ORANG-ORANG masjid mula beransur pulang dari tanah perkuburan. Hanya tinggal Sara, Irfan dan Dato' Muzzafar yang masih setia berada di kubur Nana yang telah selamat dikebumikan.
Hati Dato' Muzzafar sayu mengenangkan nasib anak-anak perempuannya. Masih terngiang-ngiang di telinganya akan esak tangis dan sendu Jaja yang mahu berjumpa Nana buat kali terakhir.
Namun apakan daya, Dato' Muzzafar tak mampu menunaikan permintaan itu walaupun hatinya mahu. Keadaan Jaja masih lemah dan dia memerlukan pemantauan rapi daripada pihak doktor.
Cukuplah dia telah kehilangan Nana. Dato' Muzzafar tak mahu kehilangan anak bongsunya pula.
"Uncle, jom kita balik. Tak elok kita meratap lama-lama dekat sini."
"Sekejap, Irfan. Uncle masih nak duduk dekat sini. Uncle nak temankan Nana." Dato' Muzzafar menolak lembut ajakan Irfan.
Hati tuanya terasa berat mahu melangkah pergi dari situ. Sukar untuk dia terima kehilangan yang menyakitkan ini. Ianya terlalu pahit dan memeritkan untuk dia telan.
Tambah lagi, punca Nana meninggal dunia adalah kerana bunuh diri. Tiada kata atau rasa yang mampu digambarkan oleh Dato' Muzzafar melainkan perasaan kesal dan bersalah.
Sara memandang Dato' Muzzafar dengan perasaan sayu. Kemudian, matanya beralih kepada baru nisan yang terukir nama Nana. Tanah merah yang masih basah itu digenggam erat.
'Semoga roh kau dicucuri rahmat, Nana. Bersemadilah dengan tenang di alam sana. Apa-apa pun salah aku dekat kau, aku harap kau boleh maafkan aku. Jangan risau, aku dah lama maafkan kau dan akan selalu doakan kesejahteraan kau di alam sana. Semoga kau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.' Sara berdoa dalam hati, penuh ikhlas.
"Irfan..."
"Ya, uncle?" Irfan menyahut pantas.
"Pergilah bawa Sara balik. Mesti dia penat. Tak payah risau pasal uncle. Uncle boleh call driver kalau nak balik nanti. Pergilah."
"Uncle yakin boleh duduk sini sorang-sorang?" tanya Sara, inginkan kepastian.
Dato' Muzaffar senyum tipis.
"Ini kubur, Sara. InsyaAllah tak ada apa-apa yang akan terjadi. Pergilah balik dengan Irfan, rehat. Mesti Sara penat, kan?"
Sara akur dalam terpaksa. Perlahan-lahan dia bangun daripada simpuhan sambil dibantu oleh Irfan. Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta yang diparkir di luar pintu masuk kubur.
"Tak apa ke kita tinggalkan uncle seorang diri dekat situ? Sara risau." Sara menyatakan kegusarannya.
"Hmm..." Irfan berfikir seketika. Sambil-sambil itu, tali pinggang keledar ditarik daripada penyentap sebelum plat diselitkan ke dalam pengancing.
"Kalau macam tu, shall we wait sampai driver uncle sampai? Are you okay with that?" Irfan bertanyakan pendapat Sara.
Manalah tahu kalau isterinya sudah penat dan mahu cepat-cepat pulang ke rumah. Kalau betul, sekarang juga Irfan akan shoot movie Fast and Furious untuk bawa Sara pulang ke rumah mereka secepat mungkin.
Sara angguk.
"Tapi boleh tak kalau kita pergi jumpa Tuah lepas ni? Sara rindu dia."
Kening Irfan sedikit berkerut. Entah kenapa dia dapat merasakan kelainan dalam bicara Sara itu. Atau itu cuma perasaannya sahaja?
"Boleh tak, abang?" tanya Sara lagi bila Irfan hanya senyap.
"Sure, sayang. Nanti kita pergi jumpa Tuah." Tepi kepala Sara yang dibaluti dengan shawl diusap penuh kasih.
YOU ARE READING
My Worst Half [C]
RomanceMUHAMMAD IRFAN | NUR SARA Bagi Sara, Irfan itu menjengkelkan. Ada saja cara lelaki itu untuk menyakitkan hatinya. Apa saja yang dia nak, mesti lelaki itu akan rampas. Mula-mula buku, kemudian nasi, selepas ini apa pula? "Hati kau maybe?" ㅡ Tuah Nad...