MWH | 17

538 55 2
                                    

SUASANA antara mereka ditemani sepi. Hanya sesekali bunyi gelak ketawa kanak-kanak yang berlari berkejaran di taman hospital itu menyapa pelupuk telinga.

Sara masih diam membisu sedangkan Irfan sudah merenung sisi wajahnya bagai nak tembus. Dia inginkan penjelasan daripada Sara secepat mungkin. Tapi untuk memaksa, Irfan tak mampu. Dia risau andai gadis itu lari lagi.

Bertembung dengan Sara di sini pun di luar jangkaan Irfan. Dia hanya mahu menjemput Puan Raudhah, tapi tak sangka takdir akan menemukannya dengan Sara.

Gembira?

Sangat.

Malah perasaannya kini melebihi segalanya.

"Kau sihat?"

"Macam yang kau nampak." Dingin.

Irfan terangguk-angguk kecil. Wajahnya beriak tenang walhal hati masih resah. Hanya Allah SWT yang tahu persoalan-persoalan yang bermain di fikirannya.

Kenapa dengan kaki Sara? Patah atau lumpuh?

Sejak bila gadis itu berkerusi roda?

Adakah kecederaannya disebabkan oleh kemalangan lima tahun lepas? Kalau betul, teruk ke?

"Itu aje?"

"Hah?" Irfan bingung. Kurang mengerti dengan maksud gadis itu.

"Kalau kau dah tak ada apa-apa nak cakap, aku pergi dulu."

"Sara, sekejap!" Irfan pantas menahan bila gadis itu ingin berlalu.

Sara diam menanti Irfan meneruskan kata. Muka lelaki itu langsung tak dipandang.

Beberapa minit berlalu tanpa suara daripada Irfan.

Geram Sara memuncak. Terus mukanya dipalingkan ke arah Irfan. Tersentak dia bila lelaki itu sedang memandangnya tunak sambil tersenyum manis. Tak semena-mena hati perempuannya berdebar-debar.

"Ka... kau dah kenapa?" Terketar-ketar suaranya bertanya.

Makin koyak senyuman pada bibir Irfan tatkala melihat reaksi gadis itu.

"Saja nak tengok. Kau tak pernah berubah."

Sara ketawa sepatah. Sinis. Seolah-olah tak percaya dengan apa yang baru didengar. Tak pernah berubah?

"Aku tak tahu pula kalau aku memang duduk atas kerusi roda dari dulu."

"Aku maksudkan personality wise, Sara. Kenapa perlu serius sangat?"

Irfan tak faham kenapa Sara perlu melayannya sinis seperti itu. Dia tak maksudkan apa-apa yang negatif, tapi kenapa gadis itu perlu dingin dengannya?

"Sebab aku tak ada masa nak bergurau bodoh macam dulu. Cukuplah aku dah buat Tuah..."

"Sebab tu kau lari? Sebab kau rasa kau punca Tuah meninggal?" potong Irfan, laju.

Sara diam. Tapi Irfan tahu gadis itu sedang menahan rasa yang mula mencengkam jiwa.

Mata jernih itu kelihatan berkaca-kaca. Raut wajah bertukar muram. Malah, bibir merah jambu itu turut menggigil halus sebelum Sara ketap ke dalam, menghalang gelodak jiwa daripada terlepas di depan Irfan.

"Aku pembunuh, Irfan. Aku... bunuh Tuah..."

Irfan tersentak. Pantas dia beralih tempat duduk lalu mencangkung di depan Sara. Kepala menggeleng lemah. Dia tak suka bila gadis itu menyalahkan dirinya seperti itu.

Bukan salah Sara jika Tuah meninggal.

Bukan.

"Kalaulah aku tak bergurau bodoh suruh Tuah kejar kau masa tu, mesti dia takkan... mesti dia takkan..."

Pandangan Irfan bertukar sayu. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana bibir Sara bergetar hebat, menahan rasa. Air mata sudah mencurah-curah membasahi pipi gebu itu.

Peha sendiri dicengkam, menahan tangan yang ringan mahu menyeka titisan-titisan jernih yang tumpah mencemari pipi Sara.

Seketika Irfan tertanya-tanya, sebesar inikah rasa bersalah yang menghantui Sara selama lima tahun ini? Pasti perit untuk gadis itu menanggungnya seorang diri.

"Tak... kau bukan pembunuh, jadi jangan cakap macam tu. Takdir. Ini semua takdir Allah. Apa yang berlaku sudah ditentukan." Irfan berusaha untuk memujuk Sara. Dia mahu menyedarkan gadis itu tentang suratan takdir yang sudah tertulis.

Tiada apa yang boleh dilakukan untuk memutarkan masa kembali. Semuanya sudah berlalu dan kita sebagai hamba Allah SWT perlu redha dengan setiap ketentuan-Nya.

"Kau kuat, Sara. Aku tahu itu. Allah pun tahu. Sebab tu Dia pilih untuk turunkan ujian ni dekat kau. Sebab Dia tahu kau mampu."

Perlahan-lahan Sara angkat muka untuk memandang Irfan. Dibiarkan saja air matanya mengalir tanpa diseka.

"Tapi... aku dah buat kau hilang kawan baik kau..."

"Dan kau? Bukan kawan baik dia? Kau pun kawan dia juga. Dia paling rapat dengan kau selain aku. Kau rasa Tuah tak sedih ke kalau dengar kau cakap macam tu?"

Air mata Sara jatuh untuk kesekian kali.

"Aku tahu susah tapi nak tak nak, hidup perlu diteruskan. Paksa diri kau untuk terima hakikat. Move on, Sara. Sampai bila kau nak tersekat di masa lalu?"

Sara rasa seperti ingin ketawa walhal hati terasa sedih. Teruskan hidup? Move on? Irfan ingat dia tak pernah cuba ke selama ini?

Lelaki itu tak tahu bagaimana Sara rasa macam nak mati menanggung rasa bersalah atas kematian Tuah. Hampir setiap malam dia bermimpi tentang kemalangan itu. Tapi tak kira berapa kali dia cuba, apa yang dia buat, Sara tetap tak dapat memadam rasa bersalah yang merajai hati.

"Kau cakap senanglah sebab bukan kau..."

"Ya, aku tahu! Aku tahu cakap lebih senang daripada buat tapi, Sara... Kau tak nak bahagia ke?" Suara Irfan mula mengendur.

Saat itu juga, hati Sara bagai dijentik dengan sesuatu.

Bahagia.

Entah sudah berapa lama perkataan itu terpadam dari kamus hidupnya. Dia tak pernah rasa tenang selama lima tahun ini. Hatinya sentiasa resah biarpun senyuman sentiasa terpamer pada wajahnya.

"Kau mesti nak. Betul tak?" Irfan cuba mencari anak mata gadis itu. Sara diam tapi dia tahu gadis itu mahu.

"Kalau betul nak, kau kena mula belajar untuk berdepan dengan realiti mulai sekarang. Stop fighting it. Accept everything with a smile because happiness can exist only in acceptance."

Sara memejamkan mata untuk seketika. Berusaha untuk bertenang dan bernafas dengan lebih teratur. Air mata yang membasahi pipi dikesat sehingga kering.

Dalam diam, dia akui setiap apa yang dikatakan Irfan itu ada benarnya.

Belajar untuk melepaskan. Insya-Allah jika kita redha, Allah akan gantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang lebih baik.

Past is past. It's just something we can't do anything about. Sometimes you have to accept the fact that certain things will never go back to how they used to be.

Future... who knows, it could be wonderful.



EDITED | 4rd SEPTEMBER 2024
16:50 PM

My Worst Half [C]Where stories live. Discover now