siap ke?"

"Ya, dah siap. Bukannya banyak mana pun. Ni, kau nak pergi mana? Bukan ke kau ada something nak cakap dekat aku tadi?" Pen dikepilkan pada poket uniform jururawat.

"Itu tadi. Sekarang dah tak jadi."

"Lah, kenapa pula? Kau nak cakap pasal apa sebenarnya?

"Err..." Sara garu pucuk pipi yang tak gatal. Salah satu tabiatnya bila dia berasa teragak-agak untuk bersuara.

"Cakap ajelah, Sara. Bukannya aku nak baham kau pun," ujar Tya bila Sara mengambil masa yang terlalu lama untuk bersuara.

"Memanglah kau tak baham aku, tapi... Ah, gasaklah! Kau ada nombor telefon Irfan, kan?"

Dahi Tya sedikit berkerut. Nombor telefon Irfan?

"Ada. Kenapa? Kau nak call dia ke?" Lekas-lekas Tya mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar. Jarinya laju bergerak, mencari nombor Irfan yang tersimpan dalam senarai kenalannya.

Jumpa, terus saja dia berikan telefonnya kepada Sara.

Sara sambut dengan penuh lambat-lambat. Nombor telefon Irfan itu direnung bagai nak tembus. Dia gigit bibir bawah.

Nak call ke... atau hantar WhatsApp?

Kalau call, mestilah Tya akan dengar, kan? Sara pun masih malu nak berborak dengan Irfan, jadi ada baiknya dia hantar pesanan ringkas sahaja.

Kalau call, mestilah Tya akan dengar, kan? Sara pun masih malu nak berborak dengan Irfan, jadi ada baiknya dia hantar pesanan ringkas sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Worst Half [C]Where stories live. Discover now