IRFAN terjaga dari tidurnya tatkala merasakan kehangatan di sebelah hilang. Bergerak-gerak tangan kanannya meraba katil, cuba mencari susuk Sara bersama mata yang tertutup.
Kosong.
Lantas dia membuka mata dengan penuh susah-payah.
Berkerut seribu dahinya bila mendapati kelibat Sara tam kelihatan di mana-mana sudut bilik tidur mereka.
"Sayang?"
Serentak itu, bunyi orang muntah kedengaran.
Irfan yang baru menyedari sesuatu terus meluru ke bilik air. Hampir luruh jantungnya setelah melihat Sara sedang menahan siku pada singki dalam keadaan terbongkok sambil muntah-muntah.
Isterinya kelihatan lemah biarpun hanya dilihat dari arah belakang.
"Sayang. Okey tak?"
Sara tak menjawab sebaliknya berterusan muntah. Sungguh, perut dan tekaknya terasa amat sebu dan loya ketika ini.
Hati Irfan dilanda resah. Rambut Sara yang terjuntai ke depan dikumpulkan lalu dipegang agar tidak terkena muntah isterinya. Sambil-sambil itu, belakang tengkuk Sara turut dipicit, berharap tindakan itu dapat membantu mengurangkan rasa loya si isteri.
"Done?" soal Irfan usai Sara berhenti muntah. Wajah wanita itu diintai dari tepi. Nampak pucat.
"Kut..."
Irfan buka pili air. Menggunakan sebelah tangan, air ditadah lalu dibawa rapat ke mulut Sara.
"Kumur dulu."
Sara akur. Mulut dikumur sebanyak tiga kali sebelum mukanya dibilas oleh Irfan pula.
"Sara ada salah makan ke tadi?" tanya Irfan lagi. Tubuh Sara dicempung keluar dari bilik air dan dibaringkan di atas katil secara perlahan-lahan.
"Tak tahu... tekak Sara tiba-tiba rasa loya," balas Sara bersama mata separa tertutup. Mengantuk dan penat muntah-muntah sejak tadi.
Irfan mengusap lembut pipi isterinya. Jatuh kasihan dia melihat keadaan Sara yang lesu itu. Bibir wanita itu pucat. Malah, dahinya turut dibasahi peluh-peluh halus.
"Esok kita pergi klinik, check apa yang patut dekat sana. For now, sayang tidur dulu. Abang urut dengan minyak angin kasi hilang loya."
Sara angguk. Lemah. Dia tidak berdaya untuk melawan. Dibiarkan saja bahagian atas dadanya diurut oleh Irfan sehingga sedikit demi sedikit dia mula hanyut dibuai mimpi.
"MENGANDUNG?"
Terbit tawa sinis daripada seulas bibir pucat yang merekah itu sebelum hilai tawa tersebut bertukar menjadi satu jeritan nyaring yang kuat.
Barang-barang yang berada di atas meja ditolak jatuh ke lantai. Botol-botol minyak wangi pecah. Cadar katil ditarik dan dicabut. Bantal-bantal turut diambil dan dibaling geram ke dinding.
Amarah Nana membuak-buak. Sungguh, maklumat yang baru diterima daripada orang suruhannya tadi berjaya membuat dia diamuk berang. Meluap-luap api kebencian dalam dirinya tika ini.
"Dasar perempuan tak guna!"
Prang!
Cermin meja solek pecah tatkala dibaling dengan bekas alat kosmetik yang keras.
Jaja yang baru selesai menunaikan solat Asar bergegas mendapatkan kakak sulungnya di bilik sebelah. Bulat matanya melihat keadaan bilik Nana yang bersepah tak ubah seperti baru dilanda ribut taufan.
"Angah, kenapa ni?" Bahu Nana cuba disentuh, tapi pantas ditepis oleh gadis itu.
"Kau diam! Tak payah nak menyibuk dengan hal aku! Berambus kau dari sini!"
YOU ARE READING
My Worst Half [C]
RomanceMUHAMMAD IRFAN | NUR SARA Bagi Sara, Irfan itu menjengkelkan. Ada saja cara lelaki itu untuk menyakitkan hatinya. Apa saja yang dia nak, mesti lelaki itu akan rampas. Mula-mula buku, kemudian nasi, selepas ini apa pula? "Hati kau maybe?" ㅡ Tuah Nad...